22/09/2026
Konvensyen I-PEERS 2026: Sembuh Bersama Alam telah diadakan pada 17-19 September 2026 anjuran Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan Kerjasama Majlis Kaunseling Universiti Awam Malaysia (MAKUMA) bertempat di UMT, Terengganu.
Konvensyen ini merupakan salah satu usaha dalam memperkasa peranan Pembimbing Rakan Siswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) melalui penguasaan kemahiran asas menolong dan pengurusan krisis. Pelaksanaan konvensyen turut merangkumi bengkel terapi seni, terapi pasir serta modul kelestarian hijau yang bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam menyokong kesejahteraan psikososial rakan sebaya.
Konvensyen ini telah disertai oleh 10 orang wakil PEERs UiTM yang terdiri daripada PEERs UiTM Shah Alam dan Kampus Dungun. Selain itu, Pertandingan Inovasi Perkhidmatan Kaunseling dan Pembimbing Rakan Siswa (PRS) turut dianjurkan bagi menggalakkan penghasilan idea kreatif dan inovatif dalam memperkukuh perkhidmatan kaunseling serta sokongan rakan sebaya.
Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Yang Bahagia Dato’ Haji Tun Ahmad Faisal bin Tun Abdul Razak, Pengarah Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu di Pulau Bidong, Terengganu.