28/05/2025
Dtap- is a vaccine for diphtheria (infection of throat) (白喉病), tetanus (infection of nervous system) (破伤风), and pertussis (whooping cough) (百日咳)- that we usually give to pregnant mummies - so that the antibodies produced can be transferred to baby - to protect baby from 0-2 months, before baby receives their first dose at 2 months old.
𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐈𝐦𝐮𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐛𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚𝐚𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓! 🇲🇾
Bertemakan “𝐈𝐦𝐮𝐧𝐢𝐬𝐚𝐬𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚, 𝐀𝐲𝐮𝐡 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐉𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧” Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan komitmen terhadap imunisasi sepanjang hayat dan memberikan perlindungan kesihatan kritikal untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan hingga warga emas🛡️
Vaksinasi adalah intervensi kesihatan awam yang terbukti selamat, berkesan dan penting untuk mencegah pelbagai penyakit berjangkit berbahaya.
✨ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐈𝐍𝐆 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐈𝐁𝐔 𝐇𝐀𝐌𝐈𝐋! ✨
Bermula hari ini, 26 Mei 2025, KKM dengan sukacitanya mengumumkan pemberian 𝐯𝐚𝐤𝐬𝐢𝐧 𝐓𝐝𝐚𝐩 (𝐓𝐞𝐭𝐚𝐧𝐮𝐬, 𝐃𝐢𝐟𝐭𝐞𝐫𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐮𝐬𝐬𝐢𝐬/ 𝐁𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐨𝐤𝐨𝐥) 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀 kepada semua ibu hamil warganegara Malaysia di fasiliti kesihatan KKM yang menyediakan perkhidmatan kesihatan ibu dan anak 🤰❤️
KKM juga menyeru semua ibu bapa dan penjaga untuk:
1️⃣ Merujuk Jadual Imunisasi Kebangsaan yang dikongsikan ℹ️
2️⃣ Memastikan anak-anak menerima setiap dos vaksin mengikut peringkat umur yang disyorkan bagi perlindungan optimum 🗓️
Liputan imunisasi yang mencapai tahap tinggi bukan sahaja melindungi satu individu, tetapi turut memberikan perlindungan kelompok (herd immunity) kepada seluruh komuniti 👨👩👧👦
Pematuhan dan sokongan anda terhadap Program Imunisasi Kebangsaan (P*K) amatlah dihargai demi kesejahteraan dan kesihatan seluruh rakyat Malaysia.
Imunisasi adalah Tanggungjawab Kita Bersama! ✅