Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh

Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh TEL : 03-61575055 / 03-61575057
FAX: 03-61577871
EMAIL: [email protected]

KEMALANGAN JALAN RAYABalai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada 1 Ogos 2026 jam 3.0...
01/08/2026

KEMALANGAN JALAN RAYA

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada 1 Ogos 2026 jam 3.01 petang berhubung kemalangan jalan raya di Restoran Jejantas menghala ke Tol Sungai Buloh, Lebuhraya PLUS.

Pasukan BBP Sungai Buloh yang diketuai oleh PBK I Shahrul Azlan Bin Erahim telah dikerahkan ke lokasi. Hasil pemeriksaan mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori kontena Volvo dengan seorang pemandu lelaki berbangsa India berusia lingkungan 40 tahun tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan separa kritikal.

Anggota bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat menggunakan Telescopic Rescue Ram dan berjaya mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menerima rawatan lanjut.

Operasi berjaya diselesaikan dengan selamat dan pasukan kembali ke balai setelah memastikan keadaan di lokasi terkawal. fans

🌟 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🌟YAS Dato’ Haji Nordin bin PauziTimbalan Ketua Pengarah (Operasi)Jabatan Bomba dan Penyelamat ...
01/08/2026

🌟 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH 🌟

YAS Dato’ Haji Nordin bin Pauzi
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YAS Dato’ Haji Nordin bin Pauzi atas kenaikan pangkat sebagai Penguasa Bomba Gred Utama B dan pelantikan sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Ikhlas daripada:
TPgB II Azmel Bin Kamarudin
Ketua Balai
dan Seluruh Warga Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Selangor. πŸš’πŸ‡²πŸ‡Ύ

PROGRAM EVACUATION DRILL & DEMONSTRASI ALAT PEMADAM API 31 Julai 2026 | Sekolah Rendah Islam As-Sakinah, Subang BestariB...
31/07/2026

PROGRAM EVACUATION DRILL & DEMONSTRASI ALAT PEMADAM API

31 Julai 2026 | Sekolah Rendah Islam As-Sakinah, Subang Bestari

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah melaksanakan Program Evacuation Drill & Demonstrasi Alat Pemadam Api di Sekolah Rendah Islam As-Sakinah, Subang Bestari bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan.

Program ini merangkumi latihan pemindahan bangunan secara teratur, penerangan mengenai tindakan awal ketika berlaku kebakaran serta demonstrasi penggunaan alat pemadam api yang betul dan selamat.

Latihan telah dikendalikan oleh PBK I Mohd Khairul Bin Mat Yassin, dengan kerjasama pihak sekolah bagi memastikan objektif program tercapai serta memupuk budaya keselamatan dalam kalangan warga sekolah.

Semoga program ini dapat meningkatkan pengetahuan, keyakinan dan kesiapsiagaan semua peserta dalam menghadapi sebarang kecemasan.

KHIDMAT KHAS MENANGKAP ULARBalai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada 31 Julai 2026...
31/07/2026

KHIDMAT KHAS MENANGKAP ULAR

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada 31 Julai 2026 jam 8.44 pagi berhubung kehadiran seekor ular di Jalan Kuang, Kampung Batu 20, Kuang.

Pasukan BBP Sungai Buloh yang diketuai oleh PB 19224 Brantyson Berni telah digerakkan ke lokasi. Hasil pemeriksaan mendapati seekor ular sawa sepanjang kira-kira 3 meter berada di dalam kandang ayam selepas menelan tiga ekor ayam milik pemanggil.

Anggota bomba berjaya menangkap ular tersebut menggunakan penjerut khas sebelum melepaskannya di kawasan yang selamat. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi selesai dengan selamat sebelum pasukan kembali ke balai.
fans

πŸ“’ HEBAHAN PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN πŸš’PANDUAN PENDAFTARAN PESERTABalai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh mempelawa ...
28/07/2026

πŸ“’ HEBAHAN PROGRAM HUB KEMAHIRAN KEBOMBAAN πŸš’

PANDUAN PENDAFTARAN PESERTA

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh mempelawa individu serta majikan yang berminat untuk menyertai Program Hub Kemahiran Kebombaan.

πŸ“Œ Kaedah Pendaftaran:
βœ… Daftar melalui portal e-TRiS menggunakan levi HRD Corp.
βœ… Hadiri program mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
βœ… Kehadiran peserta akan direkod dan disahkan oleh pihak JBPM.
βœ… Tuntutan levi akan diproses oleh HRD Corp selepas pengesahan kehadiran lengkap.

πŸ“‹ Syarat Penyertaan:
β€’ Majikan hendaklah mempunyai baki levi yang mencukupi.
β€’ Pendaftaran perlu dibuat sebelum tarikh program.
β€’ Sebarang pertukaran peserta atau pembatalan hendaklah dimaklumkan sebelum program berlangsung.
β€’ Kehadiran peserta adalah wajib bagi tujuan pengesahan dan tuntutan levi.

πŸ“² Imbas kod QR atau layari pautan pendaftaran yang disediakan untuk mendaftar.

