CPK Negeri Selangor

Directions Website Contact the practice

CPK Negeri Selangor UNIT PROMOSI KESIHATAN
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Wellness On Wheels | ANMS | HePiLi | COMBI | Doktor Muda

08/09/2026
08/09/2026

Adik-adik berus gigi 2 ✌️ kali sehari tak? 🧐Nak gigi sihat dan kuat kenalah berus gigi sekurang-kurangya 2 kali sehari ye😁✨

08/09/2026
08/09/2026

𝐀𝐖𝐀𝐒 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔: πŠπ„π’ π‰π€ππ†πŠπˆπ“π€π 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐀𝐅𝐀𝐒𝐀𝐍 πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“ πŒπ„ππƒπ€πƒπ€πŠ! 🌫️😷

Berikutan keadaan jerebu yang melanda negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan peningkatan kes jangkitan pernafasan sebanyak 124 peratus. Pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-33 baru-baru ini, kes berkaitan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) telah melonjak kepada 3,674 kes berbanding 1,637 kes pada minggu sebelumnya.

Susulan kira-kira 30 kawasan di seluruh negara yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, KKM amat menyarankan agar orang awam mengurangkan aktiviti di luar. Jika anda terpaksa keluar, pastikan anda menggunakan pelitup muka yang TEPAT:

βœ… Pelitup Muka Jenis N95:

Mampu menapis hampir 95% partikel daripada udara jerebu.

Reka bentuknya sesuai dan melekap kemas bagi menghalang udara tercemar masuk ke salur pernafasan.

❌ Pelitup Muka Biasa (3-ply mask):

Hanya menapis 12% daripada partikel halus jerebu.

Tidak melekap pada muka dan tidak kemas, membolehkan udara tercemar mudah masuk ke salur pernafasan.

Lindungi diri dan keluarga anda, terutamanya golongan berisiko seperti kanak-kanak, wanita hamil, dan warga emas. Segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran jika anda mengalami gejala seperti batuk, selesema, atau sesak nafas.

08/09/2026

Keluar ketika jerebu? Pakai pelitup muka dengan betul.

Jika perlu berada di luar bangunan, pastikan pelitup muka:

βœ… Sesuai, bersih dan kering
βœ… Menutupi hidung, mulut dan dagu
βœ… Dipakai rapat pada muka

Jangan gunakan pelitup muka yang basah, kotor atau rosak. Tukar kepada pelitup muka yang baharu bagi memastikan perlindungan yang lebih baik.

Lindungi diri dan kurangkan pendedahan kepada udara tercemar.


πŸ“Œ "Jeda Sebentar ; Tarik Nafas, Kongsi Cerita"πŸ“ŒSertai kami dalam Podcast Santai Seri Serambi (Siri 😎 sempena Hari Penceg...
08/09/2026

πŸ“Œ "Jeda Sebentar ; Tarik Nafas, Kongsi Cerita"πŸ“Œ

Sertai kami dalam Podcast Santai Seri Serambi (Siri 😎 sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia β€” satu perkongsian bermakna untuk memahami emosi, meruntuhkan stigma, dan membina ruang sokongan bersama ;

πŸ€΅πŸ»β€β™‚οΈPegawai Psikologi En. Amar Aimmullah dan
πŸ‘©β€βš•οΈPakar Psikiatri Dr. Aida Harlina

πŸ—“οΈ Khamis | 10 September 2026
πŸ•’ 10.00 Pagi
πŸ“ YouTube Channel: NCD Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
*https://youtu.be/-mhCk73MIio*

Bersama kita dengarkan, ambil peduli, dan Hulurkan Harapan β€” demi merawat jiwa yang berduka.

07/09/2026

🫁Asma merupakan penyakit yang melibatkan penyempitan saluran pernafasan apabila pesakit asma terdedah dengan pencetus serangan asma.

Antara pencetus asma adalah udara tercemar, habuk dan sebagainya. Pendedahan terhadap faktor tersebut boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti sesak nafas, nafas berbunyi dan kesukaran bernafas.

Oleh itu, penghidap asma perlu menjauhi pencetus asma agar dapat bernafas dengan baik dan dapat mengelakkan gejala asma.

07/09/2026

Demam mungkin nampak biasa, tetapi demam denggi boleh menjadi serius dalam tempoh yang singkat.

Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah teruk. Pemeriksaan awal boleh membantu mengurangkan risiko komplikasi denggi.

Lindungi diri dan orang tersayang.

Ambil peduli, cegah denggi.

06/09/2026

🌫️Jerebu merujuk kepada satu fenomena di mana terdapat partikel-partikel yang mengandungi bahan pencemaran yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

‼️Jerebu boleh berlaku akibat aktiviti manusia seperti pembakaran terbuka atau proses semulajadi seperti letupan gunung berapi.

Pendedahan kepada jerebu secara berpanjangan akan memberi gejala dan kesan buruk kepada kesihatan orang ramai.

Oleh itu, orang ramai adalah dinasihatkan agar meminimumkan pendedahan kepada jerebu.

Address

Cawangan Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri
Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CPK Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to CPK Negeri Selangor:

Shortcuts

Share