Yayasan Insan Istimewa Selangor

Yayasan Insan Istimewa Selangor Sebuah inisiatif Kerajaan Negeri untuk insan istimewa di Selangor

Anak Istimewa Selangor (ANIS) telah diperkenalkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam, Perpaduan dan Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Selangor - YB Dr Siti Mariah Binti Mahmud sejak tahun 2018 lagi. Program-program ANIS ini diperkenalkan dengan tujuan dan harapan agar dapat memperkasakan barisan ibu bapa & penjaga, para pendidik, pengusaha institusi dan badan kebajikan anak-anak

istimewa di Selangor seterusnya dapat memberdayakan anak-anak istimewa, ibu bapa dan penjaga dan para pendidik untuk lebih mampan dalam mendepani dunia bercabaran ini dengan lebih cakna. Program ANIS merangkumi dua aspek iaitu:
1) Manfaat kewangan
- Bantuan Khas ANIS dan Didik ANIS

2) Program Pemberdayaan ANIS
- Pusat Sokongan Pendidikan Awal Anak Istimewa Selangor (PUSPANIS)
- Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor
- Akademi ANIS
- Independent Living Support Centre (ILSC)

15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Semangat patriotisme disemai melalui pengalaman yang ceria dan bermakna.

Ikuti sesi temu bual khas bersempena Program Semarak Merdeka Pusat ANIS 2026. ๐Ÿ’›

๐—ฌ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ | ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ง๐—ข๐—ž๐—ข๐—Ÿ & ๐—”๐——๐—”๐—• ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ก๐—”๐Ÿ“13 September 2026 | Concord Hotel Shah AlamKetua Pegawai Eksekutif Yay...
14/09/2026

๐—ฌ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ | ๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ฃ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—ง๐—ข๐—ž๐—ข๐—Ÿ & ๐—”๐——๐—”๐—• ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ก๐—”

๐Ÿ“13 September 2026 | Concord Hotel Shah Alam

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS), Tuan Ar. Kamarul Hisham bin Haji Yeop Hashim, telah menghadiri Bengkel Pemantapan Protokol & Adab Istana anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Selangor.

Bengkel ini menjadi platform dalam memperkukuh kefahaman berkaitan protokol rasmi, tatahias, panggilan hormat serta kesantunan adat istana, khususnya dalam memastikan setiap urusan dan majlis rasmi dilaksanakan dengan tertib serta menepati tatacara yang sewajarnya.

Pemahaman terhadap protokol dan adab bukan sekadar tatacara, malah mencerminkan nilai hormat, integriti serta kewibawaan sesebuah organisasi dalam setiap urusan rasmi.

13/09/2026

๐Ÿ’› ๐—ถ-๐—ช๐—ต๐—ฒ๐—ฒ๐—น | ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป, ๐—ฆ๐—ฒ๐—ท๐˜‚๐˜๐—ฎ ๐—ž๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป

Setiap pertemuan pasti ada penghujungnya. โœจ

Sesi terakhir i-Wheel melabuhkan tirai dengan pelbagai momen indah, senyuman dan pengalaman bermakna buat anak-anak istimewa.

Terima kasih kepada semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan i-Wheel. Setiap langkah kecil yang tercipta hari ini, semoga menjadi permulaan kepada perkembangan yang lebih bermakna. ๐ŸŒˆ

13/09/2026

๐ŸŽ™๏ธ Sesi Interview | Dakwah Inklusif OKU Islam Selangor 2026

Perkongsian pandangan dan aspirasi dalam memperkukuh usaha ke arah pelaksanaan dakwah yang lebih inklusif serta mesra komuniti OKU di Selangor. ๐Ÿ’›

13/09/2026

โœจ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ง๐—”๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐—Ÿ๐—œ๐—•๐—”๐—ง ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—”๐—› ๐—œ๐—ก๐—ž๐—Ÿ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—™ ๐—ข๐—ž๐—จ ๐—œ๐—ฆ๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Antara momen yang dirakam sepanjang sesi berlangsung, menghimpunkan perkongsian idea, pandangan serta komitmen bersama dalam memperkukuh agenda dakwah inklusif untuk komuniti OKU Islam di Selangor. ๐Ÿ’›

๐ŸŒฑ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ | ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—œ๐—ก๐—”๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐—”๐—ก๐—— ๐—˜๐—ฆ๐—š ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒKetua Pegawai Eksekutif Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS), Tuan Ar. Kam...
13/09/2026

๐ŸŒฑ ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ | ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ๐—ง๐—”๐—œ๐—ก๐—”๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—ฌ ๐—”๐—ก๐—— ๐—˜๐—ฆ๐—š ๐—™๐—ข๐—ฅ๐—จ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS), Tuan Ar. Kamarul Hisham bin Haji Yeop Hashim, telah menghadiri Sustainability and ESG Forum 2026 pada 10 September 2026 di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City.

Bertemakan โ€œFrom Vision to Action: Delivering a Sustainable, Resilient and Strategic Futureโ€, forum anjuran Universiti Selangor (UNISEL) dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menghimpunkan pelbagai pihak berkepentingan dalam memperkukuh kolaborasi serta menterjemahkan agenda kelestarian kepada tindakan berimpak.

Penyertaan YANIS selari dengan komitmen untuk memperkukuh dimensi sosial (Social) dalam ESG, khususnya melalui pemerkasaan, keterangkuman dan penyertaan bermakna golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pembangunan Negeri Selangor yang mampan dan inklusif.

