27/07/2026
Bila isteri anda mula panik semasa sakit😮💨
Suami, ketika contraction semakin kuat, isteri mungkin tak mampu memberitahu dengan jelas apa yang dia perlukan.
Dia mungkin menangis.
Dia mungkin diam.
Dia mungkin menolak sentuhan.
Dia mungkin berkata dia sudah tak mampu.
Pada saat itu, jangan cuma berkata:
“Sabarlah…”
Jadilah suara yang tenang apabila fikirannya mula panik.
Pandang isteri.
Bimbing nafasnya.
Ingatkan dia supaya longgarkan rahang dan bahu.
Bantu dia bergerak atau bertukar posisi.
Beri air.
Jaga suasana.
Dan pastikan dia tahu bahawa dia tidak menghadapi contraction itu seorang diri.
Suami tak perlu tahu cara menghilangkan kesakitan.
Tetapi suami perlu tahu cara membantu isteri mengurus kesakitan dengan lebih tenang.
Kerana semasa labour nanti, isteri mungkin lupa apa yang pernah dipelajarinya.
Suamilah yang perlu mengingatkan:
Nafas. Relaks. Gerak.
Satu contraction pada satu masa.
TAG suami dan minta dia SAVE post ini.
Kemudian tanya dia:
“Bila contraction datang nanti, abang dah tahu apa yang perlu abang buat?”
Nak belajar dan praktis teknik contraction, posisi bersalin serta partner support bersama pasangan?
Daftar Kelas Antenatal HBC LahirTenang melalui link di bio.