FB Rasmi Hospital Taiping Perak

Call Directions Website Contact the practice

FB Rasmi Hospital Taiping Perak Hospital Taiping merupakan Hospital Kluster Perak Utara & kedua terbesar di Perak.

Hospital Taiping atau sebelum ini dikenali sebagai Hospital Yong Wah adalah hospital pertama yang ditubuhkan di Malaysia. Terletak di Jalan Taming Sari (Jalan Utama) berhampiran pusat bandar komersial, ia adalah salah satu hospital yang terbesar di Malaysia. Hospital ini adalah secara strategik terletak di 80 km dari Ipoh dan 85 km dari Pulau Pinang yang dapat berkhidmat kepada negeri-negeri utara Malaysia.

Jom sertai Program MyChampion 5km Fun Run & Walk sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2026! πŸƒπŸ»β€β™‚οΈβ€βž‘οΈπŸƒπŸ»β€β™‚οΈβ€βž‘οΈπŸƒπŸ»β€β™‚οΈβ€βž‘οΈJa...
17/09/2026

Jom sertai Program MyChampion 5km Fun Run & Walk sempena Sambutan Hari Diabetes Sedunia 2026! πŸƒπŸ»β€β™‚οΈβ€βž‘οΈπŸƒπŸ»β€β™‚οΈβ€βž‘οΈπŸƒπŸ»β€β™‚οΈβ€βž‘οΈ

Jarak: 5KM

πŸ“…Tarikh: 22 November 2026 (Ahad)
πŸ“Lokasi: Dataran Mbi, Ipoh
⏰Masa: 7.30 Pagi

Mohh komer luangkan masa bersama keluarga, rakan-rakan dan komuniti sambil mengamalkan gaya hidup sihat. Program ini akan diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran tentang diabetes kepada rakyat Malaysia

Penyertaan terbuka kepada semua aktiviti santai dan sihat. Marilah Kita melangkah bersama ke arah masyarakat yang lebih sihat dan aktif.

Daftar sekarang
https://raceroster.com/events/2026/140622/my-champion-5km-fun-run-and-walk-2026

πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π, πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“πŠπ€π πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 ππ„π’π€πŠπˆπ“ πŠπ‘πˆπ“πˆπŠπ€π‹ ππ„πƒπˆπ€π“π‘πˆπŠ & ππ„πŽππ€π“π€π‹ πŸ‘ΆπŸ©ΊSetiap saat amat berma...
17/09/2026

πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπ„π’πˆπ€ππ’πˆπ€π†π€π€π, πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“πŠπ€π πŠπ”π€π‹πˆπ“πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 ππ„π’π€πŠπˆπ“ πŠπ‘πˆπ“πˆπŠπ€π‹ ππ„πƒπˆπ€π“π‘πˆπŠ & ππ„πŽππ€π“π€π‹ πŸ‘ΆπŸ©Ί

Setiap saat amat bermakna dalam pengurusan pesakit kritikal khususnya melibatkan bayi dan kanak-kanak. Justeru, kompetensi, kesiapsiagaan serta keseragaman amalan klinikal perlu sentiasa diperkasa bagi memastikan penjagaan yang selamat dan berkualiti.

Bengkel Penjagaan Pesakit Kritikal Pediatrik dan Neonatal Peringkat Hospital Kluster Perak Utara telah berjaya dilaksanakan pada 8 September 2026 bertempat di Bilik Seminar 1, Blok CSB, Hospital Taiping.

Bengkel anjuran Jabatan Pediatrik & NICU, Hospital Taiping ini melibatkan seramai 29 peserta yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, FMS, Penolong Pegawai Perubatan dan Jururawat dari hospital-hospital dalam Kluster Perak Utara.

