15/01/2024
Kenapa pilih beras rebus?
Beras rebus lebih baik khasiatnya daripada beras perang kerana nutriennya lebih tingi dan lebih mudah diserap dari segi penyerapan kandungan zat besi dan mineral. Yakni 11 kali ganda daripada beras perang dari segi penyerapan mineral yang 90% lebih tinggi. Jika dibandingkan dengan beras putih sangat jauh bezanya.
Beras rebus lebih tinggi kandungan protein, B komplex, mineral, iron, calcium, fiber, index glycemix yang lebih rendah tapi kadar penyerapan mineral dan vitamin 90% lebih tinggi, antioksidan.
Lembut, gebu dan mengenyangkan, jadi kita terelak daripada sentiasa rasa mahu makan.
Perut akan rasa kenyang lebih lama .
Perut tidak meragam.
Elok untuk sembelit.
Detoksifikasi secara semulajadi, membina sel darah, merawat anemia, menguatkan tulang dan organ dalam tubuh.
Awet muda, kulit sentiasa lembab dan cantik.
Mencegah daripada penyakit kencing manis, darah tinggi, kolestrol,sakit lutut dan sendi.
Mencegah penyakit angin dalam usus.
Mencegah dan merawat penyakit beri-beri akibat daripada kekurangan vitamin B1, B2, folate, B6 dan B12.
Bagus untuk pertumbuhan saraf yang normal bagi bayi di dalam kandungan
Vitamin B kompleks asli yang terdapat dalam bijirin beras rebus ini sangat penting untuk ekspresi gen yang normal dan seimbang yakni terkawal untuk:
1. Pembaharuan sel yang normal dalam tisu kulit yang sihat dan cantik.
2. Pembentukan pelbagai molekul protein, enzim untuk molekul pembawa peneutralan/detoksifikasi bahan toksik dalam sel sel dan organ dalam tubuh.
3. Kekuatan otot, organ, jantung dan paru paru.
4. Tisu saraf dan otak.
5. Fungsi penghadaman dan kawasan pembuangan. Mencegah kembung dan makanan kurang hadam.
6. Mengelak badan daripada dimasuki angin terutamanya bagi wanita baru bersalin.
7. Mengelak kan badan sembab angin atau air.
8. Untuk hemoglobin dan sintesis sel darah merah.
9. Pembentukan janin, saraf dan otak nya yang normal.
10. Keutuhan DNA dan gen dan terlibat dalam gene ekpresi gen yang normal.
11. Sangat bagus sebagai makanan semi solid pertama diperkenal untuk bayi 4 bulan keatas sebagai bubur nasi.
12. Jika dimakan bersama diet seimbang makanan alami yang lain dan jenis serat larut seperti selasih, chia seed, arabic gum maka dapat mengelak dan merawat sembelit kronik.
13. Tubuh lebih sihat dan tak sensitif.
14. Tubuh lebih tahan sejuk atau panas
Khasiat vitamin B kompleks asli.
Walaupun diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sebagai co-factor, ia sangat penting dalam memelihara fisiologi dan kesihatan tubuh.
Beras rebus kaya bahan antioksidan ‘oryzanol’
Kandungan karbohidrat dalam beras parboiled dan beras putih atau beras perang hampir same je.Perbezaan tak signifikan. Tapi berbeza bila kita start kunyah dan masuk perut serta darah.
Kadar metabolisma nya berbeza kerana kandungan nutriennya diserap dengan kadar masa dikeluarkan.
Nilai GI yang lebih rendah kerana penyerapan secara berperingkat. Bukan penyerapan secara drastik macam beras putih. Ini dapat mengawal rembesan insulin dalam darah.
Mempunyai nutrient yang lengkap untuk membantu kadar metabolisma karbohidrat yang mengawal gula dalam darah dan sangat bagus untuk pesakit kencing manis.
Makan beras rebus, badan jadi cergas, cerdas, ringan, kulit cantik dan lembap. Awet muda, badan kuat, tenaga pun tahan lama. Rasa kenyang lama sebab sel kenyang dengan nutrien.
Follow page Lilibeth Confinement Care untuk mengikuti perkembangan terkini kami.