Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Tampin, Melaka

Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Tampin, Melaka PUSAT RAWATAN PEMULIHAN DADAH DI BAWAH SEKSYEN 6(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1983

21/08/2026

Rasulullah SAW bersabda, β€œTidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada bapanya, anaknya dan seluruh manusia.” β€” Riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Hadis ini mengingatkan kita bahawa kecintaan kepada Rasulullah SAW bukan sekadar ungkapan, tetapi perlu diterjemahkan melalui penghayatan sunnah, akhlak mulia dan kehidupan yang berlandaskan ajaran Baginda.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan meneladani sifat, akhlak dan perjuangan Baginda dalam membentuk masyarakat yang beriman, berakhlak dan saling menyayangi.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Shamsul Anuar Nasarah





20/08/2026
πŸ† KEJOHANAN BADMINTON PUSPEN ZON SELATAN 2026! πŸΈπŸŽ‰Pada 20.0,8.2026 ( Khamis) telah berlangsung pertandingan Kejohanan Bad...
20/08/2026

πŸ† KEJOHANAN BADMINTON PUSPEN ZON SELATAN 2026! πŸΈπŸŽ‰

Pada 20.0,8.2026 ( Khamis) telah berlangsung pertandingan Kejohanan Badminton PUSPEN Zon Selatan 2026 yang telah diadakan di Sport99 Arena, Alor Gajah, Melaka.

Pertandingan tersebut melibatkan penghuni PUSPEN Zon Selatan iaitu PUSPEN Tampin, Tiang Dua, Muar, Jelebu dan Kota Tinggi. PUSPEN Tampin telah menjadi Johan dalam pertandingan tersebut. Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin, kerjasama berpasukan serta komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para peserta sepanjang pertandingan. πŸ’ͺ🏸
Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh YBrs. Dr. Nor Azri b Ahmad Ketua Penolong Pengarah Institusi Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan AADK Ibu Pejabat.

🎯 OBJEKTIF PROGRAM:
β€’ Memupuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan penghuni melalui aktiviti sukan.
β€’ Meningkatkan semangat kerjasama, disiplin dan kesukanan.
β€’ Membina keyakinan diri serta menggalakkan persaingan secara sihat.
β€’ Mengeratkan hubungan silaturahim antara PUSPEN Zon Selatan.
β€’ Menyokong proses pemulihan dan pembangunan sahsiah penghuni melalui aktiviti yang positif dan berstruktur.

Sekali lagi diucapkan, tahniah buat seluruh warga PUSPEN Tampin! πŸ†πŸ‘ dan juga kepada PUSPEN yang turut memenangi tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima.

Bagi pihak Pengurusan PUSPEN Tampin mengucapkan syabas dan tahniah kepada penganjuran, kerjasama dan silaturrahim yang telah wujud sekian lama serta semoga pertandingan sebegini dapat dianjurkan pada masa akan datang.

β€œDARI USAHA LAHIR KEJAYAAN, DARI DISIPLIN TERBINA KEMENANGAN.”







🌟 PROGRAM PRA PENAMATAN PENGHUNI PUSPEN TAMPIN BIL. 3/2026 πŸŒŸπŸ“… Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)πŸ“ Tempat: Dataran N TampinπŸ‘₯ Pes...
19/08/2026

🌟 PROGRAM PRA PENAMATAN PENGHUNI PUSPEN TAMPIN BIL. 3/2026 🌟

πŸ“… Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
πŸ“ Tempat: Dataran N Tampin
πŸ‘₯ Peserta: 30 orang penghuni PUSPEN Tampin
🏒 Anjuran: Unit Pemulihan, PUSPEN Tampin

Program Pra Penamatan Penghuni PUSPEN Tampin Bil. 3/2026 telah dilaksanakan sebagai salah satu usaha persediaan kepada penghuni yang bakal menamatkan tempoh pemulihan. Program ini memberi penekanan kepada aspek kesiapsiagaan diri, keyakinan serta persediaan untuk kembali menjalani kehidupan bersama keluarga dan komuniti.

🎯 Objektif Program:

1. Memberikan persediaan mental dan emosi kepada penghuni sebelum kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat.
2. Meningkatkan keyakinan diri serta motivasi penghuni untuk meneruskan kehidupan yang lebih positif selepas tamat program pemulihan.
3. Membimbing penghuni agar mampu membuat perancangan kehidupan yang sihat, teratur dan bebas daripada pengaruh negatif.
4. Memupuk kesedaran tentang kepentingan sokongan keluarga dan komuniti dalam mengekalkan pemulihan.
5. Mengukuhkan semangat serta komitmen penghuni untuk mengekalkan gaya hidup bebas dadah dan menjadi anggota masyarakat yang produktif.

✨ Program ini diharapkan dapat menjadi satu langkah penting dalam mempersiapkan penghuni menghadapi fasa kehidupan seterusnya dengan lebih yakin, positif dan bertanggungjawab.

