Pusat Terapi Abqori Al Faruq Shah Alam

Directions

Pusat Terapi Abqori Al Faruq Shah Alam Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pusat Terapi Abqori Al Faruq Shah Alam, Health spa, 10-7-G, Jalan Pahat J/15J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, Shah Alam.

07/07/2023

Hadis Pagi Ini (HPI) Siri 176

DOSA PALING BESAR

17 Zulhijjah 1444 / 06 Julai 2023
Nasrudin bin Hassan at Tantawi.

Penasihat Pertubuhan Lepasan Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM)

Penasihat Pusat Pengajian Turath Pondok Amanullah Sungai Choh Selangor & Musolla Ar Raudhah Taman Pelindung Perdana Beserah Kuantan Pahang.

https://facebook.com/ustaztantawi

‎عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قالَ قالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وَ سَلَّم

Daripada Abdillah ibn ‘Amr Rhma telah berkata, Rasulullah SAW telah bersabda:

‎إِنَّ مِنْ أَكْبَرِ الْكَبَائِرِ أَنْ يَلْعَنَ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَلْعَنُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ قَالَ يَسُبُّ الرَّجُلُ أَبَا الرَّجُلِ فَيَسُبُّ أَبَاهُ وَيَسُبُّ أُمَّهُ فَيَسُبُّ أُمَّهُ

Sesungguhnya, antara dosa paling besar ialah seseorang yang melaknat kedua orang tuanya sendiri. Lalu baginda SAW ditanya : Ya Rasulallah, bagaimana boleh seseorang itu melaknat kedua orang tuanya sendiri ?

Jawab Nabi SAW: *seseorang memaki ayah seseorang yang lain. Maka orang itu memaki ayahnya p**a.* Kemudian dia memaki p**a ibu orang itu, lalu orang itu memaki ibunya p**a.

Riwayat Imam Al Bukhari (5973) dan Muslim (90)

KEFAHAMAN HADIS

1. Islam adalah agama yang lurus (hanif). *Kaya dengan adab yang indah dan tatasusila yang murni*. Tahap sopan santunnya pada aras tertinggi. Akhlaknya p**a menjadi mutiara hidup yang berkualiti.

2. Antara asuhan Islam dalam membina ummah yang hebat ini ialah meletakkan *sempadan dosa pahala dan garis pemisah syurga neraka*. Menetapkan arah tuju kehidupan yang jelas dengan pedoman Al Quran dan As Sunnah.

3. Memasang “signboard” arah laluan yang jelas serta “tanda amaran” yang terang di setiap persimpangan dan setiap lokasi permukaan jalan yang merbahaya.

(Jangan kata Allah SWT tak bagitahu awal. Kenapa Nabi SAW. tak cakap siang-siang. Ingat, Semua dokumen sudah lengkap dan semua tunjuk ajar serta pandu arah sudah sempurna.)

4. Dosa adalah implikasi kepada sebuah pelanggaran syariat. Tahap angkuh dan degil dalam mematuhi ketetapan syariat akan menentukan kategori besar kecilnya dosa yang dilaku, berasaskan apa yang telah dipamer pada “surat pekeliling” (wahyu) yang diturunkan oleh Allah SWT dan Sunnah Nabi-Nya SAW.

5. Sebahagian dari *dosa paling besar ialah “memaki hamun ibu sendiri.” Sekali dengar memang aneh. Anak liar mana yang tergamak maki hamun mak ayah sendiri ? Perkara serupa pernah ditanya oleh sahabat kepada Nabi SAW.

6. Saksikan apa yang telah di jelaskan oleh Nabi SAW tentang fenomena maki hamun ibubapa sendiri yang ternyata memang ianya berlaku dalam masyarakat kita. Malah ada yang melafazkannya di pentas pidato terbuka dan meja kuliah di masjid surau.

7. “Kepala Bapak Engkau !” … biasa dengar kan ? Kemudiannya disambut hilai tawa audien dan tepukan penyokong sendiri. Sedang sebahagian yang bukan penyokong akan menjawab balas, Kepala Bapak Engkau lah ! dan macam-macam lagi ayat maki balas dihambur, mensasarkan ibu dan ayah sebagai subjek maki.

8. Sungguh situasi ini keluar dari landasan adab dan akhlak murni agama Islam. Elakkan lah. Kalau sang anak berkata “uff” atau “aah sahaja kepada ibu ayahnya sudah dikategori anak derhaka dan berdosa, inikan p**a memaki hamun.

9. Ingat Firman Allah SWT:

‎وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak sembah melainkan kepadaNya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “uff” (atau "aaH") dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

Surah Al Isra’ : 23

‎عَنْ عِيَاضِ بْنِ حِمَارٍ قَالَ
‎قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَجُلٌ مِنْ قَوْمِي يَشْتُمُنِي وَهُوَ دُونِي عَلَيَّ بَأْسٌ أَنْ أَنْتَصِرَ مِنْهُ

10. Daripada Iyadh ibn Himar telah berkata: Aku telah bertanya Ya Rasulallah, seseorang dari kaumku telah memaki aku sedang dia tidaklah lebih mulia dariku, maka apakah saya berdosa jika membalas maki hamun darinya?"

‎قَالَ الْمُسْتَبَّانِ شَيْطَانَانِ يَتَهَاتَرَانِ وَيَتَكَاذَبَانِ

Jawab Nabi SAW: Dua orang yang saling maki hamun itu, adalah dua syaithan yang saling mencaci maki dan saling melontarkan kata-kata dusta.

