Klinik Pergigian Setia Alam - Dr. Yuza

Klinik Pergigian Setia Alam - Dr. Yuza Pilihan utama residen Setia Alam, Setia EcoPark, Bandar Baru Bukit Raja, Meru, Aman Perdana, Kapar, Klang, dan Puncak Alam. Gigi Chantek, Magis Menarek

We are the first dental clinic in Setia Alam, out of other six more. Established by Dr. Yuza Yusoff (BDS Malaya) on 07-07-07. Our aim is not only to do business in Setia Alam, but also to help local economy by uplifting the life of our staffs. Our price range is meant to serve not upmarket Setia Alam and Setia EcoPark residents, but more towards middle class people in Meru, Klang, Kapar, and Punca


k Alam. However we promise top notch services. We are located beside the busy Jalan Meru above Secret Recipe between Enzol an Onking.

Kami menyediakan ruang solat bagi pelanggan Muslim untuk keselesaan anda. Wifi Unifi percuma juga disediakan. Kami menggunakan khidmat pakar Orthodontis dari luar untuk memastikan mutu 'braces' terjamin. Kami ialah Panel kepada Mi Care, AIA, Medident, Health Connect, Red Alert ASP. Hubungi kami melalui email [email protected] , no telefon 03-33424226 atau wasap terus ke 0193364226 untuk pertanyaan dan temujanji.

29/07/2026

MULA-MULA CUMA TOMPOK PUTIH.

Tidak sakit. Tidak berlubang besar. Nampak macam tiada apa-apa.

Tetapi karies gigi biasanya bermula apabila asid yang dihasilkan oleh bakteria menyerang lapisan luar gigi, iaitu enamel. Pada peringkat awal, ia boleh kelihatan sebagai tompok putih kusam dan mungkin belum menyebabkan sebarang simptom.

TAHAP 1
Tompok putih pada enamel

Mineral pada permukaan gigi mula hilang. Pada tahap ini, kerosakan awal masih berpotensi dihentikan atau dipulihkan melalui penjagaan mulut dan rawatan fluorida yang sesuai.

TAHAP 2
Lubang kecil mula terbentuk

Apabila enamel semakin rosak, kaviti atau lubang terbentuk. Memberus gigi sahaja tidak boleh menutup semula lubang tersebut dan tampalan mungkin diperlukan.

TAHAP 3
Karies sampai ke dentin

Kerosakan menembusi lapisan di bawah enamel. Gigi boleh mula terasa ngilu apabila terkena makanan manis serta minuman panas atau sejuk.

TAHAP 4
Karies menghampiri saraf

Apabila kerosakan sampai atau menghampiri pulpa yang mengandungi saraf, sakit gigi boleh menjadi lebih kuat. Rawatan akar mungkin diperlukan untuk menyelamatkan gigi.

TAHAP 5
Abses dan jangkitan

Jangkitan boleh menghasilkan nanah, menyebabkan gusi atau muka membengkak dan akhirnya membawa kepada kehilangan gigi jika tidak dirawat.

Pada pandangan PHM, jangan tunggu sehingga gigi sakit.

Sakit selalunya muncul apabila kerosakan sudah semakin dalam. Pemeriksaan awal menjadikan rawatan lebih mudah dan boleh mengelakkan tampalan besar, rawatan akar atau cabutan.

Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat bengkak besar pada mulut atau muka, sukar membuka mulut, menelan, bercakap atau bernafas.

Karies tidak terus menjadi lubang besar dalam sehari.

Ia bermula kecil.
Ia membesar dalam diam.
Dan ramai hanya sedar apabila sakit sudah datang.

Pertanyaan lanjut boleh hubungi klinik 03-33424226 atau wasap 019 336 4226
26/07/2026

Pertanyaan lanjut boleh hubungi klinik 03-33424226 atau wasap 019 336 4226

KENAPA DIPANGGIL GIGI BONGSU?

Bukan sebab gigi ini lebih manja.

