20/08/2026
Penting sangat ke merangkak?
Semalam ada patient update. Anaknya belum boleh merangkak. Saya kata untuk dia takpa masih dalam peringkat saya boleh latih merangkak dulu. Saya nak jalan dia cantik. Nanti baru kita latih berdiri dan berjalan.
Pilihan sama ada nak ajar merangkak atau tidak, bergantung kepada tujuan. Dari segi mobiliti, merangkak juga ada satu form of mobility. Bukan berjalan saja membawa manusia dari point A ke point B. Kalau saya fokus nak dia terus boleh bergerak sama rakan sebaya yang xde memerlukan latihan tambahan, yang melalui proses perkembangan mengikut peringkat sendiri, iaitu berjalan. Then saya pandang merangkak itu tidak perlu.
Tapi kerana sebagai seorang physiotherapist fokus saya nak latih dia supaya dia boleh berjalan dengan baik, posture yang baik, dengan otot dan sensory secukupnya, saya pilih untuk latih dia merangkak atau gunakan posisi merangkak sebagai latihan.
Physiotherapy ni kepakaran kami pada pergerakan otot, sendi dan kefungsian. Kami belajar gait training dalam syllabus kami. Setiap langkah, dan pergerakan berjalan tu kami wajib tau. Setiap otot, berapa degree sendi bengkok, apa otot dan posture semua kami wajib tau. Soalan wajib exam. Dan kami juga diajar utk latih otot2 ini dengan senaman supaya dapat latih jalan dengan betul.
Begitu juga dengan bayi. Dalam setiap fasa perkembangan dia, dia menguatkan otot, sendi, latih posture, vision, pernafasan untuk dia boleh berjalan dengan baik. Jadi sebab itu saya rasa penting untuk latih merangkak atau latih dalam posisi merangkak sebelum saya latih berdiri dan berjalan.
Kalau tengok hanya pada kacamata seorang dewasa, memangla kita akan hanya fokus pada berjalan saja. Tp biarla budak jadi budak. Kita terlalu kejar nak budak ikut jadi dewasa, mereka juga berhak menikmati childhood mereka semaximal mungkin.
Semoga bermanfaat
Sharfiza Abdul Aziz
Tender Touch Paediatric Rehab