Hospital Sungai Buloh Selangor

Hospital Sungai Buloh Selangor Ini adalah page Facebook rasmi Hospital Sungai Buloh. Facebook Rasmi Hospital Sungai Buloh

1.

Hospital Sungai Buloh adalah hospital berpakar dan menerima pesakit yang mempunyai surat rujukan sahaja. Pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik pakar/ unit berkaitan akan diberikan tarikh temujanji dan perlu mematuhi masa yang telah diberikan.

2. Bagi rawatan pesakit luar bolehlah terus ke klinik kesihatan berhampiran dengan anda.

3. Pertanyaan berkenaan pertukaran tarikh temujanji sila hub

ungi nombor telefon seperti tertera di kad rawatan anda. Pemakluman pertukaran tarikh/masa temujanji perlu dimaklumkan lebih awal kepada pihak klinik/ unit.

4. Rawatan estetik, rawatan kecantikan gigi, pemeriksaan DNA, pemeriksaan kesihatan untuk permohonan perkahwinan/ tawaran pekerjaan/sambung belajar, tidak disediakan.

5. Kempen derma darah peringkat Hospital Sungai Buloh diadakan 3 kali setahun. Hebahan dari semasa ke semasa berkenaan kempen menderma darah akan dibuat di dalam laman web, facebook, poster. Kempen derma darah di hospital ini diadakan secara berkala oleh Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Sila Hubungi Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur atau Tabung Darah, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang sekiranya ingin mengadakan kempen derma darah di premis masing-masing.

6. Sekiranya ingin memberikan maklum balas seperti cadangan, pertanyaan, aduan dan sebagainya lagi berkenaan perkhidmatan di Hospital Sungai Buloh bolehlah mengemukakan melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA) Kementerian Kesihatan Malaysia - http://moh.spab.gov.my

Sila sertakan maklumat lengkap pengadu dan pesakit seperti nama penuh, no kad pengenalan/ rujukan pesakit, alamat, nombor telefon, email, masa, tempat kejadian, dan ringkasan aduan. Maklum balas pelanggan juga boleh dibuat melalui peti cadangan berwarna biru yang terletak di setiap aras, ED, Klinik Pakar, Farmasi, Balai Pelawat dan Lobi Utama. Selain itu, maklum balas boleh dibuat melalui surat, e-mel, atau datang sendiri ke Bahagian Perhubungan Awam pada waktu pejabat. Tindakan sewajarnya daripada pihak pengurusan hospital akan diambil sekiranya memberikan maklum balas ke saluran yang betul bukannya viral ke dalam media sosial.

7. Tuan/puan yang inginkan maklumat lanjut berkenaan perkara dibawah bolehlah menghubungi bahagian berikut:-
- Permohonan bantuan perubatan - Jabatan Kerja Sosial Perubatan
- Full Paying Patient - Secretariat FPP (ext :2350) @ hubungi klinik berkaitan
- Latihan sambil belajar – Unit Latihan
- Kajian Klinikal –CRC
- Lawatan /Pemberian sumbangan – Bahagian Perhubungan Awam
- Permohonan Penggambaran - Bahagian Perhubungan Awam
- Sewa tapak booth setiap bulan & perkarangan kafeteria– Setiausaha Kelab
- Sewa kedai/ mesin vendor – Bahagian Pentadbiran
- Pertanyaan caj-caj rawatan di hospital - http://hsgbuloh.moh.gov.my/pelawat/caj-a-bayaran/caj-wad

8. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan dan direktori staf/jabatan Hospital Sungai Buloh bolehlah layari laman web Hospital Sungai Buloh - http://hsgbuloh.moh.gov.my

7 November 2017

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗢𝗛: 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡12 Ogos 2026 - Hospital Sungai Buloh telah menganjurkan Pe...
14/08/2026

𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗦𝗨𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗕𝗨𝗟𝗢𝗛: 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗥𝗔𝗞 𝗞𝗘𝗠𝗘𝗥𝗗𝗘𝗞𝗔𝗔𝗡

12 Ogos 2026 - Hospital Sungai Buloh telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan bertemakan Bulan Kemerdekaan yang dikelolakan oleh Jabatan Pergigian Kanak-Kanak (Paediatric Dentistry).

Perhimpunan kali ini amat bersejarah dan penuh bermakna kerana merupakan perhimpunan terakhir buat Pengarah Hospital Sungai Buloh, YBrs. Dr. Jasmeet.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Jabatan Pergigian Kanak-Kanak, YBrs. Dr. Wan Nor Aziani binti Mohd Azmi. Suasana majlis turut dimeriahkan lagi dengan persembahan istimewa daripada anak-anak tadika yang membawakan semangat patriotik dan menceriakan para hadirin.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada YBrs. Dr. Jasmeet Singh a/l Sucha Singh atas segala jasa dan kepimpinan beliau sepanjang menerajui Hospital Sungai Buloh. Syabas dan terima kasih juga kepada Jabatan Pergigian Kanak-Kanak serta anak-anak tadika atas penganjuran majlis yang cukup bermakna ini.

𝟏𝟑.𝟖.𝟐𝟎𝟐𝟔𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐎𝐫𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚Hospital Sungai Buloh merupakan antara 4 hospital yang telah menerima pendermaan o...
14/08/2026

𝟏𝟑.𝟖.𝟐𝟎𝟐𝟔
𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚𝐚𝐧 𝐎𝐫𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚

Hospital Sungai Buloh merupakan antara 4 hospital yang telah menerima pendermaan organ/tisu yang dijalankan serentak.

𝐀𝐫𝐰𝐚𝐡 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐍𝐢𝐜𝐤𝐥𝐨𝐬 𝐁𝐢𝐧 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐍𝐢𝐳𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐦𝐚𝐤𝐚𝐧 𝟒 𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐭𝐢𝐬𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚 𝟖 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐬𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐮𝐚𝐡.

