Optocare Network Subang Jaya - Wacana Optometry

Call Directions Website Contact the practice

Optocare Network Subang Jaya - Wacana Optometry Servis Pemeriksaan Mata Optometris
Pakar Cermin mata dan Kanta Sentuh
Dimiliki oleh Aisi Eye Care Solutions (002666663-T) Optometris Bertauliah UKM

Membantu anda mendapatkan penglihatan yang terbaik.

17/09/2026

Kenali Cermin Mata Anda Lebih Dekat! ๐Ÿ‘“

โ€‹Pernah tertanya-tanya apa nama bahagian-bahagian kecil pada cermin mata anda? Atau bagaimana nak pilih bingkai yang betul-betul ngam dengan saiz muka? ๐Ÿค”

โ€‹Infografik eksklusif dari Wacana Optometry ini merangkumi semua yang anda perlu tahu:

โ€‹๐Ÿ” Diagram Cermin Mata: Dari Bingkai (Frame) hingga ke Hujung Tempel, ketahui fungsi setiap komponen.

๐Ÿ“ Panduan Saiz: Jangan salah pilih! Fahami cara membaca ukuran Lebar Kanta, Lebar Jambatan, dan Panjang Tempel untuk keselesaan maksima.

๐Ÿ‘“ Jenis Bentuk: Adakah anda s**a cermin mata berbentuk 'Bulat', 'Petak', atau 'cat-eye'? Kenali bentuk bingkai yang paling sesuai dengan struktur wajah anda.

โ€‹Di Wacana Optometry, kami bukan sahaja menyediakan pemeriksaan mata profesional, tetapi kami juga komited untuk membantu anda memahami pelaburan kesihatan mata anda.

โ€‹Ingin mencari cermin mata yang sempurna untuk vibe dan keselesaan anda?
โ€‹Jom singgah ke cawangan Wacana Optometry terdekat hari ini! Optometri kami sedia membantu.

๐Ÿ“ Wacana Optometry
40-G, Jalan Putra Mahkota 7/7A,
Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor.

๐Ÿ“ฒ Untuk pertanyaan atau temujanji, sila klik link ini :

https://www.wasap.my/60351033909/WacanaOptometry

15/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ Selamat Hari Malaysia! โค๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Hari ini kita raikan bukan sekadar sebuah negara, tetapi kita โ€” rakyat Malaysia.
Berbeza bangsa, budaya dan bahasa, tetapi tetap berkongsi satu tanah air yang sama. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Daripada nasi lemak sampai laksa, daripada Semenanjung sampai Sabah dan Sarawak โ€” kepelbagaian inilah yang menjadikan Malaysia istimewa. ๐Ÿ˜Š

Semoga semangat Malaysia MADANI terus menyatukan kita untuk membina negara yang lebih harmoni, prihatin, berintegriti dan sejahtera.

Kita mungkin berbeza, tetapi kita tetap satu Malaysia.
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Hari Malaysia 2026 daripada kami di Wacana Optometry!

13/09/2026

๐Ÿ“ฑ Telefon makin jauh sejak umur 40-an?

โ€œEhโ€ฆ tulisan dulu boleh nampak. Sekarang kena jauhkan sikit baru jelas.โ€ ๐Ÿ˜…

Ini mungkin tanda presbyopia โ€” perubahan keupayaan mata untuk fokus pada objek dekat yang biasanya berlaku apabila usia meningkat.

Antara tanda biasa:

๐Ÿ‘“ Susah membaca tulisan kecil
๐Ÿ“ฑ Telefon perlu dijauhkan
๐Ÿ’ก Perlukan cahaya lebih terang
๐Ÿ˜ต Mata cepat penat ketika membaca

Jangan risau. Ini perkara yang normal berlaku dengan pertambahan usia dan ada beberapa pilihan untuk membantu.

Termasuklah cermin mata membaca atau lens multifocal.

Jom Singgah ke Wacana Optometry Putra Heights.

Buat pemeriksaan mata secara menyeluruh dan dapatkan nasihat daripada optometris kami tentang pilihan yang sesuai.

๐Ÿ“ Wacana Optometry
40-G, Jalan Putra Mahkota 7/7A,
Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor.

