UTC Sungai Petani

UTC Sungai Petani PERSATUAN USAHAWAN UKIR SQUARE, SUNGAI PETANI, KEDAH

28/08/2026

Agensi kerajaan di dalam URBAN TRANSFORMATION CENTER (UTC) SUNGAI PETANI, KEDAH dibuka setiap hari termasuk Jumaat dan Sabtu dan waktu operasi dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam dan rehat pada pukul 7.00 petang hingga 8.00 malam.
Semua agensi hanya ditutup pada CUTI UMUM sahaja.

Agensi-agensi yang terdapat di UTC SG PETANI adalah :

1. Klinik 1 Malaysia dan Klinik pergigian
2. Pejabat Tanah Kuala Muda
3. Sada
4. Mpspk
5. Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) - 04-421 2726
6. Jabatan Imigresen - 04-421 0877
7. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) - 04-421 8104
8. Pondok Polis Diraja Malaysia
9. Pengurusan UTC - 04-421 6391

Bagi agensi
1. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Dan Darat (SPAD)
2. Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
Hanya beroperasi pada musim perayaan dan Operasi Bersepadu.

Harap Maklum

28/08/2026

Hebat orang SP 😅

Jom Melancong ke Bandung !! 🚗🇮🇩Nak bercuti dengan tenang tanpa pening fikir jalan, parkir atau trafik? Serahkan kepada k...
22/06/2026

Jom Melancong ke Bandung !! 🚗🇮🇩

Nak bercuti dengan tenang tanpa pening fikir jalan, parkir atau trafik? Serahkan kepada kami untuk membawa anda menjelajah sekitar Bandung dengan selesa dan selamat.

✅ Khidmat Supir Peribadi
✅ Mesra, berpengalaman lebih 20 tahun

📞 Heri Mulyadi
📱 +62 813-2453-8173

Katanya model EV perodua ni akan dilancarkan semula dengan harga yang lebih murah untuk bersaing dengan Proton e.Mas 5. ...
06/06/2026

Katanya model EV perodua ni akan dilancarkan semula dengan harga yang lebih murah untuk bersaing dengan Proton e.Mas 5. Harap bateri termasuk sekali. Kami tak nak sewa menyewa.

Kiranya launching haritu macam Rehearsal la ye 😂

Alhamdulillah, syukur apabila Jaslinda akhirnya ditemui selamat selepas berhari-hari penuh debar dan doa.Setinggi-tinggi...
06/06/2026

Alhamdulillah, syukur apabila Jaslinda akhirnya ditemui selamat selepas berhari-hari penuh debar dan doa.

Setinggi-tinggi terima kasih dan tahniah buat semua yang terlibat dalam operasi pencarian ini — pasukan SAR, JBPM Perak, STORM, APM/PASPA, Jabatan Perhutanan, Malim Gunung Perhutanan, agensi penyelamat, sukarelawan Orang Asli, penduduk Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, komuniti pendaki, keluarga, media, serta semua pihak yang tidak putus-putus membantu dari awal hingga akhir.

Terima kasih netizen termasuk saya yang mendoakan, berkongsi maklumat, memberi sokongan moral dan tidak berhenti berharap. Dalam saat begini, setiap doa, tenaga, langkah dan usaha kecil pun besar nilainya.

Tahniah kepada semua wira pencarian yang tidak putus asa. Jaslinda ditemui selamat bukan hanya berita gembira untuk keluarga, tetapi satu kelegaan besar untuk seluruh rakyat yang mengikuti perkembangan ini ♥️

Kemalangan di Simpang Renggam. Ini yang perlu korang tahu:- Dua beradik yang juga anak kepada tauke judi di Simpang Reng...
02/06/2026

Kemalangan di Simpang Renggam. Ini yang perlu korang tahu:

- Dua beradik yang juga anak kepada tauke judi di Simpang Renggam berlumba

- Abang berusia 22 tahun memandu BMW 530e

- Adik berusia 19 tahun memandu Mercedes Benz A250

- Kereta si abang masuk ke laluan bertentangan dan merempuh Perodua Alza, Toyota Vios, Proton Wira dan sebuah lagi Mercedes Benz.

- 4 individu dalam Toyota Vios maut di tempat kejadian iaitu Mohd Aiman Mohd Rashid, 36, Nor Azlina Abd Latif, 33, Semek Mat Soh,75, dan Nur Airish Syifa Sidek, 10.

- Pemandu BMW 530e meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

- Polis telah menahan pemandu Mercedes Benz A250 untuk siasatan.

27/05/2026

Aidiladha

22/05/2026

Gaji bulan depan Jun adalah 36 hari lagi iaitu 25/6/26. Selamat berjimat cermat.

Suami Penggal Kepala Isteri, Badan Dikerat 8 BahagianTiada siapa menyangka, di sebalik sebuah rumah tangga yang kelihata...
22/05/2026

Suami Penggal Kepala Isteri, Badan Dikerat 8 Bahagian

Tiada siapa menyangka, di sebalik sebuah rumah tangga yang kelihatan biasa, tersembunyi sebuah tragedi yang begitu menyayat hati…

Norfazera Bidin, wanita berusia 27 tahun dari Melaka, hanya mahu hidup bahagia bersama anak kesayangannya, Muhammad Iman Asraf Abdullah yang baru berusia 11 tahun. Namun kebahagiaan itu tidak kekal lama apabila rumah tangganya mula bergolak akibat konflik yang berpanjangan.

Pada Oktober 2019, pertengkaran besar berlaku di rumah sewa mereka di Taman Merdeka Jaya, Batu Berendam. Dalam keadaan emosi yang tidak terkawal selepas berlaku perselisihan antara suami isteri, Shahrul Nizam Zuraimy dipercayai bertindak kejam apabila menikam Norfazera berkali-kali sehingga wanita itu meninggal dunia.

Lebih memilukan, anak kecil yang menyaksikan ibunya dibunuh turut menjadi mangsa. Muhammad Iman yang sepatutnya dilindungi dan disayangi, turut dibunuh oleh bapa tirinya sendiri hanya kerana dianggap saksi kejadian.

Bayangkan ketakutan seorang anak kecil pada saat terakhir hidupnya… kehilangan ibu di depan mata sebelum nyawanya sendiri diragut dengan begitu kejam.

Selepas kejadian itu, suspek dipercayai cuba menyembunyikan jenayah tersebut dengan membuang dan menyembunyikan mayat kedua-dua mangsa di beberapa lokasi sebelum melarikan diri ke Singapura. Namun akhirnya perbuatannya terbongkar selepas orang awam menemukan bahagian tubuh manusia di kawasan semak di Krubong.

Hasil kerjasama polis Malaysia dan Singapura, suspek berjaya diberkas dan dibawa pulang untuk dibicarakan. Mahkamah Tinggi Melaka kemudian menjatuhkan hukuman penjara 72 tahun dan 24 sebatan selepas dia didapati bersalah membunuh isteri serta anak tirinya.

Tetapi sebesar mana pun hukuman dijatuhkan… dua nyawa yang telah pergi tidak akan kembali.

Seorang ibu kehilangan masa depannya.
Seorang anak kecil kehilangan seluruh hidupnya.

Al-Fatihah buat Norfazera dan adik Muhammad Iman..

21/05/2026

Sungai Petani: Letupan yang berlaku di tapak ekspo Dataran Jam Besar di sini, hari ini mengorbankan seorang lelaki berusia 42 tahun.

Letupan dipercayai berpunca daripada tong gas helium.

Address

UTC Ukir Square
Sungai Petani
08000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UTC Sungai Petani posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to UTC Sungai Petani:

Shortcuts

Share