Poliklinik Kempas Indah JB

Poliklinik Kempas Indah JB Health Care is Our Priority

Hati merupakan organ dalaman terbesar yang terletak di bahagian kanan abdomen manusia. Hati mempunyai fungsi yang pelbag...
26/07/2026

Hati merupakan organ dalaman terbesar yang terletak di bahagian kanan abdomen manusia. Hati mempunyai fungsi yang pelbagai. Ia bukan sahaja berfungsi untuk menyingkirkan toksin dari dalam darah tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengawal proses metabolisma lemak, protein dan karbohidrat serta penghasilan enzim dan makromolekul yang diperlukan oleh badan.

Oleh yang demikian, kesihatan hati perlu dijaga bagi memastikan hati dapat berfungsi secara normal dan optimum. Kuantiti lemak yang berlebihan di dalam hati adalah salah satu faktor yang boleh menyebabkan kemerosotan atau kegagalan fungsi hati. Keadaan ini dinamakan penyakit hati berlemak atau istilah saintifiknya Fatty Liver Disease.

Penyakit hati berlemak boleh dicegah dengan amalan gaya hidup sihat serta pengesanan awal melalui ujian saringan.

❤️ Poliklinik Kempas Indah 24 Jam

📍No 15 Jalan Kempas Utama 1/2, Taman Kempas Utama 81300 Johor Bahru

📞 011-1123 2582 / 07-562 8415

❤️ Poliklinik Kempas Indah 24 Jam📍No 15 Jalan Kempas Utama 1/2, Taman Kempas Utama 81300 Johor Bahru📞 011-1123 2582 / 07...
24/07/2026

❤️ Poliklinik Kempas Indah 24 Jam

📍No 15 Jalan Kempas Utama 1/2, Taman Kempas Utama 81300 Johor Bahru

📞 011-1123 2582 / 07-562 8415

Demam biasa-biasa? Jangan ambil mudah kalau anda berada di kawasan wabak denggi. Kes denggi sedang meningkat dan jangkit...
18/07/2026

Demam biasa-biasa? Jangan ambil mudah kalau anda berada di kawasan wabak denggi.

Kes denggi sedang meningkat dan jangkitan boleh berlaku di rumah, kejiranan atau tempat kerja.

✅ Semak kawasan wabak melalui Portal iDengue
✅ Ikuti hebahan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri / Pejabat Kesihatan Daerah
✅ Cakna jika ada kes denggi berhampiran anda
✅ Jika demam, segera dapatkan pemeriksaan di klinik / hospital

Denggi boleh menyebabkan komplikasi serius dan membawa kepada kematian sekiranya tidak dirawat.

Ambil peduli, cegah denggi. Jangan tunggu parah baru bertindak.

❤️ Poliklinik Kempas Indah 24 Jam

📍no 15 jalan kempas utama 1/2, taman kempas utama 81300 Johor bahru

📞 011-1123 2582 / 07-562 8415

𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐈𝐓𝐔 𝐃𝐄𝐌𝐀𝐌 𝐂𝐀𝐌𝐏𝐀𝐊 & 𝐑𝐔𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀? 🦠Disebabkan oleh virus measles & rubella yang sangat mudah merebak. Malah, 1 pesakit ...
11/07/2026

𝐀𝐏𝐀𝐊𝐀𝐇 𝐈𝐓𝐔 𝐃𝐄𝐌𝐀𝐌 𝐂𝐀𝐌𝐏𝐀𝐊 & 𝐑𝐔𝐁𝐄𝐋𝐋𝐀? 🦠

Disebabkan oleh virus measles & rubella yang sangat mudah merebak. Malah, 1 pesakit sahaja boleh menjangkiti 12–18 orang di sekeliling! 😷

Ia merebak melalui:
🤧 Batuk
🤧 Bersin
🚪 Sentuhan permukaan tercemar
⚠️ Jika tidak dirawat, boleh menyebabkan komplikasi serius:
🧠 Radang otak
🫁 Radang paru-paru
👁️ Buta
⚰️ Maut

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋𝐈 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀-𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀𝐍𝐘𝐀 📅
Hari 7–10: Demam tinggi, batuk, hidung berair, mata merah 🤒
Hari 10–12: Tompok putih kecil dalam mulut 👄
Hari 12–14: Ruam merah bermula di muka, merebak ke seluruh badan 🔴

Jangan tunggu sehingga terlambat. Kenali tanda-tanda, lindungi keluarga anda. 💙

Poliklinik Kempas Indah 24 jam

📍No 15 jalan kempas utama 1/2, Taman Kempas utama 81300 johor bahru

📞 011-1123 2582 / 07-562 8415

𝐒𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa?Anda mungkin mengh...
08/07/2026

𝐒𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆 mengantuk pada waktu pagi meskipun tidur yang cukup? Kerap mengalami dengkuran yang luar biasa?

