Tablet MINDA MSTAR.qi

Tablet MINDA MSTAR.qi DENGAN FORMULA KHAS DAN TERBUKTI KEBERKESANANNYA. BANTULAH ANAK-ANAK YANG AKAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR,PT3,SPM, PEPRIKSAAN

28/08/2021

💝💝MERDEKA SALE❤️‍🩹❤️‍🩹

💢RM50 UNTUK 3 BOTOL💢

MOVEMENT CONTROL ORDER
HADKAN PERGERAKKAN
STAY AT HOME

dalam keadaan ini, kita WAJIB jaga kesihatan

PENTING KE IMUN DALAM BADAN???

Imunisasi sebenarnya beri kita kekebalan tubuh secara buatan dengan pembentukan antibodi sehingga melindungi badan kita juga masyarakat sekitarnya daripada penyakit berbahaya..

Imunisasi ni p**ak bertujuan untuk melindungi diri kita daripada penyakit tertentu yang boleh dicegah dengan pemberian imunisasi sampai rasa sakit itu kurang, reda dan dapat dibasmi secara menyeluruh..

PENTING KAN IMUN??

MANA NAK DAPAT IMUNISASI NI SELAIN MENGAMBIL VAKSIN DI HOSPITAL???

BUKAN ADMIN ANTI VAKSIN TAU!! CUMA MAK JADIKAN LEBIH BAIK..🙂

SALAH SATUNYA ADALAH DARIPADA M STAR QI.

khasiat2 didalam kandungan didalam MSTAR QI dapat membantu membentuk imunisasi semula jafi didalam badan diaman ia terdiri daripada bahan asas iaitu susu kambing, omega, kurma, saffron, aprikot, anggur, vitamin dan ginko.
kesemua bahan ini dapat memberi kekuatan kekebalan badan.

TIDAK PERLU KELUAR..
HANYA MENGGUNAKAN ONLINE

TERHINDAR DARI BERSENTUHAN
BONUS❗❗
ASA PROMOSI TAU!!
JOM SAMA2 DAPATKAN MSTAR QI

11/12/2020
16/11/2020. Hari kelima kami bertungkus lumus menyiapkan pembersihan tanah di tapak ladang TMT walau hari disulami denga...
30/11/2020

16/11/2020. Hari kelima kami bertungkus lumus menyiapkan pembersihan tanah di tapak ladang TMT walau hari disulami dengan cuaca hujan.

Hari ini kami bertuah kerana Timbalan Pengarah Pertubuhan Peladang Terengganu datang melawat kerana amat berminat dengan apa yg kami sedang lakukan. Bagi beliau tanaman pokok Moringa Oliefera yg kami usahakan ini sangat asing bagi mereka terutama dalam skala yg besar atau komersial.

Setelah sy dan team terangkan apa yg akan kami usahakan dan ke mana halatuju kami,
Beliau amat berminat untuk JV dalam
mengusahakan ladang TMT ini.

Selain itu beliau juga nampak peluang untuk membantu ahli-ahli peladang melalui sewaan tanah atau mereka usahakan kami bantu dari sudut marketing. Alhamdulillah banyak kebaikan dengan kedatangan beliau ke sini.

14/11/2020 kami bawa masuk excubator utk percepatkan proses pembersihan dan kami p**a siapkan pondok rehat, tempat berbi...
29/11/2020

14/11/2020 kami bawa masuk excubator utk percepatkan proses pembersihan dan kami p**a siapkan pondok rehat, tempat berbincang & surau sementara.. ini penting bagi kami utk mudahkan kami berkerja dan tak lupa dgn amalan wajib. berladang atau berkebun boleh tapi jgn lupa Allah, Dia lah yg memudahkan & mengizinkan segala plan yg kita rancang. JANGAN KUFUR & JANGAN ALPA.

Assalamualaikum semua..saya dan ustaz mohammad bersama team sedang mengusahakan ladang 'miracle tree' moringa oliefera s...
26/11/2020

Assalamualaikum semua..saya dan ustaz mohammad bersama team sedang mengusahakan ladang 'miracle tree' moringa oliefera secara komersial... Kami dah lakukan research sejak 5 tahun lepas dan sekarang kami ambil keputusan untuk tanaman ladang secara serius.