πŸ’™ β€œPemulihan Diri, Kembali Bererti”






14/08/2026

"Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda;
"Lihatlah orang yang berada di bawahmu dan jangan melihat orang yang berada di atasmu kerana yang demikian lebih patut agar kamu tidak memandang remeh nikmat yang Allah SWT telah berikan."

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ini mendidik kita agar menjauhi sifat membandingkan diri dengan mereka yang lebih berada sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati, iri hati atau keluh kesah.

Sebaliknya, Islam mengajar kita untuk mensyukuri rezeki yang ada, menghargai setiap nikmat serta memupuk sifat qanaah dan rendah hati dalam kehidupan seharian.

Semoga Warkah Ilmu ini menjadi peringatan buat kita semua untuk terus memperkukuh nilai kesyukuran, memperbaiki akhlak serta mendidik diri dan keluarga ke arah kehidupan yang lebih sejahtera, bermakna dan diberkati.

09/08/2026

🌟 KURSUS PENGUKUHAN DAN KECEMERLANGAN PASUKAN PUSPEN TAMPIN TAHUN 2026 🌟

7 – 8 Ogos 2026 | A’famosa Resort, Melaka

PUSPEN Tampin telah melaksanakan Kursus Pengukuhan Dan Kecemerlangan Pasukan PUSPEN Tampin Tahun 2026 yang melibatkan warga kerja daripada pelbagai unit dalam usaha memperkukuh semangat berpasukan serta meningkatkan kerjasama antara warga kerja.

Kursus ini menjadi platform untuk memperkasakan pasukan dengan semangat yang tinggi, mempererat hubungan silaturahim, membina komunikasi yang lebih berkesan dan mengukuhkan kerjasama dalam kalangan warga PUSPEN Tampin. Melalui penglibatan bersama dalam aktiviti yang dirancang, warga kerja dapat membina keyakinan, persefahaman serta semangat kekitaan yang lebih kukuh dan cemerlang.

🎯 OBJEKTIF KURSUS:

1. Memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga PUSPEN Tampin.
2. Meningkatkan kerjasama dan komunikasi yang berkesan antara warga kerja daripada pelbagai unit.
3. Membina hubungan kerja yang lebih harmoni, positif dan saling menyokong.
4. Meningkatkan keyakinan, kepimpinan serta keupayaan warga kerja dalam melaksanakan tanggungjawab.
5. Memupuk semangat kekitaan dan kesepaduan dalam mencapai matlamat organisasi.
6. Mewujudkan warga kerja yang lebih berdaya saing, profesional dan komited terhadap tugas.

πŸ’ͺ β€œBersatu Hati, Kukuh Pasukan, Cemerlang Organisasi.”

Semoga kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta serta menjadi pemangkin kepada pembentukan pasukan PUSPEN Tampin yang lebih mantap, profesional dan berintegriti.

PUSPEN TAMPIN – BERSAMA MEMBINA KECEMERLANGAN πŸ‡²πŸ‡Ύ






🌟 KURSUS PENGUKUHAN  DAN KECEMERLANGAN PASUKAN PUSPEN TAMPIN TAHUN 2026 🌟 7 – 8 Ogos 2026 | A’famosa Resort, MelakaPUSPE...
09/08/2026

🌟 KURSUS PENGUKUHAN DAN KECEMERLANGAN PASUKAN PUSPEN TAMPIN TAHUN 2026 🌟

7 – 8 Ogos 2026 | A’famosa Resort, Melaka

PUSPEN Tampin telah melaksanakan Kursus Pengukuhan Dan Kecemerlangan Pasukan PUSPEN Tampin Tahun 2026 yang melibatkan warga kerja daripada pelbagai unit dalam usaha memperkukuh semangat berpasukan serta meningkatkan kerjasama antara warga kerja.

Kursus ini menjadi platform untuk memperkasakan pasukan dengan semangat yang tinggi, mempererat hubungan silaturahim, membina komunikasi yang lebih berkesan dan mengukuhkan kerjasama dalam kalangan warga PUSPEN Tampin. Melalui penglibatan bersama dalam aktiviti yang dirancang, warga kerja dapat membina keyakinan, persefahaman serta semangat kekitaan yang lebih kukuh dan cemerlang.

🎯 OBJEKTIF KURSUS:

1. Memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga PUSPEN Tampin.
2. Meningkatkan kerjasama dan komunikasi yang berkesan antara warga kerja daripada pelbagai unit.
3. Membina hubungan kerja yang lebih harmoni, positif dan saling menyokong.
4. Meningkatkan keyakinan, kepimpinan serta keupayaan warga kerja dalam melaksanakan tanggungjawab.
5. Memupuk semangat kekitaan dan kesepaduan dalam mencapai matlamat organisasi.
6. Mewujudkan warga kerja yang lebih berdaya saing, profesional dan komited terhadap tugas.

πŸ’ͺ β€œBersatu Hati, Kukuh Pasukan, Cemerlang Organisasi.”

Semoga kursus ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta serta menjadi pemangkin kepada pembentukan pasukan PUSPEN Tampin yang lebih mantap, profesional dan berintegriti.