Pelbagai pengisian ilmiah dan praktikal telah disediakan bagi memperkukuh pengetahuan serta kemahiran peserta dalam menguruskan kes-kes kritikal pediatrik dan neonatal. Antara topik yang diketengahkan termasuk π‘†π‘Žπ‘“π‘’ π΄π‘–π‘Ÿπ‘€π‘Žπ‘¦ π‘€π‘Žπ‘›π‘Žπ‘”π‘’π‘šπ‘’π‘›π‘‘, π‘‡π‘Ÿπ‘Žπ‘›π‘ π‘π‘œπ‘Ÿπ‘‘π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› π‘œπ‘“ 𝐼𝑙𝑙 πΆβ„Žπ‘–π‘™π‘‘, π‘…π‘’π‘π‘œπ‘”π‘›π‘–π‘‘π‘–π‘œπ‘› & π‘†π‘‘π‘Žπ‘π‘–π‘™π‘–π‘ π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› π‘œπ‘“ πΆπ‘Ÿπ‘–π‘‘π‘–π‘π‘Žπ‘™π‘™π‘¦ 𝐼𝑙𝑙 πΆβ„Žπ‘–π‘™π‘‘ serta π‘π‘’π‘‘π‘Ÿπ‘–π‘‘π‘–π‘œπ‘› 𝑖𝑛 𝐼𝑙𝑙 π‘π‘’π‘œπ‘›π‘Žπ‘‘π‘Žπ‘™ & π‘ƒπ‘Žπ‘’π‘‘π‘–π‘Žπ‘‘π‘Ÿπ‘–π‘ π‘ƒπ‘Žπ‘‘π‘–π‘’π‘›π‘‘π‘ .

Tidak terhad kepada sesi ceramah, peserta turut berpeluang mengaplikasikan pengetahuan melalui π‘†π‘˜π‘–π‘™π‘™ π‘†π‘‘π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘  yang merangkumi pengurusan airway, pengiraan dos ubat, pengangkutan neonat dan kanak-kanak, 𝑓𝑙𝑒𝑖𝑑 π‘β„Žπ‘Žπ‘™π‘™π‘’π‘›π‘”π‘’, pengurusan π‘π‘›π‘’π‘’π‘šπ‘œπ‘‘β„Žπ‘œπ‘Ÿπ‘Žπ‘₯ serta akses π‘–π‘›π‘‘π‘Ÿπ‘Žπ‘œπ‘ π‘ π‘’π‘œπ‘’π‘ .

Turut diberi penekanan ialah prinsip β€œπ‘†π‘‘π‘Žπ‘π‘–π‘™π‘–π‘§π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘› π΅π‘’π‘“π‘œπ‘Ÿπ‘’ π‘‡π‘Ÿπ‘Žπ‘›π‘ π‘“π‘’π‘Ÿβ€ iaitu memastikan pesakit kritikal distabilkan secara optimum sebelum proses rujukan ke PICU/NICU. Pendekatan ini penting dalam memperkukuh aspek keselamatan, kesinambungan serta kualiti penjagaan pesakit sepanjang proses rujukan.

Bengkel ini menjadi platform penting dalam mempertingkatkan kesiapsiagaan pasukan, menyeragamkan amalan klinikal serta memperkukuh kerjasama antara hospital dalam Kluster Perak Utara.

Satu pasukan, satu standard, satu matlamat, bersama memastikan setiap pesakit pediatrik dan neonatal menerima penjagaan yang selamat, cekap dan berkualiti.

Hospital Taiping terus komited memperkasa kompetensi warga kerja dan memperkukuh kecemerlangan perkhidmatan demi keselamatan serta kesejahteraan setiap pesakit.



π‚π€π‡π€π˜π€ π‰πˆππ†π†π€ 𝐇𝐓𝐏𝐆, π’πˆπŒππŽπ‹ πŠπŽπŒπˆπ“πŒπ„π 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π ππ„π’π€πŠπˆπ“ 🧑Sejak malam tadi, Hospital Taiping (HTpg) turut menyin...
17/09/2026

π‚π€π‡π€π˜π€ π‰πˆππ†π†π€ 𝐇𝐓𝐏𝐆, π’πˆπŒππŽπ‹ πŠπŽπŒπˆπ“πŒπ„π 𝐓𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃𝐀𝐏 πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π ππ„π’π€πŠπˆπ“ 🧑

Sejak malam tadi, Hospital Taiping (HTpg) turut menyinari bangunan hospital dengan cahaya jingga sempena Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026.