Semoga arwah dicucuri rahmat dan pendermaan ini akan menjadi salah satu asbab arwah ditempatkan di syurga.

Pasukan terlibat:

IJN: Ms Aimie, SA Ashraff, Perf Vemalan

Ophthal: Dr Chandramalar, Dr Vina, Dr Marvin

Plastic: Ms Sheila, Dr Kalsyana

UPOH Hosp Sg Buloh: Dr Natasha, Dr Nurul Iman, SN Zaidiana, SN Kanaka, SN Song

Seluruh warga hospital Sungai Buloh.Segala kerjasama dan pertolongan daripada pihak tuan amatlah dihargai.



TAHNIAH DARI HOSPITAL SUNGAI BULOHSyabas diucapkan kepada Matron Lalitha Jayapalan atas pembentangan beliau di 29th Join...
13/08/2026

TAHNIAH DARI HOSPITAL SUNGAI BULOH

Syabas diucapkan kepada Matron Lalitha Jayapalan atas pembentangan beliau di 29th Joint Malaysia-Singapore Nursing Conference 2026.

Tarikh: 12 - 14 Ogos 2026
Tempat: Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Semoga kejayaan ini terus memacu kecemerlangan mutu perkhidmatan kesihatan di Hospital Sungai Buloh.

13/08/2026
13/08/2026

13 Ogos 2026 (Khamis) adalah HARI PENDERMAAN ORGAN SEDUNIA bertujuan meningkatkan kesedaran di peringkat global tentang kepentingan pendermaan organ dan tisu serta menggalakkan lebih ramai individu membuat keputusan yang tepat dan bermaklumat untuk menjadi penderma.

Kita menyambut hari ini kerana:

1, Untuk menyelamatkan lebih banyak nyawa

- Ribuan pesakit di seluruh dunia sedang menunggu pemindahan organ yang boleh menyelamatkan nyawa mereka.
- Pendermaan organ memberikan peluang kedua untuk hidup kepada pesakit yang mengalami kegagalan organ peringkat akhir.

2. Untuk menghargai penderma organ dan keluarga mereka

- Hari ini menjadi penghargaan terhadap kemurahan hati luar biasa individu yang memilih untuk mendermakan organ dan tisu selepas kematian, serta keluarga yang menghormati dan menyokong keputusan tersebut.
- Sumbangan mereka meninggalkan legasi yang berkekalan dengan mengubah dan menyelamatkan kehidupan orang lain.

3. Untuk meningkatkan kesedaran masyarakat
- Masih terdapat pelbagai salah faham mengenai pendermaan organ, termasuk berkaitan faktor usia, agama dan kelayakan perubatan.
- Hari Pendermaan Organ Sedunia memberikan peluang untuk menyampaikan maklumat yang tepat serta menjelaskan salah faham mengenai pendermaan organ.

4. Untuk menggalakkan perbincangan bersama keluarga
- Keputusan seseorang untuk menjadi penderma adalah lebih bermakna apabila hasrat tersebut telah dibincangkan bersama ahli keluarga.
- Apabila keluarga mengetahui dan memahami hasrat seseorang, mereka lebih bersedia untuk menghormati dan melaksanakan hasrat tersebut.

"WARISKU, HORMATI IKRARKU"

5. Untuk menggalakkan lebih ramai individu mendaftar sebagai penderma organ
- Peningkatan kesedaran masyarakat dapat menggalakkan lebih ramai individu membuat ikrar pendermaan organ, sekali gus membantu mengurangkan tempoh menunggu dan memberikan harapan kepada pesakit yang memerlukan pemindahan organ.

13/08/2026

🌫️ APA ITU PM2.5?

PM2.5 ialah zarah pencemar udara yang sangat halus, berdiameter 2.5 mikrometer (µm) atau lebih kecil. Saiznya yang sangat kecil membolehkan zarah ini menembusi jauh ke dalam paru-paru dan sebahagiannya boleh memasuki aliran darah.

⚠️ Pendedahan kepada PM2.5 boleh memberi kesan kepada kesihatan, antaranya:
• Batuk dan iritasi saluran pernafasan
• Sesak nafas
• Memburukkan asma
• Memburukkan penyakit jantung dan paru-paru

🔥 Antara sumber PM2.5 termasuk kebakaran hutan dan pembakaran terbuka, asap kenderaan, aktiviti industri serta pembakaran bahan api.

👶 Kanak-kanak, warga emas, wanita mengandung serta individu yang mempunyai penyakit jantung atau paru-paru perlu lebih berhati-hati apabila pencemaran udara meningkat.

📱 Pantau bacaan IPU terkini melalui aplikasi atau laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS) – APIMS.

🌿 Bersama kita cegah pencemaran udara.
Udara bersih, hidup lebih sihat.

Kredit : Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching

13/08/2026

🇲🇾 Detik sejarah bermula pada 1 Januari 1956 apabila Rombongan Kemerdekaan yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bersama wakil Kerajaan Persekutuan dan Raja-raja Melayu berangkat ke London bagi menuntut kemerdekaan daripada pihak British.

🇲🇾 Keberanian, pengorbanan, serta kesatuan jiwa pimpinan dan rakyat terdahulu menjadi asas kukuh kepada kebebasan dan kedamaian Malaysia yang kita nikmati hari ini.

🇲🇾 Marilah kita bersama-sama menghayati sejarah ini demi kemakmuran negara.



Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia











12/08/2026

Address

Hospital Sungai Buloh
Sungai Buloh
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sungai Buloh Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sungai Buloh Selangor:

Shortcuts

Share

Category