Ia dipanggil gigi bongsu kerana biasanya menjadi gigi terakhir yang tumbuh, selalunya ketika seseorang sudah berada di penghujung usia remaja atau awal dewasa.

Dalam pergigian, ia dikenali sebagai geraham ketiga atau third molar.

Kenapa ia tumbuh lambat?

Gigi bongsu sebenarnya sudah mula terbentuk di dalam rahang sejak usia muda. Namun, proses pembentukan mahkota, akar dan pergerakannya ke permukaan gusi mengambil masa bertahun-tahun.

Sebab itu ia biasanya hanya mula muncul sekitar umur 17 hingga 25 tahun, walaupun masa pertumbuhan boleh berbeza bagi setiap individu.

Masalahnya, apabila gigi bongsu mahu keluar, kebanyakan gigi kekal lain sudah pun memenuhi ruang rahang.

Jika ruang tidak mencukupi, gigi bongsu mungkin:

• Tumbuh senget
• Tumbuh melintang
• Keluar separuh sahaja
• Kekal tertanam dalam gusi atau tulang

Keadaan ini dikenali sebagai gigi bongsu impaksi.

Kenapa ada orang tumbuh gigi bongsu, tetapi ada yang tidak?

Tidak semua orang mempunyai jumlah gigi bongsu yang sama.

Ada yang mempunyai keempat-empat gigi bongsu.
Ada yang hanya mempunyai satu, dua atau tiga.
Ada juga yang langsung tidak mempunyai gigi bongsu.

Ini boleh dipengaruhi oleh faktor genetik dan perkembangan gigi sejak dalam kandungan.

Kadangkala gigi bongsu sebenarnya ada, tetapi tidak pernah muncul kerana masih tertanam sepenuhnya di dalam tulang rahang. Ia hanya dapat dilihat melalui X-ray.

Kalau ada gigi bongsu, adakah mesti dibedah?

Tidak semestinya.

Jika gigi tumbuh lurus, mudah dibersihkan, tidak sakit dan tidak merosakkan gigi sebelah, ia mungkin tidak perlu dibuang.

Pembedahan biasanya dicadangkan jika gigi bongsu:

• Menyebabkan sakit atau bengkak berulang
• Menyebabkan jangkitan gusi
• Sukar dibersihkan dan mudah berlubang
• Merosakkan gigi geraham di hadapannya
• Menyebabkan sista atau kerosakan tulang
• Tumbuh melintang dan tersekat dalam rahang

Kenapa tidak boleh cabut biasa?

Jika gigi masih berada di bawah gusi atau tulang, doktor mungkin perlu membuat bukaan kecil pada gusi, membuang sedikit tulang dan memotong gigi kepada beberapa bahagian sebelum dikeluarkan.

Sebab itu prosedur ini dipanggil pembedahan kecil gigi bongsu.

Bukan semua gigi bongsu bermasalah.

Tetapi gigi yang diam di bawah gusi juga boleh menyebabkan kerosakan tanpa disedari.

Pemeriksaan doktor gigi dan X-ray membantu menentukan sama ada gigi itu selamat dipantau atau perlu dibuang.

Ia dipanggil gigi bongsu kerana tumbuh paling akhir, tetapi kadangkala masalahnya datang paling awal.

Public Health Malaysia

Floss dan regular scaling membantu gusi yang sihat.
22/07/2026

Floss dan regular scaling membantu gusi yang sihat.

Flossing may help protect more than just your teeth.

Most people think flossing is simply about preventing cavities or keeping their gums from bleeding. But growing scientific evidence suggests its importance may extend far beyond the mouth.

The narrow spaces between the teeth are some of the easiest places for bacterial biofilm to accumulate. If this plaque is not removed, it can trigger chronic gum inflammation. During everyday activities such as chewing, brushing, or flossing, oral bacteria and their byproducts can occasionally enter the bloodstream—a well-documented phenomenon known as transient bacteremia.