๐Ÿ“ฒ Untuk pertanyaan atau temujanji, sila klik link ini :

https://www.wasap.my/60351033909/WacanaOptometry

11/09/2026

"Mata nampak normal, tapi sebenarnya sebelah mata itu kabur?"

Ramai ibu bapa menyangka mata anak baik-baik sahaja asalkan anak tidak juling dan tidak mengadu sakit.

Hakikatnya, Amblyopia (Mata Malas) sering terjadi dalam senyapโ€”terutamanya akibat myopia (rabun jauh) yang tidak dikesan dan tidak dibetulkan dari awal.

Apa yang Berlaku di Dalam Otak bagi anak yang mengalami amblyopia ini?

Amblyopia bukan masalah fizikal struktur bebola mata, tetapi masalah komunikasi saraf antara mata dan otak.

Apabila terdapat rabun yang tidak dibetulkan:
โ›” Anisometropia (Perbezaan 'power' ketara): Sebelah mata jelas, sebelah lagi kabur tinggi (cth: kanan -0.50D, kiri -5.00D). Otak akan pening memproses dua imej berbeza, lalu secara automatik "mematikan" (suppress) isyarat dari mata yang kabur.

โ›” Isoametropia (Kedua-dua mata rabun tinggi): Jika kedua-dua belah mata mengalami myopia tinggi tanpa cermin mata, otak langsung tidak menerima rangsangan imej tajam sepanjang tempoh tumbesaran.
Hasilnya? Laluan saraf visual (visual pathway) mata tersebut berhenti.

โณ Mengapa Usia Emas (Sebelum 8 Tahun) Amat Kritikal?

๐Ÿšผ Lahir โ€“ 8 Tahun: Fasa neuroplasticity otak masih fleksibel. Rawatan pembetulan cermin mata atau terapi visual (patching) mampu memulihkan penglihatan hingga 20/20.

๐Ÿšน Selepas 8โ€“9 Tahun: Laluan saraf visual mula matang dan terkunci. Jika dibiarkan melepasi usia ini, mata tersebut berisiko kabur secara kekal. Pembedahan LASIK atau cermin mata berkuasa tepat semasa dewasa kelak tidak lagi dapat mengembalikan penglihatan tajam 20/20.

Mata Malas Tidak Kelihatan Dari Luaran.

Kanak-kanak tidak akan mengadu kabur kerana mereka terbiasa menggunakan mata yang sihat untuk melihat dunia.
Lakukan saringan penglihatan komprehensif bersama Optometris seawal umur 3 hingga 4 tahun.

Pengesanan awal adalah kunci utama untuk menyelamatkan penglihatan anak anda seumur hidup.

Bagaimanakah pengalaman anda mengesan rabun anak di rumah? Adakah mereka pernah menunjukkan tanda kerap mengecilkan mata atau menonton televisyen terlalu dekat?

08/09/2026

โ€œAlah, rabun sikit jeโ€ฆ malaslah nak pakai cermin mata.โ€ ๐Ÿ‘“โŒ

Pernah tak anda atau anak anda selalu kecilkan mata (squinting) bila nak tengok benda jauh? Atau kerap rasa pening kepala lepas memandu dan buat kerja?

Ramai ingat myopia (rabun jauh) cuma masalah mata nampak kabur. Tapi hakikatnya, membiarkan mata tanpa pembetulan yang tepat membawa risiko kesihatan mata yang jauh lebih besar:

1. Beban Harian: Mata Penat & Sakit Kepala

Apabila imej tidak jatuh tepat pada retina, otot mata terpaksa bekerja lebih masa untuk fokus. Kesannya:
* Mata cepat letih, berair, dan pedih.
* Kerap sakit kepala di bahagian dahi.
* Bahaya ketika memandu malam atau bers**an kerana respon visual menjadi perlahan.

2. Kanak-kanak: Risiko 'Mata Malas' (Amblyopia)

Semasa usia perkembangan visual (bawah 8โ€“9 tahun), jika sebelah atau kedua-dua mata kabur tidak dibetulkan, otak akan belajar untuk 'mengabaikan' isyarat visual tersebut.
* Boleh mengakibatkan Amblyopia kekal yang s**ar dipulihkan bila dewasa.
* Menjejaskan fokus pembelajaran dan prestasi di sekolah.

