05/06/2026
๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐. ๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
Universiti Selangor (UNISEL) secara rasmi telah melantik Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporation Bhd, YBhg. Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, sebagai Profesor Kehormat universiti berkuat kuasa bagi tempoh dua tahun bermula 5 Jun 2026 sehingga 4 Jun 2028.
Watikah pelantikan tersebut telah diserahkan secara rasmi dalam satu sesi Kunjungan Hormat yang penuh bersejarah oleh delegasi tertinggi UNISEL ke Menara Top Glove hari ini.
Kunjungan hormat ini diketuai sendiri oleh Prof. Emeritus Ir. Datoโ Dr. Hassan bin Basri, Presiden dan Naib Canselor UNISEL, serta diiringi oleh Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Transformasi dan Jaringan Industri), Prof. Madya Dr. Dzulkarnain Ahmad serta beberapa delegasi UNISEL.
Pelantikan ini bukan sahaja mengiktiraf ketokohan luar biasa Tan Sri Dr. Lim Wee Chai dalam memacu Top Glove sebagai pengeluar sarung tangan terbesar di dunia, malah ia mempunyai nilai sentimental yang amat tinggi. Beliau merupakan alumni terbilang UNISEL yang berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan pada majlis Konvokesyen Ke-10 UNISEL di Kampus Bestari Jaya pada tahun 2015 yang lalu.
๐๐ฐ๐ฌ๐ถ๐ด ๐๐ช๐ญ๐ข๐ช ๐๐ฆ๐ณ๐ซ๐ข: ๐๐ฐ๐ณ๐ฎ๐ถ๐ญ๐ข ๐๐ฆ๐ซ๐ข๐บ๐ข๐ข๐ฏ '5 ๐๐ฎ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ ๐๐ข๐ณ๐ช๐ข๐ฏ' ๐๐ฐ๐ฑ ๐๐ญ๐ฐ๐ท๐ฆ.
Dalam sesi perbincangan meja bulat yang berlangsung, Tan Sri Dr. Lim Wee Chai menzahirkan rasa besar hati dan penghargaan yang mendalam atas pengiktirafan dan kepercayaan yang diberikan oleh pihak universiti; sambil berkongsi rahsia di sebalik keteguhan empayar perniagaannya, beliau lebih mengetengahkan kepentingan komitmen terhadap nilai-nilai kerja yang berintegriti serta penjagaan kesihatan yang holistik.
"Pihak Top Glove amat berbesar hati menerima kunjungan hormat dan pelantikan daripada pihak UNISEL ini. Bagi kami, kunci utama untuk mengekalkan kecemerlangan sama ada dalam dunia akademik mahupun industri korporat terasnya adalah berpaksi kepada nilai kerja yang konsisten. Kejayaan dan kesihatan tidak boleh dipisahkan; kita perlu mempunyai disiplin yang tinggi dalam menguruskan diri dan organisasi", ujar Tan Sri Dr. Lim Wee Chai.
๐๐ฆ๐ญ๐ถ๐ข๐ด๐ฌ๐ข๐ฏ ๐๐ข๐บ๐ข๐ฑ ๐๐ฐ๐ญ๐ข๐ฃ๐ฐ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐๐ฆ๐ฌ๐ต๐ฐ๐ณ ๐๐๐๐ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฏ๐ฅ๐ถ๐ด๐ต๐ณ๐ช.
Sementara itu, Naib Canselor UNISEL, Prof. Emeritus Ir. Datoโ Dr. Hassan bin Basri, dalam ucapannya menegaskan bahawa UNISEL berhasrat penuh untuk memanfaatkan kepakaran serta jaringan luas Top Glove bagi melonjakkan standard akademik universiti ke peringkat global.
Pelantikan ini disifatkan sebagai jambatan kukuh dalam merapatkan jurang antara menara gading dan realiti pasaran industri.
Beliau berkata, "UNISEL mahu meluaskan sayapnya dengan mencontohi dan mempraktikkan impak kejayaan Top Glove sebagai sebuah industri gergasi. Kami berhasrat untuk bergerak seiring dengan kehendak industri masa kini, terutamanya dalam memperkasakan sektor TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) selaras dengan agenda proaktif yang sedang digerakkan secara agresif oleh Kerajaan Negeri Selangor."
Beliau menambah, sinergi ini akan membuka lebih banyak peluang kepada para pelajar dan pensyarah UNISEL dalam aspek penempatan latihan industri, penyelidikan gunaan bersama, serta pembangunan kurikulum berasaskan industri yang melahirkan graduan sedia kerja.
Di awal perbincangan strategik dan penyerahan watikah, delegasi UNISEL telah dibawa melawat ke seluruh fasiliti Menara Top Glove. Lawatan komprehensif ini memberikan pendedahan mendalam mengenai kepelbagaian portfolio perniagaan Top Glove yang kini tidak lagi terhad kepada pembuatan sarung tangan semata-mata, sebaliknya telah merangkumi pelbagai sektor industri lain termasuk hartanah, perkhidmatan penjagaan kesihatan, teknologi hijau dan pelbagai lagi.
Kunjungan hormat ini menandakan satu lembaran baharu dalam pakatan strategik antara UNISEL dan Top Glove yang dijangka bakal memberikan impak sosioekonomi yang besar kepada pembangunan modal insan dan inovasi industri di negeri Selangor terutamanya, dan Malaysia amnya.
HASRIL ABU HASSAN
PENGARAH KOMUNIKASI KORPORAT
UNIVERSITI SELANGOR
5 Jun 2026