Kelestarian yang bermakna adalah apabila tiada sesiapa yang tercicir daripada arus pembangunan.

Kredit ๐Ÿ“ธ MBI Selangor x UNISEL

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ๐— ๐—˜ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ช๐—”๐Ÿ“ Pusat Prasekolah ANIS | 10 September 20...
11/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ž ๐— ๐—˜๐—ฅ๐——๐—˜๐—ž๐—” ๐—ฃ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ง ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ | ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—ฅ๐—œ๐—ข๐—ง๐—œ๐—ฆ๐— ๐—˜ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐——๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ช๐—”

๐Ÿ“ Pusat Prasekolah ANIS | 10 September 2026

Yayasan Insan Istimewa Selangor (YANIS) menerusi Pusat ANIS telah menganjurkan Program Semarak Merdeka Pusat ANIS Tahun 2026 yang melibatkan seramai 123 orang murid dan ibu bapa, dalam suasana penuh ceria dan semangat kemerdekaan.

Program yang dianjurkan khusus buat anak-anak istimewa Pusat ANIS bersama ibu bapa ini mengetengahkan pelbagai aktiviti interaktif berkonsepkan kemerdekaan dan warisan, termasuk nyanyian lagu patriotik, Zumba Merdeka, permainan tradisional seperti congkak, batu seremban dan sepak bulu ayam, serta aktiviti kreatif dan Sudut Suara ANIS.

Menerusi aktiviti yang dijalankan, murid bukan sahaja didedahkan kepada elemen patriotik dan warisan negara, malah berpeluang meningkatkan kemahiran komunikasi dan sosial melalui interaksi bersama rakan-rakan serta keluarga dalam suasana yang menyeronokkan dan inklusif.

Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Ar. Kamarul Hisham bin Hj. Yeop Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif YANIS. Turut hadir memeriahkan program ialah En Abdul Qayyum bin Suhaimi, Pengurus Besar YANIS, wakil Ahli Majlis MPP Zon 1 dan MPP Zon 3 Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Penganjuran program ini diharap dapat memberikan pengalaman sambutan kemerdekaan yang positif dan bermakna kepada anak-anak istimewa serta keluarga, sekali gus menyemai semangat patriotisme, kebersamaan dan kecintaan terhadap negara sejak peringkat awal. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ’›

๐Ÿ† ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ, ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! โค๏ธ๐Ÿ’›Tahniah kepada Kontinjen Selangor atas kejayaan dinobatkan seb...
11/09/2026

๐Ÿ† ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ, ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ž๐— ๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ! โค๏ธ๐Ÿ’›

Tahniah kepada Kontinjen Selangor atas kejayaan dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Para SUKMA Selangor 2026 dengan kutipan keseluruhan 200 pingat - 93 emas, 55 perak dan 52 gangsa.

Pencapaian membanggakan ini mencerminkan semangat juang, disiplin dan keazaman tinggi para atlet dalam membawa nama Selangor ke puncak kejayaan.

YANIS turut merakamkan penghargaan kepada seluruh atlet, jurulatih, pegawai kontinjen serta semua pihak yang telah bersama-sama menyumbang kepada kejayaan ini.

Tahniah, Kontinjen Selangor! Selangor Juara! ๐Ÿ†โค๏ธ๐Ÿ’›

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—” | ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—–๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ๐Ÿ“ Ballroom 2 & 3, Wyndham Acmar Klang๐Ÿ“… 9 September 2026YANIS h...
10/09/2026

๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—๐—จ๐—”๐—ฅ๐—” | ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—œ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—–๐—”๐—ง๐—จ๐—ฅ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ

๐Ÿ“ Ballroom 2 & 3, Wyndham Acmar Klang
๐Ÿ“… 9 September 2026

YANIS hadir memberikan sokongan kepada pasukan Para Catur Selangor yang sedang berjuang dalam temasya Para SUKMA XXII Selangor 2026 demi membawa cabaran dan mengharumkan nama Negeri Selangor.

Setakat lawatan berlangsung, pasukan Para Catur Selangor telah berjaya meraih enam pingat emas. Pencapaian membanggakan ini mencerminkan semangat juang, disiplin, fokus serta kesungguhan tinggi yang dipamerkan oleh para atlet sepanjang pertandingan.

Kehadiran Tuan Ar. Kamarul Hisham bin Hj. Yeop Hashim, Ketua Eksekutif YANIS, bersama YB Tuan Danial Al-Rashid bin Haron Aminar Rashid, Pengerusi Majlis Tindakan Orang Kurang Upaya Selangor (MTOS), turut menyuntik semangat kepada barisan atlet untuk terus yakin dan memberikan persembahan terbaik dalam baki acara yang dipertandingkan.

Ayuh, bersama-sama kita terus memberikan sokongan dan dokongan penuh kepada para atlet yang berjuang demi Selangor. Semoga pasukan Para Catur Selangor terus melakar kejayaan dan menambah koleksi pingat buat kontinjen negeri.

Syabas dan teruskan perjuangan, pasukan Para Catur Selangor! ๐Ÿ’ช๐Ÿปโ™Ÿ๏ธ๐Ÿ…โค๏ธ๐Ÿ’›

Address

Jalan Pahat L 15/L
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 08:30 - 16:30
Tuesday 08:30 - 16:30
Wednesday 08:30 - 16:30
Thursday 08:30 - 16:30
Friday 08:30 - 16:30

Telephone

+60355453170

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Insan Istimewa Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Yayasan Insan Istimewa Selangor:

Shortcuts

Share