23/07/2017
NAK MASAK APA HARI NI YE?
Nak cuba sesuatu yang berbeza?
Apa kata anda cuba akan resipi popular dari negeri Cik Siti Wan Kembang – Kelantan, iaitu Nasi Tumpang!
Ia dipanggil NASI TUMPANG kerana lauk-pauknya dipadatkan, atau “ditumpangkan” diantara lapisan nasi. Lazat, tahan lama serta tak mudah basi! Rahsia kelazatannya – mesti dibungkus dengan daun pisang ya?
Ramuan:
Beras – masak seperti nasi impit
Kuah gulai :
Kisar semua bahan berikut, dan tumiskan
- 10 ulas Bawang Merah
- 1 inci Lengkuas
- 2 ulas Bawang Putih
- 1 sudu teh Ketumbar
- 1 sudu Serbuk kunyit
- 5 tangkai cili kering
Kemudian, masukkan bahan berikut :
- 250gm Santan
- Gula Melaka
- 1/2kg Ikan Kembung/Selar yang telah direbus dengan sedikit garam dan asam keping
Sediakan juga :
- Serunding (Daging/Ikan)
- Telur dadar
Bila semuanya dah dimasak, berikutnya, layurkan sebentar daun pisang keatas api, bentukkan bagai kon, masukkan sedikit nasi dan padatkannya, diikuti dengan serunding daging/ikan.
Lapisan berikutnya, nasi sekali lagi dipadatkan, diikuti dengan kuah gulai tadi.
Lapisan seterusnya, nasi sekali lagi dipadatkan, sebelum masukkan telur dadar.
Akhir sekali, masukkan nasi dan dipadatkan, sebelum ditutup penghujungnya.