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam aspek keselamatan kebakaran serta tindak balas kecemasan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

fans

KHIDMAT KHAS MENANGKAP ULARBalai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada 27 Julai 2026...
27/07/2026

KHIDMAT KHAS MENANGKAP ULAR

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada 27 Julai 2026 jam 7.09 malam berhubung kehadiran seekor ular di Lot 13, Jalan Gajah 20, Lorong Kubu Gajah.

Pasukan BBP Sungai Buloh yang diketuai oleh PBK II Azmi B. Ahmad telah digerakkan ke lokasi. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seekor ular sawa sepanjang kira-kira 3 meter berada di dalam sebuah perigi.

Anggota bomba bertindak menangkap ular tersebut menggunakan penjerut khas sebelum melepaskannya di kawasan yang selamat. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi berjaya diselesaikan dengan selamat sebelum pasukan kembali ke balai.

KHIDMAT KHAS POKOK TUMBANGBalai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada 27 Julai 2026 ...
27/07/2026

KHIDMAT KHAS POKOK TUMBANG

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada 27 Julai 2026 jam 6.10 petang berhubung kejadian pokok tumbang di Pangsapuri Bayu, Jalan PJU 10/4, Damansara Damai.

Pasukan BBP Sungai Buloh yang diketuai oleh PBK I Narmizi Bin Hamzah bergegas ke lokasi dan mendapati sebatang pokok telah patah lalu menghempap sebuah kereta Perodua Myvi

Anggota bomba bertindak memotong serta mengalihkan pokok tersebut menggunakan gergaji berantai (chain saw) bagi memastikan kawasan kembali selamat. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

Operasi selesai sepenuhnya dan pasukan kembali ke balai setelah memastikan tiada lagi sebarang risiko di lokasi. fans

 fansπŸš’ LAWATAN PENDIDIKAN KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUNGAI BULOH πŸš’27 Julai 2026 (Isnin)Balai Bomba dan Penyelamat Su...
27/07/2026

fans
πŸš’ LAWATAN PENDIDIKAN KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT SUNGAI BULOH πŸš’

27 Julai 2026 (Isnin)

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima kunjungan daripada Al-Kauthar EduQids dalam satu program lawatan pendidikan yang bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid-murid mengenai peranan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta aspek keselamatan kebakaran.

Sepanjang lawatan, para peserta berpeluang mengenali tugas anggota bomba, melihat kelengkapan serta aset operasi, di samping mempelajari langkah-langkah keselamatan asas melalui sesi penerangan dan demonstrasi yang disampaikan oleh PB Muhamad Afiq dan PB Mohamad Ruzaini.

Semoga lawatan ini dapat memupuk kesedaran tentang keselamatan serta menyemai minat dan penghargaan terhadap profesion kebombaan dalam kalangan generasi muda.

KHIDMAT KHAS MENANGKAP ULARBalai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada 26 Julai 2026...
26/07/2026

KHIDMAT KHAS MENANGKAP ULAR

Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan pada 26 Julai 2026 jam 8.34 malam berhubung kejadian seekor ular di sebuah kediaman di Jalan Zuhrah U5/162, Bandar Pinggiran Subang.

Sebuah Hilux bersama anggota BBP Sungai Buloh telah dikerahkan ke lokasi dan diketuai oleh PBK II Nor Azlee. Setibanya di lokasi, didapati seekor ular sawa sepanjang kira-kira 3 meter berada di kawasan tersebut.

Pasukan bomba bertindak menangkap ular menggunakan penjerut khas sebelum melepaskannya di kawasan yang selamat. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dan operasi selesai dengan selamat.

KHIDMAT KHAS MENYELAMATKAN KUCING Sungai Buloh, 25 Julai 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah mene...
25/07/2026

KHIDMAT KHAS MENYELAMATKAN KUCING

Sungai Buloh, 25 Julai 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan berhubung seekor kucing yang tersangkut di koridor sebuah pangsapuri di Tingkat 4, Pangsapuri Seri Atria, Jalan Nova, Subang Bestari pada jam 6.31 petang.

Pasukan bomba yang diketuai oleh PBK I Mohd Khairul Bin Mat Yassin bersama lima anggota telah tiba di lokasi pada jam 6.42 petang.

Hasil pemeriksaan (size up) mendapati seekor kucing tersangkut di kawasan koridor pangsapuri. Pasukan bomba bertindak menjalankan operasi menyelamat dengan menggunakan penjerut khas sebelum berjaya mengeluarkan kucing tersebut dengan selamat.

Kucing berkenaan kemudiannya diserahkan kepada pemiliknya. Operasi selesai tanpa sebarang insiden dan semua anggota serta jentera kembali ke balai. Operasi tamat sepenuhnya pada jam 7.58 malam.

β€œCEPAT DAN MESRA”
BBP SUNGAI BULOH
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor πŸš’πŸ±
fans

Address

Jalan 3/2, BANDAR BARU SUNGAI BULOH
Sungai Buluh
47000

Telephone

+60361575055

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba Dan Penyelamat Sungai Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share