Tanya Dr Syid

Tanya Dr Syid Soal jawab tentang kesihatan bersama Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri

26/07/2026

Najis timbul setiap kali buang air besar? Hati-hati.

Saya yakin mesti ramai yang fikir… “eh bagus la tu, maknanya lemak tak diserap, boleh kurus kan?” 😅 Tapi sebenarnya, bila najis timbul, berminyak dan busuk, itu mungkin tanda badan anda tak serap lemak dengan betul. Dan ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan. Ia boleh jadi bahaya.

🧠 Lemak bukan musuh. Badan kita perlukan lemak untuk:
✅ Bina sel otak & saraf
✅ Serap vitamin penting (A, D, E, K)
✅ Stabilkan hormon
✅ Lindungi organ dalaman
✅ Bekalkan tenaga berkekalan

Kalau lemak keluar ikut najis → badan kekurangan nutrien penting dan kesannya:
❗ Otak jadi lembap, susah fokus
❗ Badan lesu & tak bermaya
❗ Tulang makin rapuh
❗ Imun lemah, hormon & kulit pun terganggu

💩 Keadaan ni dipanggil steatorrhea – lemak keluar dalam najis. Antara puncanya:
🔸 Celiac disease
🔸 Crohn’s disease
🔸 Masalah pankreas (tak cukup enzim cerna lemak)

➡️ Kalau najis terapung sekali-sekala (contoh lepas makan banyak makanan berlemak) — itu normal. Tapi kalau setiap kali buang air, najis terapung dan ada simptom lain macam:
🔺 Kembung perut
🔺 Najis berdarah
🔺 Berat turun tanpa sebab…

❗ Jangan tunggu lama. Jumpa doktor segera.

So lepas ni… sebelum flush, jeling-jeling dulu najis tu. Kadang benda yang kita tak pandang tu lah… yang boleh bagi petunjuk penting tentang kesihatan dalaman kita.

👇 Komen kat bawah, siapa sini yang memang rajin tengok najis dulu sebelum flush?

25/07/2026

Siapa sangka saiz betis pun boleh menentukan otak seseorang tu perform ataupun tidak.

Cepat check saiz betis masing-masing... lebih 31 cm atau kurang daripada tu?

24/07/2026

Mineral paling penting untuk tubuh!

Pernah dengar pasal magnesium. Haa magnesium ni antara mineral terpenting yang tubuh perlukan sebab ia terlibat lebih 300 reaksi enzim dalam tubuh, maksudnya ia diperlukan dalam macam-macam proses dalam tubuh kita ni.

Tak semua magnesium sama. Dan jenis magnesium terbaik adalah magnesium glycinate, ia adalah gabungan magnesium dan amino asid glycine, bentuk magnesium yang paling mudah diserap oleh tubuh dan sangat lembut pada sistem penghadaman.

Antara fungsi magnesium glycinate:

✔️ terlibat dalam proses penghadilan tenaga dalam sel
✔️menenangkan sistem saraf dan kurangkan keresahan
✔️ meningkatkan kualiti tidur
✔️ sokong kesihatan tulang, sebab ia diperlukan untuk penyerapan vitamin D yang optimum.
✔️ mengurangkan kekejangan otot dan keletihan

So siapa yang cepat lesu, asyik cramp atau susah tidur malam, boleh cuba amalkan Magnesium Glycinate ni.


#

07/07/2026

Jangan makan durian sebelum anda tahu 3 fakta ni!

Terutamanya untuk yang susah tidur malam & pesakit darah tinggi. 🛑

Paling tak sangka, fakta nombor 3 tu betul-betul luar jangkaan. Cuba tengok video sampai habis!

Anda tahu tak fakta pelik lain pasal raja buah ni? Cuba komen sikit.

05/07/2026

4 TIPS MAKAN DURIAN UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

Ada yang nak durian hunting ke hujung minggu ni?

