Health Care Family Clinic

Call Directions Contact the practice

Health Care Family Clinic THE HEALING HANDS

ONE STOP MEDICAL CARE!
- MEDICAL
- SURGICAL
- SWAB TESTS (PCR AND RTK)
- DENGUE TEST
- INFLUENZA A AND B TEST
- VACCINATION
- MEDICAL CONSULTATION
- FOMEMA
- PRE-EMPLOYMENT MEDICAL CHECK UP
- BASIC MEDICAL CHECK UP,
- PAP SMEAR
- FAMILY PLANNING,
- URINE ANALYSIS AND URINE DRUG ANALYSIS

04/10/2026

Suffering from knee pain for the past few years?
We have a solution for you!
Book your appointment now!!

โค๏ธ๐Ÿฉบ๐ŸŒก๏ธ๐Ÿ’Š๐Ÿ’‰๐Ÿฅผ

For help? Please call or watsapp us today at
๐Ÿ“ž 012-2176378
โ˜Ž๏ธ 03-60444929
๐ŸŒ [email protected]





https://vt.tiktok.com/ZSbHBdUpk/

07/09/2026

Perut membesar seperti mengandung 9 bulan tetapi bukan hamil. Itu adalah petanda senyap yang sering diabaikan wanita sehingga terlambat.

Takziah kami ucapkan kepada pemilik akaun media sosial Iyqa atas pemergian ibu tercinta akibat kanser ovari pada Ogos lalu. Kisah perjuangan dan ketabahan arwah ibu beliau wajar dijadikan iktibar buat semua wanita di luar sana.

Bermula dengan perut yang terasa sebu dan membesar, ramai menyangka ia sekadar masalah angin atau busung air atau ascites. Dalam kes ini, arwah ibu merasakan perutnya besar seperti sedang hamil cukup bulan walaupun usia sudah meningkat.

Pemeriksaan lanjut mendapati bacaan penanda tumor atau CA125 mencecah angka 16541 berbanding bacaan normal yang sepatutnya di bawah 35. Imbasan turut menemui ketumbuhan besar sekitar 10cm yang mendesak organ dalaman.

Kanser Ovari dikenali sebagai pembunuh senyap atau silent killer kerana simptom awalnya sangat samar dan sering disalah anggap sebagai masalah penghadaman biasa.

Tanda amaran yang perlu setiap wanita waspada:

1. Perut kembung atau buncit yang berterusan dan tidak surut walaupun sudah membuang angin.
2. Cepat rasa kenyang walaupun makan dalam kuantiti sedikit.
3. Sakit atau rasa tidak selesa di bahagian pelvis dan perut bawah.
4. Perubahan tabiat membuang air kecil seperti terlalu kerap atau desakan yang tiba-tiba.
5. Pendarahan f***j yang tidak normal terutamanya selepas menopaus.

Jangan tunggu sehingga perut membesar dan keras baru hendak bertindak. Jika anda mempunyai simptom seperti di atas yang berlarutan melebihi dua minggu, sila dapatkan pemeriksaan doktor dan imbasan ultrasound dengan segera.

Pengesanan awal adalah kunci rawatan.

07/09/2026
05/09/2026
04/07/2026

Kadang-kadang bukan staf klinik nak cerewet.

Cuma ada pakaian yang nampak biasa, tapi bila sampai masa nak periksa, baru perasan susah p**a.

โœ… Nak datang scan, pakailah pakaian yang sesuai dan mudah dibuka pada bahagian yang perlu diperiksa. Kalau pakai jubah, pastikan ada kain atau seluar di dalam. Baru selesa untuk baring dan lebih mudah untuk petugas buat pemeriksaan.

โœ… Nak datang vaksin p**a, elakkan baju yang terlalu ketat sampai lengan susah nak disingsing. Pilih baju yang longgar sikit atau mudah buka bahagian lengan.

โœ… Kalau sakit telinga, tudung atau shawl yang terlalu berbelit boleh buat pemeriksaan jadi lambat. Tak salah bergaya, cuma mudahkan sikit akses ke telinga.

โœ… Kalau sakit lutut, elakkan jeans atau seluar terlalu ketat. Nanti lutut susah nak dilihat, dibengkokkan atau diperiksa dengan baik.

โœ… Kalau datang demam dan pakai topi, buka siap-siap bila nak check suhu. Benda kecil, tapi membantu mempercepatkan urusan.
Bukan tak boleh nak cantik.

Bukan tak boleh nak kemas.

Cuma bila datang klinik, fikir juga satu benda:

โ€œSenang tak doktor atau nurse nak periksa bahagian yang sakit?โ€

Pakaian yang sesuai buat pemeriksaan lebih mudah, lebih selesa, dan urusan pun lebih cepat.

Datang klinik, pakailah pakaian yang memudahkan pemeriksaan.



Address

19, Jalan Anggerik Aranda BG31/BG, Kota Kemuning
Shah Alam
40460

Telephone

+60122176378

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Health Care Family Clinic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Health Care Family Clinic:

Share

Category