COMBI Daerah Petaling

Directions

COMBI Daerah Petaling Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from COMBI Daerah Petaling, Health & Wellness Website, Pusat komuniti desa(PKD), Shah Alam.

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΏ GOTONG-ROYONG PLOGGING MPP ZON 8 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA πŸŒΏπŸ‡²πŸ‡ΎAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program...
16/09/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒΏ GOTONG-ROYONG PLOGGING MPP ZON 8 & SAMBUTAN HARI MALAYSIA πŸŒΏπŸ‡²πŸ‡Ύ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Gotong-Royong Plogging MPP Zon 8 serta Sambutan Hari Malaysia pada pagi tadi, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program telah dirasmikan oleh Ahli Majlis MPP Zon 8, Pn. Aishah Zain dan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

🀝 Turut hadir dan bersama-sama menjayakan program:
β€’ Pn. Norizan Marlan – Pengerusi COMBI Petaling /Pengerusi COMBI Zon 8
β€’ Team Lokaliti PPA26
β€’ Team Lokaliti PPA30
β€’ Team Lokaliti PPA34
β€’ Team Lokaliti Blok 42
β€’ Team PKD Petaling
β€’ Team KKM
β€’ Team LHDN
πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Program ini telah disertai oleh hampir 200 orang penduduk sekitar, yang bersama-sama berganding bahu melaksanakan aktiviti plogging, menjaga kebersihan persekitaran serta memupuk semangat kejiranan dan kecintaan kepada negara.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Semangat Malaysia! Komuniti Bersih, Sihat & Bersatu! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak, agensi, pasukan lokaliti serta penduduk yang telah memberikan kerjasama dan sokongan bagi menjayakan program ini.
Bersama kita teruskan usaha membina komuniti yang lebih bersih, sihat dan harmoni. πŸ’ͺ🌿








πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63 πŸ‡²πŸ‡Ύ16 September 2026Barisan AJK COMBI Petaling mengucapkanπŸŽ‰Selamat Menyambut Har...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA KE-63 πŸ‡²πŸ‡Ύ

16 September 2026

Barisan AJK COMBI Petaling mengucapkan
πŸŽ‰Selamat Menyambut Hari Malaysia Ke-63!

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat Malaysia, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang kita nikmati.

πŸ‡²πŸ‡Ύ Berbeza budaya, satu jiwa.
πŸ‡²πŸ‡Ύ Bersatu hati, teguh berdiri.
πŸ‡²πŸ‡Ύ Malaysia milik kita bersama!

β€œMalaysia Sejahtera, Rakyat Bersatu, Negara Maju.”

β€οΈπŸ’™πŸ’› SELAMAT HARI MALAYSIA KE-63! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada:

BARISAN AJK COMBI PETALING

Komuniti Bebas Denggi, Komuniti Sihat & Sejahtera

SELAMAT HARI MERDEKAMerdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡ΎSemoga sambutan Hari Kebangsaan ini menyemarakkan lagi semangat perpadu...
30/08/2026

SELAMAT HARI MERDEKA

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ
Semoga sambutan Hari Kebangsaan ini menyemarakkan lagi semangat perpaduan, keharmonian dan kerjasama dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Marilah kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan serta terus bersatu hati dalam membina masyarakat yang sihat, prihatin dan sejahtera demi negara tercinta.

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA DARI NYAMUK AEDES πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada:
BARISAN AHLI JAWATANKUASA COMBI PETALING

KUNJUNGAN HORMAT COMBI PETALING KE JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI MBSAPada 28 Ogos 2026 (Jumaat), COMBI Petaling telah men...
29/08/2026

KUNJUNGAN HORMAT COMBI PETALING KE JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI MBSA

Pada 28 Ogos 2026 (Jumaat), COMBI Petaling telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Jabatan Pembangunan Komuniti, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Sesi kunjungan hormat tersebut telah berlangsung dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari dan telah disambut oleh Encik Shahrin bin Ahmad, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, bersama barisan pegawai jabatan.

Wakil COMBI Petaling yang hadir ialah:

πŸ”Ή Pn Nor Rizan – Pengerusi COMBI Petaling
πŸ”Ή En Ahmad Faudzi – Naib Pengerusi COMBI Petaling
πŸ”Ή En Razak Darus – Bendahari COMBI Petaling
πŸ”Ή En Mohd Aliff – Setiausaha COMBI Petaling
πŸ”Ή En Zakri Ariffin – AJK Media dan Komunikasi COMBI Petaling

Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan dan fungsi COMBI Petaling, di samping memperkukuhkan hubungan serta menjalinkan kerjasama strategik antara COMBI Petaling dengan pihak MBSA, khususnya Jabatan Pembangunan Komuniti.