Anda mungkin menghadapi satu masalah yang dipanggil sebagai Obstructive Sleep Apnea (OSA) iaitu pernafasan terhenti disebabkan saluran pernafasan tersumbat.

Dapatkan nasihat dan rawatan awal jika anda mengalami tanda-tanda sleep apnea.

❤️ Poliklinik Kempas Indah 24 Jam

📍No 15 jalan kempas utama 1/2, taman kempas utama 81300 johor bahru

📞 011-1123 2582 / 07-5628415

Endometriosis merupakan situasi di mana lapisan tisu dalam dinding rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di o...
07/07/2026

Endometriosis merupakan situasi di mana lapisan tisu dalam dinding rahim (endometrium) berada di luar rahim seperti di ovari dan dinding pelvis. Tisu tersebut akan turut berdarah semasa kedatangan haid dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kronik seperti senggugut yang teruk dan sebagainya.

Dikongsikan keadaan-keadaan yang boleh dialamioleh wanita yang menghadapi endometriosis.

Dapatkan pemeriksaan daripada pakar kerana masalah ini boleh dikawal dengan rawatan yang sewajarnya.

⚠️ Awas makanan bergoreng!Makanan bergoreng memang sedap, rangup dan mudah didapati di mana-mana. Tetapi makanan bergore...
04/07/2026

⚠️ Awas makanan bergoreng!

Makanan bergoreng memang sedap, rangup dan mudah didapati di mana-mana.

Tetapi makanan bergoreng 🍗🍔🍕🍟🌭 mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi dan boleh meningkatkan risiko penyakit jika diambil secara berlebihan.

👍🏻 Pilihlah kaedah masakan yang sihat untuk seluruh keluarga tersayang.

Mi segera, mudah disediakan namun bukan pilihan makanan yang baik terutamanya kepada anak-anak anda. Ia boleh menyebabka...
24/06/2026

Mi segera, mudah disediakan namun bukan pilihan makanan yang baik terutamanya kepada anak-anak anda.

Ia boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan zat makanan, kegemukan dan kurang berat badan.

Hidangkan makanan yang lebih sihat dan seimbang untuk seisi keluarga anda hari ini.

PILIH UNTUK SIHAT.

Kanak-kanak yang obes cenderung untuk membesar menjadi dewasa yang obes. Obesiti boleh menyumbang kepada kematian pramat...
23/06/2026

Kanak-kanak yang obes cenderung untuk membesar menjadi dewasa yang obes.

Obesiti boleh menyumbang kepada kematian pramatang (premature death) semasa dewasa disebabkan penyakit-penyakit tidak berjangkit berkaitan obesiti seperti diabetes, hipertensi, hiperkolesterolemia dan penyakit kardiovaskular.

Obesiti kanak-kanak ini boleh diatasi bermula dari keluarga di rumah. Wujudkan persekitaran yang sihat dan berikan pemakanan yang terbaik untuk anak-anak bagi mengelakkan faktor obesogenik.

Orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan langkah pencegahan denggi. Lakukan aktiviti gotong-royong bagi memusnahkan ...
19/06/2026

Orang ramai dinasihatkan supaya meningkatkan langkah pencegahan denggi. Lakukan aktiviti gotong-royong bagi memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes secara berkala terutama di persekitaran kejiranan, kawasan kebun komuniti dan lokasi tumpuan awam seperti premis ibadat, premis kedai atau kawasan taman rekreasi.

‼️ Setiap individu perlu memainkan peranan di lokaliti masing-masing termasuk di tempat kerja untuk memastikan risiko jangkitan rendah.

Address

No 15, Jalan Kempas Utama 1/2, Taman Kempas Utama
Skudai
81300

Telephone

+6075628415

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Poliklinik Kempas Indah JB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Poliklinik Kempas Indah JB:

Shortcuts

Share

Category