Over the past two decades, researchers have identified links between periodontal disease and numerous systemic conditions, including:

• Cardiovascular disease and stroke
• Type 2 diabetes
• Alzheimer's disease and cognitive decline
• Chronic kidney disease
• Rheumatoid arthritis
• Respiratory diseases
• Pregnancy complications

Scientists have now reported associations between periodontal disease and more than 50 systemic conditions, reinforcing the growing understanding that oral health and overall health are closely connected.

Flossing helps remove bacterial biofilm from areas a toothbrush cannot reach. By reducing plaque accumulation and supporting healthier gums, it may also help reduce the body's repeated exposure to harmful oral bacteria and inflammatory molecules.

While flossing is not a cure or guarantee against disease, it is one of the simplest daily habits that supports both oral health and overall well-being.

Small habit. Whole-body impact.

🦷 Disclaimer: This post is for educational purposes only and not a substitute for professional dental advice.

Selepas cabutan.. kawasan luka perlu dijaga  supaya penyembuhan berlaku dengan cepat
22/07/2026

Selepas cabutan.. kawasan luka perlu dijaga supaya penyembuhan berlaku dengan cepat

🦷 Dry Socket (Alveolitis): Why Does It Hurt So Much?

One of the most painful complications after a tooth extraction is dry socket (alveolar osteitis). It occurs when the protective blood clot is lost too early, leaving the underlying bone and nerve endings exposed.

⚠️ Common symptoms:
• Intense, throbbing pain 2–4 days after extraction
• Pain radiating to the ear or jaw
• Bad breath or unpleasant taste
• An empty-looking socket with exposed bone

💡 Risk factors:
• Smoking or va**ng
• Vigorous rinsing or spitting too soon
• Poor oral hygiene
• Difficult extractions
• Previous history of dry socket

✅ Treatment:
A dentist can gently irrigate the socket, remove debris, place a medicated dressing if needed, and prescribe appropriate pain management. Most patients experience significant relief after treatment.

🛡️ Prevention is key:
Follow your dentist’s post-extraction instructions carefully, avoid smoking, skip straws, and let the blood clot heal undisturbed.

Have you ever treated or experienced a dry socket? Share your experience below! 👇

Untuk Panduan
17/07/2026

Untuk Panduan

🦷 Kenali Pakar Pergigian Kerajaan

Ramai belum tahu dalam bidang Pergigian ada banyak Pakar berbeza. Sama seperti Perubatan juga. Pakar- pakar pergigian dan perubatan perlu sambung belajar Masters Degree (Sarjana) untuk 3-4 tahun full time dan sambung latihan pra-warta selama 6-18 bulan sebelum boleh diiktirafkan sebagai Pakar oleh kerajaan Malaysia. Bukan senang perjalanannya. Jadi mari kita kenal jenis jenis Pakar Pergigian kerajaan.

🏥 Klinik Pakar Pergigian (Non Hospital Based)

🦷 Ortodontik (Braces gigi)
➡️ Masalah rahang,gigi berlapis, jongang, gigitan tidak normal.

🦷 Periodontik (Penyakit Gusi)
➡️ Gusi berdarah, gigi goyang, penyakit gusi yang serius.

🦷 Restoratif Endodontik (Rawatan Akar Gigi)
➡️ Sakit gigi yang perlukan rawatan akar kes yang rumit atau pembedahan kecil akar gigi.

🦷 Restoratif Prostodontik
➡️ Crown, bridge, implant, Kehilangan gigi, gigi palsu kompleks, rehabilitasi mulut dan masalah sendi rahang (TMJ).

🦷 Kesihatan Awam Pergigian
➡️ Fokus kepada pencegahan penyakit mulut, promosi kesihatan pergigian, program komuniti.