Tanggal 17 September setiap tahun menjadi ruang untuk kita bersama-sama meningkatkan kesedaran bahawa keselamatan pesakit bukan sekadar satu agenda tetapi merupakan sebahagian daripada setiap langkah dalam penjagaan kesihatan.

Tahun ini, fokus diberikan kepada pengurusan selamat penyakit tidak berjangkit (NCDs) seperti kanser, diabetes dan penyakit kardiovaskular, selaras dengan slogan: β€œSafe Care for Life!” atau Penjagaan Selamat Sepanjang Hayat.

Bagi warga HTpg, cahaya jingga ini menjadi simbol kepada iltizam untuk terus memastikan setiap pesakit menerima penjagaan yang selamat, berkualiti dan berteraskan kesejahteraan mereka kerana setiap pesakit berhak mendapat penjagaan yang selamat.

π‘‡π‘œπ‘”π‘’π‘‘β„Žπ‘’π‘Ÿ π‘“π‘œπ‘Ÿ π‘ƒπ‘Žπ‘‘π‘–π‘’π‘›π‘‘ π‘†π‘Žπ‘“π‘’π‘‘π‘¦! 🀝✨




17/09/2026

πŸ“’πŸ“’ Jangan lupa untuk menyaksikan yang akan membincangkan topik berkenaan β€˜Kesihatan Paru-Paru: Ancaman Ramai Terlepas Pandang’.

Ikuti perkongsian dan kupasan berkenaan kepentingan menjaga kesihatan paru-paru serta aspek penjagaannya.

Tarikh: 17 September 2026 (Khamis) πŸ—“οΈ
Masa: 8.00 malam ⏰
Topik: Kesihatan Paru-Paru: Ancaman Ramai Terlepas Pandang

To reduce exposure to unhealthy air quality, the Ministry of Health recommends that the public practices the following 7...
17/09/2026

To reduce exposure to unhealthy air quality, the Ministry of Health recommends that the public practices the following 7 main prevention steps:

1. Maintain Body Hydration: Ensure you drink enough plain water, at least eight glasses a day to keep your body's systems running smoothly.
2. Limit Outdoor Activities: Reduce physical presence and outdoor activities outside the home or in open areas for now.
3. Use Specific Face Masks: The use of N95 or P100 face masks is highly recommended if outdoor activities cannot be avoided.
4. Maintain Personal Hygiene: Immediately clean your hands and face with soap and clean water after completing outdoor tasks.
5. Control Indoor Air Quality: Ensure the indoor environment at home is always clean. The use of air conditioners and air purifiers is highly recommended.
6. Avoid Additional Pollution: Stop any sources of air pollution at home, especially smoking practices that endanger the lung health of the entire family.
7. Activate Vehicle Internal Air Circulation: While driving, use air conditioners and ensure the internal air circulation (recirculation mode) is activated to prevent smoke from entering from the outside.

If you or your family members experience any symptoms such as persistent coughing, sore throat, itchy eyes, or shortness of breath, seek medical attention at a nearby health facility. Your health is a priority.

Bagi mengurangkan pendedahan kepada kualiti udara yang tidak sihat, KKM menyarankan agar orang ramai mempraktikkan 7 langkah pencegahan utama berikut:

1. Kekalkan Hidrasi Tubuh: Pastikan anda meminum air kosong secukupnya, sekurang-kurangnya lapan gelas sehari bagi kelancaran sistem badan.
2. Hadkan Aktiviti Luar: Kurangkan keberadaan dan aktiviti fizikal di luar rumah atau kawasan terbuka buat masa ini.
3. Gunakan Pelitup Muka Spesifik: Pemakaian penutup muka jenis N95 atau P100 adalah amat digalakkan sekiranya urusan di luar tidak dapat dielakkan.
4. Jaga Kebersihan Diri: Segera bersihkan tangan dan muka menggunakan sabun dan air bersih setiap kali selesai melakukan urusan di luar.
5. Kawal Kualiti Udara Dalaman: Pastikan persekitaran di dalam rumah sentiasa bersih. Penggunaan alat pendingin hawa dan penapis udara adalah amat disarankan.
6. Elakkan Pencemaran Tambahan: Hentikan sebarang sumber pencemaran udara di dalam kediaman, terutamanya amalan merokok yang membahayakan kesihatan paru-paru seisi keluarga.
7. Aktifkan Kitaran Udara Dalaman Kenderaan: Ketika memandu, gunakan pendingin hawa dan pastikan fungsi kitaran udara dalaman (recirculation mode) diaktifkan bagi menghalang asap dari luar menyerap masuk.

Sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami sebarang gejala seperti batuk berterusan, tekak perit, mata pedih, atau sesak nafas, segera dapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berhampiran. Kesihatan anda adalah keutamaan.

16/09/2026

Jumpa esok πŸ˜ƒ

Sebelum datang menderma sila pastikan:
βœ… Bawa kad pengenalan dan buku merah (sekiranya ada)
βœ… Rehat/tidur yang cukup sekurang-kurangnya 5 jam
βœ… Makan sebelum menderma dan minum air secukupnya.

Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua ☺️

π‰πŽπŒ 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐀-π–π€π‘ππˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€! πŸ–οΈπŸŒˆSempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, Jabatan Psikiatri Hospital Taiping menj...
15/09/2026

π‰πŽπŒ 𝐖𝐀𝐑𝐍𝐀-π–π€π‘ππˆ ππ„π‘π’π€πŒπ€! πŸ–οΈπŸŒˆ

Sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, Jabatan Psikiatri Hospital Taiping menjemput anak-anak berusia 5 hingga 12 tahun untuk menyertai Pertandingan Mewarna!

Ayuh tampilkan kreativiti, imaginasi dan hasil seni anda dalam suasana yang ceria serta menyeronokkan mengikut ketetapan berikut:

πŸ“… 17 Oktober 2026 (Sabtu)
πŸ“ Main Atrium, Taiping Sentral Mall
⏰ 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari
πŸ“ Pendaftaran bermula 9.00 pagi

πŸ† Rebut hadiah wang tunai!
πŸ₯‡ RM150 | πŸ₯ˆ RM100 | πŸ₯‰ RM50

🎁 Semua peserta akan menerima sijil penyertaan dan makanan.

πŸ‘§πŸ»πŸ‘¦πŸ» Terhad kepada 100 peserta sahaja!
πŸ’° Yuran penyertaan: RM5

πŸ“² Imbas kod QR pada poster atau daftar secara dalam talian menerusi pautan https://shorturl.at/vkV57

Mari kita warnakan hari ini dengan kreativiti, keceriaan dan mesej positif tentang kesihatan mental selaras dengan tema sambutan iaitu Pengalaman Hidup Didengari: Suara Nyata, Perubahan DirealisasiπŸŒ»πŸ’š

πŸ“ž Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 017-563 3400/ 011-26495027



15/09/2026

π’π„π‹π€πŒπ€π“ π‡π€π‘πˆ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€ πŸπŸŽπŸπŸ” βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ
𝐌𝐚π₯𝐚𝐲𝐬𝐒𝐚 𝐌𝐚𝐝𝐚𝐧𝐒: 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐑𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 πƒπ’π§π’π€π¦πšπ­π’

Selamat menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga kerja Hospital Taiping.

Hari Malaysia menjadi simbol perpaduan, kebersamaan dan semangat kecintaan terhadap negara yang menyatukan kita sebagai satu keluarga Malaysia. Marilah kita terus memelihara keharmonian, saling menghormati serta bersama-sama menyumbang kepada kesejahteraan dan kemajuan negara.

Semoga semangat Malaysia Madani terus subur dalam diri setiap warga seiring dengan usaha membina sebuah negara yang lebih sejahtera, inklusif dan harmoni.