Pertemuan dalam suasana yang mesra dan harmoni ini turut membuka ruang untuk perbincangan serta pertukaran pandangan mengenai pelbagai bentuk kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama pada masa hadapan, khususnya melibatkan program kemasyarakatan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti.

Diharapkan kunjungan ini akan menjadi titik permulaan kepada hubungan kerjasama yang lebih erat antara COMBI Petaling dan MBSA, sekali gus membantu memperkukuhkan usaha bersama dalam memberikan manfaat kepada masyarakat serta meningkatkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan menjaga kesihatan dan persekitaran.





24/08/2026
🦟 KARNIVAL CEGAH DENGGI – SEK 10, SHAH ALAM 🦟Pada pagi tadi, telah berlangsung Karnival Cegah Denggi di Seksyen 10, Shah...
08/08/2026

🦟 KARNIVAL CEGAH DENGGI – SEK 10, SHAH ALAM 🦟

Pada pagi tadi, telah berlangsung Karnival Cegah Denggi di Seksyen 10, Shah Alam bermula jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Program ini telah disempurnakan oleh YAD Dato' Hj Emran bin Hj Kadir, Ahli Majlis MPP Zon 2.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pencegahan dan kawalan denggi, antaranya:

🩺 Pemeriksaan kesihatan
🦟 Pameran Denggi oleh COMBI Petaling
🎨 Pertandingan mewarna kanak-kanak
πŸ§‹ Pertandingan membuat teh tarik
❓ Kuiz Pengetahuan Am
🦟 Kuiz berkaitan wabak denggi
πŸŽ‰ Serta pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Program seperti ini amat penting dalam memberi kesedaran kepada masyarakat supaya sentiasa mengambil berat mengenai kebersihan persekitaran dan bersama-sama mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

🀝 Turut hadir:
OOO
YAD Dato' Hj Emran bin Hj Kadir – Ahli Majlis MPP Zon 2
En. Syed – Pegawai MPP Zon 2
En. Mawardi – Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 10 serta pasukan
Pengerusi KRT Seksyen 10 serta pasukan
En. Nurol – Pengerusi COMBI Selangor
Pn. Norizan Marlan – Pengerusi COMBI Petaling
En. Ahmad Faudzi – Naib Pengerusi COMBI Petaling
Pasukan COMBI Petaling
πŸ‘ Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Cegah Denggi ini.
πŸ’ͺ Cegah Denggi, Hapuskan Aedes!
🏠 10 Minit Seminggu, Cari dan Musnahkan Tempat Pembiakan Aedes.







Program Taklimat Denggi & Ovitrap di Pangsapuri OpalPagi tadi telah berlangsung Program Taklimat Denggi dan Ovitrap di P...
02/08/2026

Program Taklimat Denggi & Ovitrap di Pangsapuri Opal

Pagi tadi telah berlangsung Program Taklimat Denggi dan Ovitrap di Pangsapuri Opal yang disampaikan oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling.
Taklimat mengenai pencegahan denggi telah disampaikan oleh Pn. Aza, Pegawai Kesihatan Unit Vektor PKD Petaling, manakala penerangan mengenai ovitrap dan nyamuk Aedes telah disampaikan oleh Pn. Fatimah dari Unit Entomologi PKD Petaling.

Turut hadir memeriahkan program ini:
β€’ Pn. Sarimah – Ahli Majlis MPP 18
β€’ Pn. Aza – Pegawai Kesihatan Unit Vektor, PKD Petaling
β€’ Pn Fatimah - unit entomologi PKD petaling
β€’ En. Sofian Hadi – PKD Petaling
β€’ Pn. Nor Rizan – Pengerusi COMBI Petaling
β€’ En. Zakri Ariffin–COMBI Kampung Melayu Subang (KMS)

Sekalung tahniah diucapkan kepada Pengerusi JMB Pangsapuri Opal, En. Shahlan, atas komitmen dan kesungguhan beliau untuk menubuhkan COMBI Pangsapuri Opal.
Semoga usaha ini menjadi langkah awal dalam memperkukuhkan penglibatan komuniti dalam mencegah denggi serta mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, sihat dan bebas Aedes.






