13/10/2020
AYAM BROASTED PALING JAHAT! LAGI SEDAP DARI KFC!*π±
Suatu hari semasa berada di Madinah, tiba-tiba kita terasa nak makan ayam goreng bersalut tepung, jadi kita pun pergi la berjalan-jalan di kawasan luar masjid nabawi, dengan harapan kot kot terjumpa Kepci. Jalan punya jalan, last last ternampak kedai bernama Al-Baik! Nampak begitu ramai Pak Arab masuk keluar kedai tu jadi kita pun pergi la tengok kenapa ramai sangat ni. Rupa rupa nya Al-Baik tu restaurant fast food macam KFC juga. Harga nya agak murah jugak la kalau nak di banding kan dengan KFC ni, jadi kita pun nak la juga cuba KFC versi Arab ni kan. Di sebabkan ramai sangat orang queue, terpaksa la tahan lapar sambil layan bau ayam dia yang sangat meliurkan. Time tgh queue ada p**ak Pak Arab yang cuba potong queue, kita sabar je la ye π
. Tunggu punya tunggu, akhirnya dapat jugak merasa ayam broasted Al-Baik. Set dia sama seperti gambar tu, dengan kentang goreng, bun burger dan garlic sauce special. Bila dapat first bite tu, Ya Allah, boleh buat menangis sebab flavour dia mmg kaw kaw, siap masuk ke bahagian tulang ayam lagi. Layan sungguh sampai rasa nak order dan makan lagi! Kalau sesiapa yang ada hajat nak pergi Umrah atau Haji nanti, boleh la try ye, InshaAllah...
Nak di jadi kan cerita, memang kita bila dah balik ke tanah air, akan teringat ingat time semasa menunaikan ibadah umrah atau haji. Jadi kita pun buat la google search kot kot ada tempat yang jual broasted chicken di KL. MasyaAllah, gembira tak terhingga bila tau ada! Nama restaurant tu Broasted Chicken King, yang terletak di Kementah, Jalan Jelatek di KL. Jadi semalam kita pun pergi la singgah untuk cuba, sebab memang dah rindu sangat dah ni nak makan broasted chicken. Yang best nya, kedai ni boleh pre-order sebelum sampai untuk dapat kan 5% discount! Alhamdulillah, memang tidak mengecewakan lansung sebab rasa dia sama seperti broasted chicken Al-Baik! Teringat kembali suasana bila berada di Madinah dan rindu untuk ke sana lagi InshaAllah.
Sesiapa yang pernah makan di Al-Baik, boleh la lepas kan rindu di restaurant Broasted Chicken King . Sambil makan tu sambil order air freshener di Rindu Raudah Subang Jaya ye π. Stock terhad tau.