🏥 Kepakaran Pergigian Berasaskan Hospital (Hospital Based)

🦷 Pembedahan Mulut & Maksilofasial
➡️ Pembedahan rahang; gigi bongsu impak, cyst mulut, patah rahang, trauma muka, ketumbuhan mulut dan pembedahan kompleks.
🦷 Pergigian Pediatrik
➡️ Kanak-kanak yang memerlukan rawatan kompleks, trauma gigi, keperluan khas serta rawatan di bawah sedasi atau bius am.
🦷 Perubatan Mulut & Patologi Mulut
➡️ Ulser mulut yang tidak sembuh, tompok putih/merah, penyakit mukosa mulut, masalah sendi rahang dan sakit mulut yang tidak diketahui puncanya.

🦷 Pergigian Keperluan Khas (Special Needs Dentistry)
➡️ Pesakit dengan kelainan upaya fizikal atau intelektual, autisme, cerebral palsy, pesakit perubatan kompleks atau mereka yang memerlukan pendekatan rawatan khas.

🦷 Pergigian Forensik
➡️ Pengecaman identiti mangsa bencana, kes mahkamah dan bantuan siasatan.

💙 Macam mana mau jumpa pakar?

Mudah saja. Datang dulu ke Klinik Pergigian. Doktor gigi akan buat pemeriksaan dan, jika perlu, akan merujuk anda ke kepakaran yang paling sesuai. Klik di sini https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=122186491886938842&id=61578165263963

Untuk belajar cara membezakan doktor pakar dengan doktor am, baca sini https://www.facebook.com/61578165263963/posts/122187416420938842/?app=fbl

❗ Bukan semua kes perlu dirujuk kepada pakar. Ramai pesakit boleh dirawat dengan baik di klinik pergigian biasa. Sistem rujukan memastikan setiap pesakit mendapat rawatan yang tepat, pada masa yang sesuai dan oleh pakar yang berkaitan.

30/06/2026

Rawatan scaling setiap 6 bulan perlu dilakukan untuk elak masalah masalah gusi yang lebih serius.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada muslimin dan muslimat

20/05/2026

“Gosok Gigi Tanpa Floss Macam Mandi Tapi Tak Basuh Ketiak” - Doktor Gigi Tegur Rutin Yang Ramai Masih Abaikan

Sebuah perkongsian seorang doktor gigi di media sosial mencuri perhatian ramai apabila beliau menegur anggapan bahawa floss hanyalah pilihan tambahan dalam penjagaan gigi.

Menurut beliau, gosok gigi tanpa floss boleh diibaratkan seperti mandi tetapi tidak membersihkan bahagian yang mudah berpeluh dan berbau. Teguran itu kedengaran lucu, tetapi mesejnya jelas: ada kawasan dalam mulut yang tidak dapat dibersihkan dengan berus gigi sahaja.

Berus gigi memang penting untuk membersihkan permukaan gigi. Namun, bulu berus tidak semestinya mampu masuk dengan baik ke ruang sempit antara gigi. Di situlah sisa makanan dan plak mudah berkumpul secara senyap.

Masalahnya, kawasan celah gigi ini sering menjadi tempat bermulanya nafas berbau, gusi bengkak, gusi berdarah, gigi berlubang di bahagian tepi, dan akhirnya karang gigi. Dari luar gigi mungkin nampak bersih, tetapi di tempat yang tidak kelihatan, kerosakan boleh berlaku perlahan-lahan.

Orang ramai disarankan untuk floss sekurang-kurangnya sekali sehari, sebaiknya pada waktu malam sebelum tidur. Ini kerana sepanjang hari, sisa makanan kecil boleh terselit di celah gigi dan plak mula terbentuk sebelum kita sedar.

Gosok gigi dua kali sehari masih perlu. Tetapi floss melengkapkan rutin itu dengan membersihkan bahagian yang sering terlepas pandang.

Kesihatan mulut bukan sekadar gigi nampak putih bila senyum. Ia juga tentang ruang kecil di celah gigi yang kita jarang nampak, tetapi boleh menjadi punca masalah besar kemudian hari.

