30/03/2022
HIPOGLISEMIA DAN HIPERGLISEMIA
1️⃣ Hipoglisemia adalah istilah perubatan untuk paras gula dalam darah yang rendah.
Hipoglisemia juga seringkali dipanggil ‘hipo’ secara ringkas dan merujuk kepada
paras gula dalam darah yang kurang dari 4.0 mmol/L.
Apakah yang boleh dibuat jika hipoglisemia berlaku?
✅ Makan atau minum sesuatu yang mengandungi gula, seperti gula-gula, segelas jus, satu sudu kecil madu, atau minuman manis
✅ Tunggu selama 15 minit dan uji semula gula dalam darah. Jika bacaan masih kurang dari 4.0 mmol/L, makan makanan bergula lagi
✅ Kembali makan secara normal secepat mungkin.
2️⃣ Hiperglisemia, ataupun ‘hiper’ adalah istilah perubatan untuk paras gula tinggi dalam darah.
Apakah yang harus dilakukan sekiranya berlaku hiperglisemia?
✅ Jangan panik dan bawa bertenang. Paras gula dalam darah berubah sepanjang hari berdasarkan keadaan
✅ Pastikan mengambil ubat Diabetes anda seperti yang diarahkan oleh doctor
✅ Jika seseorang itu mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi selama beberapa hari berturut-turut, atau berasa tidak sihat, hubungi doktor atau jururawat diabetes dengan segera.