Hospital Sungai Siput Perak - Laman Rasmi

Hospital Sungai Siput Perak - Laman Rasmi Hospital Sungai Siput,
Jalan Felda Lasah,
31100 Sungai Siput (U),
Perak.

29/07/2026
Golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus influenza adalah seperti✅ Kanak-kanak berumur b...
28/07/2026

Golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus influenza adalah seperti

✅ Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun
✅ Wanita hamil
✅ Warga tua 65 tahun ke atas
✅ Pesakit kronik
✅ Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah sama ada akibat penyakit kronik yang dihidapi
✅ Individu obes

Segera dapatkan rawatan jika gejala jangkitan menjadi bertambah teruk.

Influenza adalah sejenis penyakit yang mudah merebak melalui titisan pernafasan.

Amalkan langkah pencegahan berikut bagi mengelakkan jangkitan.

📢 SAMBUTAN HARI HEPATITIS SEDUNIA 2026🗓️ 28 Julai 2026Hepatitis Tidak Menunggu. Jangan Tunggu!Hepatitis ialah keradangan...
28/07/2026

📢 SAMBUTAN HARI HEPATITIS SEDUNIA 2026
🗓️ 28 Julai 2026

Hepatitis Tidak Menunggu. Jangan Tunggu!

Hepatitis ialah keradangan hati yang boleh menyebabkan komplikasi serius jika tidak dikesan dan dirawat lebih awal. Berita baiknya, hepatitis boleh dicegah, dikesan dan dirawat.

Sempena Hari Hepatitis Sedunia, Hospital Sungai Siput menyeru seluruh masyarakat untuk:
✅ Mendapatkan vaksin Hepatitis B (jika layak)
✅ Mengamalkan gaya hidup dan amalan yang selamat
✅ Menjalani saringan awal jika berisiko
✅ Mendapatkan rawatan dan nasihat daripada petugas kesihatan

💚 Lindungi hati, lindungi masa depan.
Bersama kita meningkatkan kesedaran dan berusaha ke arah penghapusan hepatitis.

🌐 Layari portal rasmi Hospital Sungai Siput:
https://jknperak.moh.gov.my/hsgsiput/v2/

28/07/2026

Hari Hepatitis Sedunia disambut pada 28 Julai pada setiap tahun.

Penyakit berkaitan Hepatitis menyebabkan kematian setiap 30 saat. Justeru, usaha pencegahan perlu dipertingkatkan, selain pengukuhan dari segi diagnosis dan rawatan yang lebih baik, demi menyelamatkan nyawa dan meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan.

🇲🇾 KKM sentiasa berusaha ke arah meningkatkan kadar liputan ujian dan rawatan supaya lebih ramai pesakit mendapat akses kepada rawatan awal. Usaha ini selari dengan matlamat eliminasi Hepatitis oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menjelang tahun 2030.

𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗛𝗲𝗽𝗮𝘁𝗶𝘁𝗶𝘀 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮

27/07/2026

Golongan yang berisiko tinggi mendapat komplikasi akibat jangkitan virus influenza adalah seperti

✅ Kanak-kanak berumur bawah 5 tahun
✅ Wanita hamil
✅ Warga tua 65 tahun ke atas
✅ Pesakit kronik
✅ Individu yang mempunyai daya ketahanan badan yang rendah sama ada akibat penyakit kronik yang dihidapi
✅ Individu obes

Segera dapatkan rawatan jika gejala jangkitan menjadi bertambah teruk.

🧠 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑰𝒏𝒊, 𝑴𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝑩𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒆𝒏𝒂𝒍𝒊 𝑺𝒕𝒓𝒐𝒌 𝑬𝒔𝒐𝒌, 𝑴𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝑴𝒖𝒏𝒈𝒌𝒊𝒏 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝑵𝒚𝒂𝒘𝒂Bersempena World Brain Day, Hospital ...
24/07/2026

🧠 𝑯𝒂𝒓𝒊 𝑰𝒏𝒊, 𝑴𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝑩𝒆𝒍𝒂𝒋𝒂𝒓 𝑴𝒆𝒏𝒈𝒆𝒏𝒂𝒍𝒊 𝑺𝒕𝒓𝒐𝒌
𝑬𝒔𝒐𝒌, 𝑴𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝑴𝒖𝒏𝒈𝒌𝒊𝒏 𝑴𝒆𝒏𝒚𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝑵𝒚𝒂𝒘𝒂

Bersempena World Brain Day, Hospital Sungai Siput telah menganjurkan Program Kesihatan Hospital Sungai Siput di Sekolah Kebangsaan Temin dengan jayanya semalam.

Program ini merupakan hasil kerjasama Hospital Sungai Siput, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Kangsar (PKDKK), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Lembaga Pelawat Hospital Kluster Ipoh serta Sekolah Kebangsaan Temin sebagai satu usaha membawa penjagaan kesihatan lebih dekat kepada komuniti.