Jadi kalau selama ini floss dianggap optional, mungkin sudah tiba masa untuk anggap ia sebagai rutin harian.

Sebab kadang-kadang, yang merosakkan gigi bukan makanan yang kita nampak. Tetapi sisa kecil yang kita biarkan menyorok setiap malam.

Rawatan Tampalan Komposit untuk gigi hadapan      Esok Dr Yuza bertugas so boleh datang dari jam 10 pagi hingga 6 petang...
13/05/2026

Rawatan Tampalan Komposit untuk gigi hadapan

Esok Dr Yuza bertugas so boleh datang dari jam 10 pagi hingga 6 petang .

Pertanyaan lanjut boleh wasap 019 336 4226 🫶

Untuk info
22/04/2026

Untuk info

Lepas makan malam hidangan daging stik yang lazat atau sate yang kenyal, rutin biasa kita adalah mencari sebatang pencungkil gigi kayu. Sambil bersembang di meja makan, tangan laju mengorek celah-celah gigi, menekan kuat ke arah gusi semata-mata nak keluarkan urat daging yang terselit. Bila nampak sikit darah keluar kat hujung lidi tu, kita rasa lega sebab sangka semua sisa dah keluar habis.

Nampak macam tabiat menjaga kebersihan mulut yang normal. Tapi di mata pakar periodontik, tindakan mengorek gigi menggunakan lidi kayu adalah satu bentuk penderaan struktur gusi yang sangat kejam.

Batang lidi kayu pencungkil gigi tidak direka bentuk mengikut kesesuaian anatomi mulut manusia. Hujungnya sangat tajam, keras, dan permukaan kayunya penuh dengan serpihan mikro yang tersembunyi.

Setiap kali anda mencungkil dan menekan lidi itu ke celah gigi, anda sebenarnya sedang mengoyakkan satu tisu pelindung yang sangat rapuh iaitu poket gusi (Gingival Sulcus). Tisu berwarna merah jambu ini berfungsi ibarat getah pelindung yang memeluk erat batang gigi anda untuk menghalang kuman dari masuk ke akar.

Bila anda cucuk secara agresif, poket gusi ini akan terkoyak. Traumatik mekanikal yang berulang ini akan mencetuskan keadaan yang dipanggil Gum Recession atau penyusutan gusi. Gusi anda akan mula lari ke atas, mendedahkan akar gigi yang sensitif dan tidak mempunyai perlindungan enamel yang tebal.

Di sinilah igauan ngeri bermula. Celah gusi yang terkoyak itu kini menjadi pintu masuk terbuka untuk sisa makanan dan jutaan bakteria anaerobik. Serpihan halus lidi kayu yang tertinggal di dalam gusi akan membusuk dan mencetuskan keradangan tahap kronik (Periodontitis).

Akibatnya, gigi anda akan mula berasa ngilu bila minum ais, nafas berbau bangkai biarpun sudah berus gigi, dan lama-kelamaan, gigi yang sihat akan menjadi goyang dan luruh sendiri kerana tulang pemegang akarnya telah reput dimakan kuman.

Pencungkil gigi kayu yang berharga beberapa sen itu akhirnya akan menyebabkan anda terpaksa berbelanja belasan ribu ringgit untuk rawatan implan gigi palsu di klinik pergigian premium.

Gantikan tabiat buruk ini sekarang. Gunakan benang flos pergigian atau berus celah gigi yang direka khas untuk meluncur lembut tanpa melukakan gusi anda.

Jangan pertaruhkan senyuman masa depan anda pada sebatang kayu lidi yang tajam.

Address

21-2-2, Jalan Setia Prima A U13/A, Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:30
Tuesday 10:00 - 18:30
Wednesday 10:00 - 18:30
Thursday 10:00 - 18:30
Friday 10:00 - 18:30
Saturday 10:00 - 15:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Pergigian Setia Alam - Dr. Yuza posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Pergigian Setia Alam - Dr. Yuza:

Share