KURSUS PENDEDAHAN BEHAVIOURAL INSIGHTS (BI) & PERBINCANGAN KUMPULAN FOKUS (FGD) BERSAMA PASUKAN COMBI DAERAH PETALINGPad...
01/08/2026

KURSUS PENDEDAHAN BEHAVIOURAL INSIGHTS (BI) & PERBINCANGAN KUMPULAN FOKUS (FGD) BERSAMA PASUKAN COMBI DAERAH PETALING

Pada 31 Julai 2026, telah berlangsung Kursus Pendedahan Behavioural Insights (BI) oleh institut kesihatan negara En Irsyad bersama pasukan COMBI Daerah Petaling di Pejabat Kesihatan Daerah Petaling. Program ini bertujuan memperkenalkan pendekatan Behavioural Insights (Sains Tingkah Laku) dalam memperkukuhkan strategi promosi kesihatan serta meningkatkan keberkesanan intervensi komuniti.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada 11 orang wakil COMBI Daerah Petaling yang telah menghadiri kursus ini.mereka ada lah
1.En Suffian - PKD petaling
2.Pn Norizan Marlan - pengerusi Combi Petaling
3.En Faudzi Mohd Nazam - Naib pengerusi Combi Petaling
4.En Mohd Aliff - Combi paya jaras
5.En Razak Darus - Combi sek27 alam Megah
6.En Hj Shukor - Combi Shah alam
7.En Muazam- combi zon 8
8.En Mohd Fairuz - Combi lagoon perdana
9.En Zakri - Combi KMS
10.En salidani - Combi krt16
11.En Tuancik - Combi sek17
12.En Kelvin Chew- Combi MPP 3 sbg jaya

Komitmen, penglibatan aktif serta perkongsian pandangan dan idea daripada semua wakil sepanjang sesi perbincangan amatlah dihargai. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam merancang dan melaksanakan program kesihatan komuniti yang lebih berkesan serta memberi impak positif kepada masyarakat.

Tahniah pada En salidani di atas kejayaan menubuhkan Combi krt16 ditempat beliau .

Terima kasih atas komitmen dan dedikasi semua sukarelawan COMBI. Bersama-sama kita membudayakan komuniti yang lebih sihat, prihatin dan berdayasaing.




🩸 PROGRAM DERMA DARAHPada 26 Julai 2026 (Ahad), bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, telah berlangsung Program Der...
27/07/2026

🩸 PROGRAM DERMA DARAH

Pada 26 Julai 2026 (Ahad), bermula 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, telah berlangsung Program Derma Darah di Blok 12, Subang Perdana.

Program ini merupakan kerjasama COMBI Kg Melayu Subang (KMS) bersama KRT Subang Perdana dan Persatuan Penduduk Subang Perdana, MPP 17 dalam menjayakan program kesihatan untuk manfaat masyarakat setempat.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah: β€’ Ahli Majlis MPP Zon 17 madam Mandy ooi β€’ Ketua Balai Polis Kampung Subang β€’ Pengerusi KRT Subang Perdana β€’ pengerusi Persatuan Penduduk Subang Perdana,pengerusi persatuan penduduk kg melayu subang

Sukarelawan COMBI KMS turut membuka reruai pameran kesedaran kesihatan dan denggi serta membantu melancarkan perjalanan program.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada sebagai penganjur, sukarelawan mahupun para penderma darah. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi membantu mereka yang memerlukan dan membina komuniti yang lebih sihat.





PROGRAM GOTONG-ROYONG  – PUCHONG UTAMA COURT 1πŸ“… Tarikh: 26 Julai 2026 (Ahad)πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hariπŸ“ Lokas...
27/07/2026

PROGRAM GOTONG-ROYONG – PUCHONG UTAMA COURT 1

πŸ“… Tarikh: 26 Julai 2026 (Ahad)
πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Puchong Utama Court 1

Telah berlangsung Program Gotong-Royong Perdana di Puchong Utama Court 1 yang bertujuan mewujudkan persekitaran yang bersih, sihat dan bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran Ahli Majlis MPP Zon 15 (MPSJ), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling, sukarelawan COMBI, serta penduduk setempat yang bersama-sama berganding bahu menjayakan aktiviti pembersihan kawasan.

Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama, tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini. Semoga semangat kejiranan dan budaya gotong-royong terus dipupuk demi memastikan komuniti sentiasa bersih, sihat dan bebas denggi.





Address

Pusat Komuniti Desa(PKD)
Shah Alam
40150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when COMBI Daerah Petaling posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share