Riwayat Imam Ahmad (17172) dan Al Bukhari dalam Adab Al Mufrad (440) - Sanad Sohih.

Sekian.

Alhamdulillah..selesai Urutan dan Bekam Ibu dan Ayah Ustaz  Zulkapli  di Subang Bestari.Semoga Ibu dan Ayah Ustaz sihat ...
16/12/2020

Alhamdulillah..selesai Urutan dan Bekam Ibu dan Ayah Ustaz Zulkapli di Subang Bestari.

Semoga Ibu dan Ayah Ustaz sihat walafiat dan boleh melakukan kerja-kerja seharian dengan baik.🤲🤲🤲🤲🤲

insya-Allah Pusat Terapi Abqori Al Faruq Shah Alam sekarang secara Mobile dari rumah ke rumah untuk keselesaan dan rawatan yang lebih mudah,senang dan cepat.

Untuk sebarang pertanyaan dan temujanji boleh hubungi.

www.wasap.my/60192975298/SayaNakBekam

www.wasap.my/60192975298/SayaNakBekam

www.wasap.my/60192975298/SayaNakBekam.

💯💯💯💯💯💯💯💯

Rawatan boleh dibuat untuk pesakit lelaki dan perempuan (ada perawat wanita).

'Mencegah lebih baik dari mengubat'

Urut Saraf dan Bekam di Sek. 7.Kerja di  KL,kena service urut dan bekam betulkan urat sebab selalu duduk dan berdiri lam...
20/09/2020

Urut Saraf dan Bekam di Sek. 7.Kerja di KL,kena service urut dan bekam betulkan urat sebab selalu duduk dan berdiri lama di pejabat.

Kemudian Yumeiho(pembetulan Tulang Belakang) di sek.13 Shah Alam. Kerja sebagai Pekerja Catering,sakit belakang dan pinggang sebab angkat barang berat.

Alhamdulillah kita ikhtiar,Allah Yang Maha Menyembuhkan..








Tabib Ustaz Fadhil-019 -297 5298

Alhamdulillah,selesai membuat  Rawatan YUMEIHO untuk patient di Subang.Dulu2 beliau langsung x buleh bangun n semua angg...
24/08/2020

Alhamdulillah,selesai membuat Rawatan YUMEIHO untuk patient di Subang.

Dulu2 beliau langsung x buleh bangun n semua anggota x de function

Lbh kurang dlm 3 bulan jugak terlantar

Skrg dh buleh brjln sikit2..

Masalah skrg dua2 tgn kebas n rasa berat

InsyaAllah,kita ikhtiar Allah SWT Yang Maha Menyembuhkan..

Tabib Us Fadhil Hasanuddin - 019 297 5298

04/08/2020

Assalamualaikum..
Selamat Pagi Semua..
Buat Ibu2 Yang Bakal Menimang Cahaya Mata..

Masih Mencari Cari Rawatan Urut Selepas Bersalin Dengan Harga Yang Tidak Membebankan..Saya Ade Harga Kasih Sayang Buat Ibu2 Yang booking awal..😘😘

Boleh Hubungi Saya Pn.Huda
www.wasap.my/601111933542..

Rawatan InsyaAllah Area Shah Alam Dan Klang..





06/07/2020

Assalamualaikum..
Salam Jumaat Penuh Barakah..
Buat Ibu2 Yang Bakal Menimang Cahaya Mata..

Masih Mencari Cari Rawatan Urut Selepas Bersalin Dengan Harga Yang Tidak Membebankan..Saya Ade Harga Kasih Sayang Buat Ibu2 Yang booking awal..😘😘

Boleh Hubungi Saya Pn.Huda
www.wasap.my/601111933642..

Rawatan InsyaAllah Area Shah Alam Dan Klang..





01/05/2020

Nikmat Allah yang Maha Kaya..
perbanyakkan lah SYUKUR pada Allah...

16/01/2020

Time Keje Biasa Tak Buat Macam Ni.. 👇

1.Duduk Mengadap Laptop Lame2..
2.Berdiri Lama2..
3.Angkat Barang Berat Tak Kena Cara..

Bahaya Sebenarnya Keadaan Macam ni.. Boleh Ganggu kedudukan Tulang Belakang Kite..Boleh Bagi Tekanan Pada Tulang Belakang Kite..

Kesannya Tangkap Kat Pinggang..
Dari Pinggul Ke Kaki Terasa Tegang..
Bahagian Tengah Tapak Kaki Juga Boleh Sakit..
Lagi Teruk Kena Slipdisc @ Tulang Belakang Lari..
Bila Tulang Belakang Tak Berada Pada Posisinya, Boleh Menyebabkan Ganggu Saraf..Sebab Tu Kadang2 Dah Urut Pun Masih Sakit.. Kaedah Rawatan nya Berbeza...

Customer Yang Datang Ramai Mengalami Masalah Seperti Ini..

Sayangi Diri Anda..






www.wasap.my/60192961847/
Pn. Huda

11/11/2019

Sama2 pakat share na... 😄✌️

27/08/2019

Assalamualaikum..no Hotline kami ade masalah sikit.. Jd u sebarang urusan boleh terus wassap no 019 2975298.us Fadhil@
0192961847 pn. Huda...

Address

10-7-G, Jalan Pahat J/15J, Dataran Otomobil, Seksyen 15
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 10:00 - 22:00
Tuesday 10:00 - 22:00
Wednesday 10:00 - 22:00
Thursday 10:00 - 22:00
Friday 10:00 - 22:00
Saturday 10:00 - 22:00
Sunday 10:00 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Terapi Abqori Al Faruq Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category