Kalau ada, make sure anda dengar dulu baik-baik 4 tips yang saya kongsikan ni. Tapi tips ni tak terhad kepada mereka yang ada masalah kencing manis je tau, yang sihat walafiat pun saya galakkan untuk follow tips ni supaya kita dapat menikmati durian dengan selamat.

Seperti yang dijanjikan saya akan share kan extra tips untuk makan durian dengan selamat di bawah 👇👇👇

Tips 5
Ambil cuka epal atau air lemon 15-20 minit sebelum makan durian.

Sebab asid dalam cuka epal tu akan melambatkan pengosongan perut dan kawal kenaikan gula selepas makan. You all boleh juga cuba cara ni, tapi tips ni tak sesuai untuk individu yang ambil insulin dan kump**an ubat sulphonylurea (Gliclazide/Diamicron, Glipizide) sebab ini akan buat you all lagi hypo.

Kalau saya, saya akan ambil Eskayvie Phytax je kerana ekstrak 12 buahan yang ada dalam Phytax ini turut memberi kesan yang sama.

Jom sama-sama kita biasa-biasakan dengan 5 tips yang saya kongsikan ini ketika musim durian supaya kita bukan sahaja dapat menikmati kesedapan durian tu, apa yang lebih penting adalah kita dapat khasiat daripada buah durian itu juga jika diambil dengan cara yang betul.

03/07/2026

You all rasa perlu ke suplemen minda ni? Cuba komen

Salah satu kesalah fahaman dalam kalangan masyarakat kita ni adalah makan vitamin minda, auto jadi bijak!

Hakikatnya bukanlah sebegitu. Sebab vitamin minda ni merupakan nutrisi tambahan untuk sokong fungsi otak supaya otak kita ni dapat berfungsi dengan lebih baik.

Maksudnya vitamin minda ni bukanlah magic bullet yang akan menjadikan seseorang tu pandai atau berjaya.

Walau apapun, happy saya dengar pencapaian anak ni. Malah bertambah-tambah kesyukuran saya bila Mindtropic sedikit sebanyak membantu anak ni cipta kecemerlangan beliau dalam SPM.

So parents di luar sana yang ada anak nak SPM atau tengah belajar lagi tu, bantu suburkan minda mereka dengan Mindtropic ni, supaya segala potensi yang ada dalam diri anak-anak ni dapat diserlahkan.


01/07/2026

Tidur Sekejap, Otak Pun 'Recharge'

Ramai anggap tidur sekejap waktu tengah hari ni tanda malas atau buang masa.

Tapi tahukah anda, satu kajian melibatkan lebih 35,000 peserta daripada UK Biobank mendapati mereka yang mengamalkan power nap mempunyai saiz otak yang lebih besar berbanding mereka yang tidak tidur sekejap pada waktu siang.

Lebih menarik lagi, tabiat ini dikaitkan dengan keadaan otak yang seolah-olah 2 hingga 6 tahun lebih muda.

Kenapa ini penting?

Apabila saiz otak dapat dikekalkan dengan baik, risiko kemerosotan fungsi kognitif juga lebih rendah. Sebab itu, tidur sekejap bukan sekadar untuk hilangkan mengantuk, tetapi juga membantu menjaga kesihatan otak dalam jangka panjang.

Cuma ada dua syarat yang perlu diingat:

✅ Tidur sekejap sekitar 20 hingga 30 minit sahaja.
✅ Ambil pada waktu tengah hari atau awal petang, jangan terlalu lewat.

Untuk anak-anak yang sedang belajar, ini juga boleh dijadikan rutin harian. Tidur sekejap sebelum sambung belajar boleh membantu mereka bangun dengan minda yang lebih segar, lebih mudah fokus dan lebih senang mengingati apa yang dipelajari.

Kadang-kadang, perkara yang paling mudah juga boleh memberi manfaat yang besar kepada otak.

💬 Anda p**a macam mana? Jenis yang biasa tidur sekejap waktu tengah hari atau tidak?

29/06/2026

Pernah tak perasan, bila badan kurang minum air, kita jadi lebih cepat marah, susah fokus dan emosi pun lebih mudah terganggu?