PUSPEN TAMPIN – BERSAMA MEMBINA KECEMERLANGAN πŸ‡²πŸ‡Ύ






PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ PERINGKAT PUSPEN TAMPIN3 Ogos 2026 | Isnin | 8.00 pagiπŸ“ Dataran Kawad - Pihak PUSPEN...
03/08/2026

PELUNCURAN BULAN KEMERDEKAAN 2026πŸ‡²πŸ‡Ύ PERINGKAT PUSPEN TAMPIN

3 Ogos 2026 | Isnin | 8.00 pagi
πŸ“ Dataran Kawad - Pihak PUSPEN Tampin telah mengadakan Peluncuran Bulan Kemerdekaan 2026 yang disempurnakan oleh Pengarah PUSPEN Tampin, Dr. Uthayasooria A/L Shanmugan.

Program tersebut dilaksanakan bertujuan memupuk semangat patriotism serta meningkatkan rasa cinta akan negara dalam kalangan warga kerja dan penghuni PUSPEN Tampin serta menyemarakkan semangat pemulihan dalam kalangan penghuni dengan menerapkan nilai cintakan negara, jati diri dan keazaman untuk berubah kearah kehidupan yang lebih baik.

Di samping itu juga, Majlis turut diserikan dengan penyampaian Sijil Pekerja Cemerlang sebagai tanda penghargaan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang, dedikasi serta komitmen tinggi dalam menjalankan tugas.

Majlis diteruskan dengan gimik perasmian dan persembahan kemerdekaan yang menyemarakkan semangat patriotisme, perpaduan dan rasa cinta kepada negara dalam kalangan warga dan penghuni PUSPEN Tampin.

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah serta seluruh jawatankuasa yang telah menjayakan program ini. Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi agama, bangsa dan negara.

🎯 Objektif Program
1) Menyampaikan amanat dan hala tuju organisasi kepada seluruh warga PUSPEN Tampin.
2) Memberikan pengiktirafan kepada pegawai dan kakitangan yang menunjukkan prestasi kerja cemerlang.
3) Menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan serta memupuk semangat patriotisme dan cintakan negara.
4) Mengukuhkan semangat perpaduan, kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan warga PUSPEN Tampin.
5) Meningkatkan motivasi warga kerja agar terus memberikan perkhidmatan yang berkualiti, berintegriti dan profesional.

"Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, Bersama Membina Negara."
πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Bulan Kebangsaan 2026

πŸ“Œ PROGRAM DAN LAWATAN DOKTOR KESIHATAN AWAM Universiti Putra Malaysia ( UPM) KE PUSPEN TAMPIN, MELAKAPada 28.07.2026 (Se...
28/07/2026

πŸ“Œ PROGRAM DAN LAWATAN DOKTOR KESIHATAN AWAM Universiti Putra Malaysia ( UPM) KE PUSPEN TAMPIN, MELAKA

Pada 28.07.2026 (Selasa) PUSPEN Tampin telah menerima kunjungan hormat daripada para doktor Kesihatan Awam, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi mengadakan lawatan akademik, sesi perkongsian ilmu serta perbincangan profesional berkaitan pelaksanaan program rawatan, perubatan dan pemulihan serta impak kesejahteraan penghuni.

Lawatan ini menjadi platform yang amat bermakna dalam memperkukuhkan hubungan strategik antara institusi akademik dan PUSPEN Tampin, di samping membuka ruang kepada bertukar pandangan, pengalaman serta amalan terbaik dalam bidang kesihatan awam dan rawatan, pemulihan penagihan dadah.

Objektif lawatan:
βœ… Memperkukuhkan kerjasama strategik antara PUSPEN Tampin dan Universiti Putra Malaysia (UPM).
βœ… Berkongsi kepakaran serta pengetahuan terkini dalam bidang perubatan, kesihatan dan pemulihan.
βœ… Meninjau pelaksanaan program dan aktiviti rawatan dan rehabilitasi yang dijalankan di PUSPEN Tampin.
βœ… Mencadangkan penambahbaikan berasaskan bukti dan penyelidikan bagi meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pemulihan.
βœ… Memupuk jaringan profesional demi meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada penghuni PUSPEN.

Semoga lawatan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat serta memberi manfaat dalam usaha melahirkan perkhidmatan pemulihan yang lebih berkualiti, berkesan dan holistik.

24/07/2026

Firman Allah SWT dalam Surah Al-Ma'idah ayat 2 mengingatkan umat Islam agar saling membantu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan, serta menjauhi segala bentuk perbuatan yang membawa kepada dosa dan kemudaratan.

Penyalahgunaan dadah bukan sahaja memusnahkan masa depan individu, malah memberi kesan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

Justeru, marilah kita bersama-sama memperkukuh budaya saling menyokong, menasihati dan membantu mereka yang memerlukan agar bebas daripada ancaman dadah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah

Address

PUSPEN
Tampin
73000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6064411922

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Tampin, Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share