Ikhlas daripada:
Dr. Khuzaini bin Abd Karim
Pengarah Hospital Taiping
serta seluruh warga kerja Hospital Taiping

π’π„πŒπ€ππ†π€π“ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπŠ πƒπˆπ“π„π‘π‰π„πŒπ€π‡πŠπ€π πƒπ€π‹π€πŒ π’π„π“πˆπ€π 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 π’π„π“πˆπ€π 𝐒𝐔𝐃𝐔𝐓 ππ„π‘ππˆπ‚π€π‘π€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 π‚πˆππ“π€ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€.βœ¨οΈπŸ‡²πŸ‡ΎBukan s...
15/09/2026

π’π„πŒπ€ππ†π€π“ ππ€π“π‘πˆπŽπ“πˆπŠ πƒπˆπ“π„π‘π‰π„πŒπ€π‡πŠπ€π πƒπ€π‹π€πŒ π’π„π“πˆπ€π 𝐑𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐀𝐍 π’π„π“πˆπ€π 𝐒𝐔𝐃𝐔𝐓 ππ„π‘ππˆπ‚π€π‘π€ 𝐓𝐄𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆 π‚πˆππ“π€ πŠπ„ππ€πƒπ€ πŒπ€π‹π€π˜π’πˆπ€.βœ¨οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Bukan sekadar menceriakan ruang, tetapi menyemarakkan jiwa patriotik.

Itulah semangat yang dizahirkan warga Hospital Taiping menerusi Pertandingan Keceriaan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 Peringkat Hospital Taiping yang menghimpunkan kreativiti, komitmen dan semangat kebersamaan dalam menyambut bulan penuh bermakna buat seluruh rakyat Malaysia.

Setiap ruang dihias dengan penuh kreativiti, setiap sudut diserikan dengan semangat kemerdekaan dan setiap usaha menjadi cerminan kecintaan terhadap tanah air. Lebih daripada sekadar pertandingan, inisiatif ini menyatukan warga kerja dalam satu semangat meraikan Malaysia, menyemarakkan patriotisme dan memperkukuh rasa kebersamaan.

Sesi penilaian telah dikendalikan oleh barisan juri yang terdiri daripada YBrs. Puan Hafizah binti Ahmad, Timbalan Pengarah (Pengurusan), YBrs. Puan Juwairiyah binti Abd Karim, Penolong Pengarah (Pengurusan) I, YBrs. Dr. Sallehhuddin bin Zabri, Ketua Penolong Pengarah bersama YBrs. Encik Shauhaimi bin Darus dan YBrs. Puan Saleha binti Salleh mewakili pihak KEMASIH, yang komited menilai aspek kreativiti, kekemasan dan keceriaan yang ditampilkan oleh setiap jabatan dan unit yang terlibat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua jabatan dan unit yang terlibat atas komitmen, kreativiti dan kerjasama hebat yang diberikan dalam menjayakan pertandingan ini.

Setiap usaha, sentuhan dan idea yang dizahirkan bukan sahaja menceriakan ruang, malah turut menyemarakkan semangat patriotisme dan rasa kebersamaan dalam kalangan warga Hospital Taiping.

Nantikan pengumuman pemenang Pertandingan Keceriaan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 yang akan diumumkan semasa Perhimpunan Pagi pada 25 September 2026. Kepada semua jabatan dan unit yang telah mengambil bahagian, semoga segala kreativiti, usaha dan semangat yang dicurahkan membuahkan hasil yang terbaik.

Salam Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026!
Malaysia MADANI Kesejahteraan Dinikmati.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Penderma darah yang budiman,Jom luangkan masa dengan hadir menderma darah esok sempe...
15/09/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Penderma darah yang budiman,

Jom luangkan masa dengan hadir menderma darah esok sempena cuti Hari Malaysia dilokasi seperti yang tertera.

Sebelum menderma sila pastikan:
βœ… Bawa kad pengenalan dan buku merah (sekiranya ada)
βœ… Rehat/tidur yang cukup sekurang-kurangnya 5 jam
βœ… Makan sebelum menderma dan minum air secukupnya.
Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua.


Address

Jalan Taming Sari
Taiping
34000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FB Rasmi Hospital Taiping Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to FB Rasmi Hospital Taiping Perak:

Shortcuts

Share

Category