19/04/2021
[KEADAAN IBU HAMIL YANG TIDAK DIGALAKKAN BERPUASA]
Bulan ramadan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam, oleh kerana bulan ini terkandungnya keberkatan dan kebaikan yang tidak sama dibandingkan bulan lain. Dalam islam, berpuasa ketika hamil diharuskan untuk berbuka apabila terdapat situasi apabila ibu hamil berpuasa dapat membahayakan kesihatan diri atau kesihatan kandungan.
4 tanda yang tidak menggalakkan ibu hamil berpuasa, ialah;
1) Morning Sickness Yang Teruk.
- Keadaan morning sickness di awal kehamilan akan sering terjadi bagi sesetengah ibu hamil. Morning sickness yang teruk hingga berlarutan, sampai menyebabkan kekurangan tenaga disarankan untuk berbuka shj. Ini kerana jika dibiarkan boleh memudaratkan janin dalam kandungan.
2) Menghidapi Diabetes
- Masalah bukan pada bacaan gula semasa berpuasa akan tetapi, bacaan gula yang diambil tinggi melambung sering terjadi selepas berbuka, sebelum sahur dan selepas sahur. Keadaan gula yang tinggi dalam darah boleh memberi kesan kepada ibu hamil sendiri dan juga kandungan.
3) Pergerakan Bayi Berkurang
- Jika pergerakan janin berkurang (selepas 28 minggu kehamilan), hendaklah berbuka puasa dan terus ke hospital untuk penilaian CTG dan ultrasound untuk menilai pembesaran janin.
4) Hampir Tarikh Due Date.
- Melahirkan bayi memerlukan banyak tenaga, terutama di bilik bersalin nanti. Oleh itu, ibu mengandung dinasihatkan untuk tidak berpuasa ketika sudah hampir waktu due date. Mempersiapkan diri secukupnya dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi waktu melahirkan anak nanti.
Slot masih available sampai hujung tahun ini, untuk pertanyaan lanjut klik link di bio.💕