22/05/2026
💖 Semakin Hari, Semakin Sayang. 💖
Di Hampton Court Taiping, kami percaya bahawa setiap warga emas berhak menjalani hari-hari mereka dengan tenang, bermaruah dan bahagia. 🌿
Walaupun uzur.
Walaupun sakit.
Walaupun tidak lagi berdaya seperti dahulu.
Mereka tetap insan yang pernah membesarkan keluarga, berkorban untuk kehidupan dan melalui pelbagai perjalanan hidup.
Sebab itu kami tidak melihat mereka sebagai ‘pesakit’. Kami melihat mereka sebagai insan yang perlu dihormati.
Daripada cara mereka dipanggil, cara makanan dihidangkan, cara caregiver berbicara, hinggalah kepada suasana kampus yang tenang — semuanya dilakukan dengan penuh adab dan kasih sayang.
Kerana bagi kami, penjagaan sebenar bukan sekadar menjaga tubuh.
Tetapi menjaga hati dan maruah seseorang manusia. ✨
📍 Hampton Court Taiping
📞 CM TEH : 014-9233351
”