3. Dewasa: Ancaman 'High Myopia' (Rabun Tinggi > -6.00D)

Bila rabun makin tinggi, paksi bebola mata memanjang dan dinding bola mata boleh menipis. Ini meningkatkan risiko penyakit mata serius seperti :
* Retinal Detachment (Retina Tertanggal) โ€“ Boleh menyebabkan buta jika lambat dirawat.
* Glaukoma โ€“ Kerosakan saraf optik akibat tekanan cecair mata.
* Katarak Pra Matang โ€“ Kanta mata menjadi keruh pada usia muda.
* Myopic Maculopathy โ€“ Kemerosotan pada pusat fokus penglihatan.

Cermin mata bukan sekadar aksesori untuk nampak jelasโ€”ia adalah perlindungan struktur mata untuk jangka masa panjang.

Bila kali terakhir anda dan anak anda menjalani pemeriksaan mata menyeluruh? Jangan tunggu sehingga penglihatan mula terganggu, jadualkan temujanji anda dengan optometris bertauliah hari ini.
๐Ÿ“ Wacana Optometry
40-G, Jalan Putra Mahkota 7/7A,
Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor.

๐Ÿ“ฒ Untuk pertanyaan atau temujanji, sila klik link ini :

https://www.wasap.my/60351033909/WacanaOptometry

05/09/2026

๐Ÿค• Selalu sakit kepala selepas bekerja atau membaca?

Jangan terus salahkan stress.

Kadang-kadang mata yang bekerja terlalu kuat juga boleh menyumbang kepada ketidakselesaan seperti mata penat, s**ar fokus atau sakit kepala.

Terutamanya jika prescription sudah berubah atau anda menggunakan cermin mata yang tidak lagi sesuai.

Kalau perkara ini kerap berlaku, apa kata check mata dulu? ๐Ÿ‘€

Buat pemeriksaan mata secara menyeluruh dan dapatkan nasihat daripada optometris kami tentang pilihan yang sesuai.

๐Ÿ“ Wacana Optometry
40-G, Jalan Putra Mahkota 7/7A,
Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor.

๐Ÿ“ฒ Untuk pertanyaan atau temujanji, sila klik link ini :

https://www.wasap.my/60351033909/WacanaOptometry

03/09/2026

๐Ÿ‘€ BOLEH NAMPAK JELAS, TAPI MATA CEPAT PENAT?

Pernah tak anda rasaโ€ฆ

๐Ÿ“ฑ Tengok telefon lama sikit, mata mula penat
๐Ÿ“– Baca buku, mula rasa tak selesa
๐Ÿ’ป Kerja depan komputer, kepala mula sakit
๐Ÿ‘๏ธ Selalu rasa nak gosok mata

Tapi bila buat eye test, penglihatan jauh masih nampak okay?

Jangan terus anggap mata anda tiada masalah.

Mungkin anda mengalami HIPEROPIA (Hyperopia).

๐Ÿ” Apa itu hiperopia?

Secara mudah, dalam mata yang mengalami hiperopia, fokus cahaya cenderung berada di belakang retina.

Tetapi mata kita ada โ€œsistem fokusโ€ yang dipanggil akomodasi.

Jadi mata akan bekerja lebih keras untuk membawa fokus tersebut ke retina supaya penglihatan kekal jelas.

Sebab itu seseorang yang mengalami hiperopia mungkin masih boleh melihat dengan jelas, tetapi mata lebih cepat letih terutama ketika melakukan kerja dekat.

๐Ÿ‘ถ Untuk kanak-kanak p**a, pemeriksaan mata amat penting.

Kanak-kanak mempunyai keupayaan fokus yang sangat kuat. Jadi, hiperopia tertentu boleh โ€œtersembunyiโ€ dan tidak semestinya dapat dikesan hanya dengan melihat sama ada anak boleh membaca carta penglihatan atau tidak.