Ladang pertama kami dalam proses, alhamdulillah. Ia terletak di Kampung Wakaf Tapai, Marang Terengganu. Ladang pilot ini berkeluasan lebih 4 ekar dengan jumlah anak pokok lebih 40 ribu batang. Doakan kami berjaya dan mampu membantu dalam meningkatkan kesedaran kesihatan melalui herba moringa ini khasnya di kalangan rakyat malaysia dan dunia umumnya.

Di samping itu saya berusaha libatkan seramai mungkin penduduk sekitar ladang kami ini dalam usaha membina sumber pendapatan dari pananaman pokok ini. Kami akan dengan membeli daun moringa yang mereka tanam dengan syarat ianya berkualiti dan organik.

Selain itu kami juga banyak share info berkaitan pokok ini dengan pegawai peladang, pegawai pertanian dan lain-lain agensi yang datang ke ladang kami. Mereka sangat teruja dan ada majoriti mereka sangat berminat untuk berkerjasama dengan pihak kami. Alhamdulillah...

Jom support page kami dengan LIKE, SHARE & KOMEN.








04/08/2020


LEBANON

Di dalam bulan mulia ini, terdapat satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah selain Jumaat ia...
29/07/2020

Di dalam bulan mulia ini, terdapat satu hari yang dikatakan antara hari yang paling afdal di sisi Allah selain Jumaat iaitu hari Arafah. Hari Arafah adalah bersempena amalan berwukuf di Padang Arafah yang merupakan salah satu daripada rukun fardu bagi umat Islam yang menunaikan ibadat haji. Bagi umat Islam yang tidak mengerjakan ibadat haji, mereka dianjurkan berpuasa, berzikir dan melakukan amalan sunat pada hari tersebut sebagai mana sabda Rasulullah yang bermaksud: "Berpuasa pada hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya." (Hadis riwayat Muslim)

Kemuncak daripada itu, Hari Arafah adalah satu hari yang Allah akan membebaskan sesiapa yang menghadiri Padang Arafah dan memuliakan hari tersebut daripada api neraka. Oleh kerana itu, hari keesokannya adalah hari kesyukuran dan perayaan bagi umat Islam bagi menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran ke hadrat Allah taala.

Kemuliaan tempatnya p**a ialah kerana jemaah haji yang melaksanakan ibadat haji kini berada di Tanah Suci iaitu Makkah dan Madinah. Semenjak dunia mengenal peradaban, Baitullah berdiri tegak sebagai benteng akidah yang kukuh yang tidak mudah digugat apatah lagi dihapuskan. Sebaliknya segala propaganda dan perancangan musuh Islam sentiasa gagal dan tidak kesampaian.

Justeru, Makkah dengan Baitullah diangkat sebagai simbol keimanan dan akidah. Pusat penyebaran akidah dan markas dakwah Islam yang pada asalnya dibangunkan di atas tanah dataran gurun tandus dan kering kontang akhirnya berupaya merubah perjalanan sejarah, menghancurkan kepercayaan keberhalaan, merobohkan masyarakat jahiliah dan menggugat sendi peradaban dunia sedia ada ketika itu sehingga Makkah muncul sebagai pusat pancaran Islam yang menyinari kegelapan dunia.

Sehubungan itu, setiap jemaah haji ataupun umrah di Tanah Suci wajib memelihara kesucian tempat mulia ini dengan mentaati semua perintah dan larangan Ilahi serta peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa di sana. Oleh sebab itu, Allah memberi peringatan yang keras terhadap sesiapa yang cuba melakukan kerosakan secara zalim di Masjidil Haram melalui firman-Nya yang bermaksud: "Dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya." (Surah al-Hajj, ayat 25)

Manakala kemuliaan musimnya ialah kerana Zulhijjah adalah bulan yang terkandung di dalamnya amalan ibadat yang besar ganjarannya di sisi Allah iaitu ibadat haji. Ibadah haji ini sebenarnya mempunyai banyak pengertian suci terutama dalam mengeratkan jalinan hubungan antara Allah sebagai Khaliq dan Pencipta kepada alam semesta ini dan manusia sebagai makhluk-Nya dan ciptaan-Nya yang menghuni di alam ini sebagai khalifah-Nya. Allah menyediakan ganjaran yang cukup besar bagi Muslim yang mengerjakan umrah dan haji pada bulan tersebut melalui sabda Rasulullah yang bermaksud: "Daripada satu umrah kepada umrah yang berikutnya adalah penghapus semua kesalahan dan dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kemuliaan musim haji ini pada hakikatnya tidak dapat dinilai kebesarannya, kelebihannya dan juga keistimewaannya kerana di dalamnya terlihat banyak manfaat dan banyak kesempatan yang dapat dimanfaatkan, sekali gus adalah saat indah dan keemasan yang dilalui jemaah haji dengan penuh keinsafan dan keikhlasan demi meraih keredaan Ilahi dan kebahagiaan abadi di akhirat kelak.

