09/07/2026
๐พ PROGRAM KACAU BUBUR ASYURA KKTI 2026 ๐พ
Alhamdulillah, Program Kacau Bubur Asyura KKTI 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 9 Julai 2026 (24 Muharram 1448H) bertempat di Khemah Sebelah Bangunan Jasmine, Klinik Kesihatan Taman Intan, dari 8.00 pagi hingga 1.00 petang.
Program ini telah berlangsung dengan meriah hasil kerjasama erat warga kerja Klinik Kesihatan Taman Intan bersama Panel Penasihat KKTI, yang berganding bahu dalam penyediaan bubur Asyura. Kehadiran dan penglibatan semua peserta telah menyerlahkan semangat gotong-royong, muafakat serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara warga kerja dan komuniti.
Bubur Asyura yang telah disediakan kemudiannya diagihkan kepada warga klinik serta para tetamu sebagai simbol perkongsian rezeki dan keberkatan sempena bulan Muharram.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Panel Penasihat KKTI, Jawatankuasa Muhibbah KKTI, semua jawatankuasa pelaksana serta seluruh warga KKTI yang telah memberikan komitmen, sumbangan tenaga dan kerjasama dalam menjayakan program ini.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai medium untuk memperkukuhkan ukhuwah, menyemai semangat kebersamaan serta mengeratkan hubungan antara pihak klinik, Panel Penasihat dan masyarakat setempat.
โAsyura Mengingatkan Kita, Ukhuwah Menyatukan Kita.โ ๐คฒ๐