Jadi, kalau anak selalu:

โŒ Mengelak membaca
โŒ Cepat hilang fokus
โŒ Mengadu sakit kepala
โŒ Menggosok mata ketika membaca
โŒ Mendekatkan buku atau skrin

Jangan abaikan tanda-tanda ini.

๐Ÿ‘“ Mata yang nampak jelas tidak semestinya mata yang bekerja dengan selesa.

Pemeriksaan mata yang lengkap boleh membantu mengenal pasti masalah refraksi seperti hiperopia dan menentukan keperluan visual anda dengan lebih tepat.

๐Ÿ“ Wacana Optometry
Kami bukan sekadar periksa โ€œnampak atau tak nampakโ€.

Kami membantu anda memahami bagaimana mata anda melihat. ๐Ÿ‘๏ธ
Buat pemeriksaan mata secara menyeluruh dan dapatkan nasihat daripada optometris kami tentang pilihan yang sesuai.

๐Ÿ“ Wacana Optometry
40-G, Jalan Putra Mahkota 7/7A,
Putra Heights, 47650 Subang Jaya, Selangor.

๐Ÿ“ฒ Untuk pertanyaan atau temujanji, sila klik link ini :

https://www.wasap.my/60351033909/WacanaOptometry

30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-69! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€

69 tahun merdeka, kita terus melangkah bersama sebagai sebuah negara yang berdaulat, bersatu dan berdaya maju.

Marilah kita menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan membina Malaysia yang lebih Maju, Sejahtera dan Berintegriti, berteraskan nilai-nilai Malaysia MADANI.

Sebagai rakyat dan warga perniagaan, Wacana Optometry berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan negara dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Selamat Hari Kebangsaan ke-69 daripada kami di Wacana Optometry. โค๏ธ๐Ÿ’™

#

28/08/2026

๐Ÿ‘€ *WARGA PUTRA HEIGHTS, BILA KALI TERAKHIR ANDA CHECK MATA?*

Kalau dah lebih *2 tahun* tak buat pemeriksaan mata, mungkin sudah tiba masa untuk periksa semula.

Ramai orang tunggu sampai penglihatan dah kabur baru nak tukar cermin mata. Tapi sebenarnya, perubahan prescription boleh berlaku tanpa kita sedar.

Sebab itu *eye examination bukan sekadar nak tahu "power dah naik ke belum?"* ๐Ÿ‘๏ธ

Di *Wacana Optometry*, kami bantu anda:

๐Ÿ‘๏ธ Periksa penglihatan
๐Ÿ” Semak prescription
๐Ÿ‘“ Pilih frame yang sesuai
โœจ Cadangkan lens berdasarkan keperluan & gaya hidup

Dan sempena *Bulan Kemerdekaan ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ*, Wacana sedang mengadakan *Promosi Merdeka* dari *15 Ogos hingga 16 September 2026*!

Kalau memang dah lama nak tukar cermin mata, *jangan tunggu sampai makin kabur.* ๐Ÿ˜‰

๐Ÿ“ฒ WhatsApp Wacana sekarang untuk ketahui tawaran Merdeka yang sesuai untuk anda.

๐Ÿ“ Wacana Optometry, Putra Heights

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ *Merdeka dengan penglihatan yang lebih jelas!*

25/08/2026

โœจ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026 โœจ๐Ÿ•Œ

โ€œSesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi kamu...โ€
โ€” Surah Al-Ahzab, 33:21

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, mencontohi akhlak mulia dan mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kasih sayang, kejujuran dan sifat ihsan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW terus menjadi panduan dalam setiap langkah kita.

Daripada kami di Wacana Optometry, Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1448H. ๐ŸŒ™โœจ

Address

40-G Jalan Putra Mahkota 7/7A Putra Heights
Subang Jaya
47650

Opening Hours

Monday 11:00 - 19:30
Tuesday 11:00 - 19:30
Wednesday 11:00 - 19:30
Thursday 11:00 - 19:30
Friday 11:00 - 19:30
Saturday 11:00 - 19:30

Telephone

+60351033909

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Optocare Network Subang Jaya - Wacana Optometry posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Optocare Network Subang Jaya - Wacana Optometry:

Shortcuts

Share

Category