30/10/2023
Malam tu aku dapat satu whatsapp dari Puan Aini (bukan nama sebenar). Seperti biasa setelah butiran mengenai sesi rawatan diberikan, Puan Aini mahu membuat temujanji rawatan bagi pihak suaminya. Ok deal.
Keesokan malam datanglah suami Puan Aini ke tempat rawatan. Suaminya datang berseorangan sahaja. Wajahnya terpinga-pinga. Dia tengok aku pelik, aku lagi la tengok dia pelik. Rupanya Puan Aini buat kejutan untuk suaminya dan kejutan itu pun mengejutkan aku sekali. haha.
Maka berceritalah suami Puan Aini akan keadaan sebenar. Isterinya Puan Aini berniaga atas talian (online). Jadinya secara tak langsung dia COD barang ke pelanggan. Hebatnya suami Puan Aini ini bekerja hakiki sebagai subkontraktor paip Jabatan Air Perak (J*P). Tugas COD p**a hanyalah sampingan bagi membantu isterinya.
Seperti selalu, Puan Aini minta tolong hantarkan barang. Dia bagi alamat tempat rawatan untuk hantar. Barang katanya dah disimpan di dalam dashboard kereta. Si suami pun terus ikut waze ke sini. Bila dibuka dashboard tersebut ada kain pelekat.
Rupanya Puan Aini hadiahkan suaminya slot rawatan setelah sekian lama suaminya sibuk bekerja membanting tulang demi keluarga. Manis amat kan?
Alhamdulillah, aku pun tumpang gembira sebab dapat menyempurnakan hadiah tersebut dengan baik. Respon sesi rawatan dari suami Puan Aini amat memuaskan. Puan Aini juga memberi maklum balas yang amat baik selepas beberapa hari kemudian.
Tak terfikir aku rupanya slot rawatan pun boleh dijadikan hadiah. Bak kata orang sekarang βBahagia cara kitaβ.
Apalagi dah boleh plan untuk buat kejutan kepada yang tersayang. Ameen Terapi sangat berbesar hati untuk memberi kerjasama. Adios~
* 011-2101 9490
Ameen Terapi Saraf