09/06/2026
"Bukan malas, bukan tak cuba... cuma cara otak kami bekerja rupa-rupanya berbeza." ❤️🧠
Selesai sudah Hari Pertama The ADHD 2-Day Workplace Performance Masterclass di Fox Hotel Glenmarie. Jujurnya, dewan seminar hari ini penuh dengan emosi—ada tawa, ada air mata gembira, dan yang paling penting, ada rasa lega yang amat sangat.
Sering kali di tempat kerja, individu dengan ADHD dilabel sebagai cuai atau tidak fokus. Namun hari ini, kami menyelami lebih dalam melampaui diagnosis biasa. Kami bercakap tentang 6 Disregulasi ADHD—bukan untuk mencari alasan, tetapi untuk memahami corak diri sendiri.
Apabila masuk sesi refleksi, ruang legar menjadi sunyi. Membaca maklum balas daripada para peserta benar-benar menyentuh hati kami:
🌟 "Bila Dr kongsi pasal kurang tumpuan & hipersensitiviti.. Aha! Semuanya ada pada saya. Saya jenis yang jarang hilang barang, selalu datang awal, tapi bila bab isi borang selalu salah, selalu 'zoning out', dan cuai—memang diri saya sangat."
🌟 "Pembelajaran tentang disregulasi ni jadi lebih jelas dan lebih rasional selepas buat ujian tadi."
🌟 "Saya tidak bersendirian! Selama ini saya bergelut seorang diri dan sebenarnya, saya dah buat yang terbaik sehabis daya saya. Saya akan terus bangkit dan beri manfaat pada orang lain, walau apa pun cabarannya."
Perkataan "Saya tidak bersendirian" itu mahal harganya. Terlalu ramai profesional di luar sana yang bergelut dalam diam, menyalahkan diri sendiri setiap hari kerana menyangka mereka "gagal" mengikut piawaian biasa.
Hari ini mereka p**ang dengan satu jawapan: Anda unik, anda cuma perlu strategi yang betul. ✨
Malam ini kami rehatkan minda seketika sebelum menyambung Hari Ke-2 esok.
💬 Kepada anda yang sedang membaca hantaran ini: Pernahkah anda rasa seperti bergelut sendirian dengan fokus di tempat kerja? Kongsikan 'Aha!' moment anda atau hantarkan emoji ❤️ di ruangan komen jika anda juga sedang cuba melakukan yang terbaik hari ini. Mari kita saling menyokong!