Fokus utama program adalah meningkatkan kesedaran mengenai strok melalui konsep FAST, iaitu mengenali tanda-tanda awal strok seperti Face Asymmetry, Arm Weakness dan Speech Changes, di samping menekankan kepentingan Time to Call serta tindakan segera mendapatkan bantuan kecemasan.

Semalam, seramai 161 murid Sekolah Kebangsaan Temin berjaya melengkapkan Program FAST Heroes.

Mungkin mereka masih bergelar murid sekolah. Namun hari ini, mereka membawa pulang sesuatu yang jauh lebih berharga daripada sekadar ilmu, iaitu keupayaan mengenali tanda-tanda strok dan bertindak pantas apabila setiap minit menjadi penentu.

Barangkali suatu hari nanti, salah seorang daripada 161 hero cilik ini akan menjadi individu yang menyelamatkan nyawa ahli keluarga, jiran atau sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan. Itulah nilai sebenar pendidikan kesihatan apabila ilmu yang dipelajari hari ini mampu memberi harapan kepada hari esok.

Selain itu, ibu bapa, guru serta warga sekolah turut mengambil peluang menjalani saringan penyakit tidak berjangkit termasuk saringan kanser payu dara dan kanser serviks yang disediakan oleh Klinik Kesihatan Lintang, LPPKN dan Hospital Sungai Siput.

Para peserta juga berpeluang mengikuti taklimat mengenai kepentingan pendidikan bagi murid pendidikan khas yang disampaikan oleh Dr. Nurzamhuda Zamli, Pakar Perubatan Psikiatri dari Hospital Bahagia Ulu Kinta.

Program ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa semangat kerjasama pelbagai pihak. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua petugas daripada setiap agensi yang terlibat, warga Sekolah Kebangsaan Temin yang diketuai oleh Guru Besar Tuan Ahmad Shamsul bin Mat Wasee, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar, serta Lembaga Pelawat Hospital Sungai Siput yang telah memberikan sumbangan kewangan bagi menjayakan program mesra komuniti ini.

Semoga usaha seperti ini terus menyemai budaya masyarakat yang lebih peka terhadap kesihatan, kerana kadangkala ilmu yang dipelajari oleh seorang anak hari ini mampu menjadi asbab seseorang masih berpeluang bersama insan tersayang pada hari esok.


23/07/2026

Dalam bulan merdeka ini, bas Hospital Sungai Siput membawa bendera Malaysia menjelajah ke tempat yang menarik. Hari ini, 23 tanggal bulan Julai 2026, bas HSS telah menjelajah ke Sekolah Kebangsaan Temin membawa kumpulan petugas untuk melaksanakan Program Kesihatan Hospital Sungai Siput yang menyebarkan pendidikan tanda tanda strok dan tindakan susulan; serta saringan kesihatan ke komuniti Hospital Sungai Siput.

Sekiranya kamu nampak bas HSS, sila ambil gambar dan masukkan lokasi.

🇲🇾

KURSUS HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) 🤲🏻Alhamdulillah, telah selesai dilaksanakan Kursus Hospital Mesra Ibadah (HMI) anjura...
23/07/2026

KURSUS HOSPITAL MESRA IBADAH (HMI) 🤲🏻

Alhamdulillah, telah selesai dilaksanakan Kursus Hospital Mesra Ibadah (HMI) anjuran Hospital Mesra Ibadah (HMI) dan BAKIP, Hospital Sungai Siput.

📅 Tarikh: 23 Julai 2026
📍 Tempat: Dewan CME, Hospital Sungai Siput

Kursus ini memberi pendedahan dan perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat berkaitan pelaksanaan konsep Hospital Mesra Ibadah, khususnya dalam memastikan aspek kerohanian dan ibadah pesakit sentiasa diberi perhatian sepanjang tempoh mendapatkan rawatan.

Antara pengisian yang turut diberikan adalah berkaitan pengurusan jenazah, yang merangkumi ilmu dan tatacara pengurusan jenazah dengan penuh tertib, adab serta mengikut tuntutan syarak. Ilmu sebegini amat penting untuk dipelajari sebagai persediaan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab apabila berhadapan dengan kematian.

Semoga segala ilmu, pengalaman dan perkongsian yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan dan diaplikasikan dalam memberikan perkhidmatan yang lebih holistik, prihatin dan berteraskan nilai-nilai Islam kepada para pesakit serta keluarga.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini.

Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi manfaat dan amal jariah buat kita semua. 🤲🏻✨







Address

HOSPITAL SUNGAI SIPUT , Jalan FELDA LASAH
Sungai Siput
31100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sungai Siput Perak - Laman Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category