Rupanya, ada sebab di sebalik keadaan ni.

Bila badan kekurangan air, ia akan menghasilkan hormon vasopressin untuk membantu menyimpan air dalam badan. Masalahnya, hormon ini juga boleh mengaktifkan sistem stres dalam otak dan menyebabkan hormon kortisol meningkat.

Sebab itu ada kajian yang mendapati individu yang minum kurang daripada 1.5 liter air sehari mempunyai tindak balas stres yang lebih tinggi apabila berdepan tekanan.

Jadi, jangan tunggu sampai rasa haus baru nak minum air.

💧 Minumlah air secara berkala sepanjang hari kerana rasa haus sebenarnya adalah petanda yang badan kita sudah pun mengalami kekurangan air.

Nak tahu berapa banyak air yang anda perlukan setiap hari?

Ikut formula ni...

Berat badan (kg) ÷ 30 = Jumlah liter air yang disarankan sehari.

Contohnya, kalau berat anda 60 kg, sasaran pengambilan air ialah sekitar 2 liter sehari.

💬 Cuba komen di bawah, berapa liter air yang anda patut minum setiap hari? Saya nak tengok siapa yang dah cukup minum air dan siapa yang kena tambah lagi. 😊

26/06/2026

You all tidur meniarap, mengiring atau menelentang? Cuba komen.

Siapa sangka… posisi tidur pun boleh beri kesan pada cara otak “membersihkan” dirinya sendiri 🧠😴

Sewaktu kita tidur, otak sebenarnya sedang membuang sisa toksik yang terkumpul sepanjang hari. Tapi kajian mendapati proses ini akan jadi lebih efektif bila kita tidur secara mengiring berbanding meniarap atau menelentang.

Sebab itu ada orang bangun pagi rasa lebih fresh, lebih fokus… dan ada juga yang masih rasa lemau walaupun tidur lama.

Kadang-kadang bukan sebab tidur tak cukup. Tapi mungkin kualiti “rehat otak” tu sendiri terganggu.

Sedikit tips untuk kekal tidur mengiring, cuba:
✨ peluk bantal atau bolster
✨ letak bantal di belakang badan
✨ letak bantal kecil antara lutut supaya badan lebih stabil

Simple, tapi boleh bantu badan lebih selesa untuk tidur mengiring 👀

Dan untuk bantu sokong fokus, tenaga mental dan fungsi otak setiap hari, boleh amalkan Mindtropic sekali ✨

24/06/2026

Kalau asyik stres, moody, cepat penat mentally atau rasa down… cuba check balik apa yang masuk dalam badan setiap hari 👀

Kajian terhadap lebih 40 ribu wanita mendapati individu yang mengambil lebih banyak makanan tinggi flavonoid mempunyai tahap happiness dan optimism yang lebih tinggi 💜

Antara buah yang menunjukkan kesan paling kuat untuk bantu mood, fokus dan emosi jadi lebih stabil:
🍓 Strawberry
🫐 Blueberry
🍎 Epal
🍊 Oren
🍊 Grapefruit

Kenapa buah-buah ni powerful untuk otak?

Sebab ia kaya dengan flavonoid iaitu natural compound yang membantu otak menghasilkan dopamine dan serotonin, iaitu “happy chemical” yang berkait dengan:
✨ mood lebih baik
✨ emosi lebih stabil
✨ fokus lebih kuat
✨ mental lebih tenang
✨ kurang rasa stres

Flavonoid juga bantu aliran darah ke otak jadi lebih baik supaya lebih banyak oksigen dan nutrisi sampai ke sel-sel otak 🧠

Sebab itu dalam formulasi baru Eskayvie Mindtropic, kita tambahkan Mixed Berries kerana berries memang antara superfood terbaik untuk fungsi otak, fokus dan daya ingatan.

Kadang-kadang otak kita bukan perlukan motivation semata-mata… tapi perlukan nutrisi yang betul juga.

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tanya Dr Syid posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Tanya Dr Syid:

Shortcuts

Share