Segala hikmah dan pelbagai pengajaran yang terhimpun dalam musim haji sewajarnya dimanfaatkan sepenuhnya oleh setiap jemaah haji bermula daripada kesatuan umat Islam yang datang daripada pelbagai bangsa dan negara, mempereratkan hubungan ukhuwah dan menghapuskan segala bentuk perpecahan atau persengketaan meskipun negeri mereka berjauhan, bahasa berlainan dan warna kulit berbeza. Namun, kini umat Islam di Tanah Suci dipersatukan oleh akidah yang satu, tempat dan musim yang satu, musim yang penuh cucuran rahmat Ilahi buat Muslim yang benar-benar bertakwa.

Dari tempat suci turunnya wahyu dan terbitnya risalah Islam ini akan terpancar akidah tauhid yang mapan, ikatan ukhuwah yang kukuh, risalah perdamaian yang konkrit. Dengan demikian diharapkan melalui pertemuan dan perhimpunan sesama Muslim di tempat dan waktu yang sangat mulia, segala masalah, krisis dan kemelut yang dihadapi umat Islam dari serata dunia dapat di atasi. Selain itu menemui titik penyelesaian dan permuafakatan yang jitu dalam menghadapi arus globalisasi pada era pascamoden ini yang tidak banyak memberi erti dan manfaat apabila dibandingkan dengan kemuliaan musim haji yang tersingkap di dalamnya makna yang luhur.

Perlu diinsafi risalah Islam adalah risalah yang agung dan amanah yang cukup besar. Oleh itu, umat Islam dewasa ini sangat memerlukan satu kesatuan dan perpaduan ummah yang utuh dalam menghadapi ancaman dan cabaran pascamodenisme di bawah naungan satu panji, bersandar pada satu kiblat, maka warna kulit, bahasa, tempat tinggal, semuanya akan terikat menjadi satu syiar Islam. Hanya di bawah naungan panji Islam dengan suluhan wahyu al-Quran dan sunnah Rasulullah, barulah umat Islam dapat bangkit berperanan sebagai umat terbaik dan contoh kepada sekalian alam.

Demikianlah kemuliaan yang terhampar sepanjang Zulhijjah yang sewajibnya diambil iktibar bukan saja oleh setiap jemaah haji, bahkan juga umat Islam yang berada di luar sempadan Tanah Suci untuk sama-sama mengambil inisiatif dan mengorak langkah untuk menjana akidah tauhid yang ampuh dan menjalin ikatan ukhuwah yang utuh dalam usaha menobatkan kembali kecemerlangan umat Islam dalam pelbagai aspek kehidupan sejagat.

RAMADHANSABDA NABIWahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah...
23/04/2020

RAMADHAN

SABDA NABI

Wahai manusia, sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari-hari yang paling utama. Malam-malamnya adalah malam-malam yang paling utama. Jam demi jamnya adalah jam-jam yg paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan shiyam dan membaca Kitab-Nya.

Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin. Muliakanlah orang tuamu, sayangilah yang muda, sambungkanlah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal kamu memandangnya dan pendengaranmu dari apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu karena itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih; Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia! Sesungguhnya diri-dirimu tergadai karena amal-amalmu, maka bebaskanlah dengan istighfar. Punggung-punggungmu berat karena beban (dosa)-mu, maka ringankanlah dengan memperpanjang sujudmu.

Ketahuilah, Allah Ta’ala bersumpah dengan segala kebesaran-Nya bahwa Dia tidak akan mengadzab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan Rabbal-alamin.

Wahai manusia, barangsiapa di antaramu memberi makanan kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan dia diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

29/03/2020

allahu akhbar....
moga segalanya dipermudahkan...

Address

Setul

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 15:00

Telephone

+601123076885

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tablet MINDA MSTAR.qi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tablet MINDA MSTAR.qi:

Share