Hospital Tanah Merah - RASMI

Directions Website Contact the practice

Hospital Tanah Merah - RASMI Facebook rasmi Hospital Tanah Merah Ini adalah Laman Rasmi Facebook bagi Hospital Tanah Merah.

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐐𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐀𝐒𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 (𝐐𝐀𝐏) 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋. 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔Hospital Tanah Merah telah menganjurkan Bengke...
04/11/2026

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐐𝐔𝐀𝐋𝐈𝐓𝐘 𝐀𝐒𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄 (𝐐𝐀𝐏) 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐋. 𝟑/𝟐𝟎𝟐𝟔

Hospital Tanah Merah telah menganjurkan Bengkel Quality Assurance Programme (QAP) Bil. 3/2026 pada 3 hingga 4 November 2026 bertempat di Bilik Seminar 1 dan 2, Kompleks Emerald, Hospital Tanah Merah.

Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 26 orang anggota daripada beberapa jabatan dan unit, antaranya Jabatan Kecemasan, Jabatan Ortopedik, Jabatan Otorinolaringologi, Kompleks Klinik Pakar (Sapphire) serta Jabatan Dietetik dan Sajian.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta telah melaksanakan kerja secara berkump**an dan sesi pembentangan projek bagi membincangkan serta memperkukuh pelaksanaan inisiatif peningkatan kualiti perkhidmatan hospital.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menyemarakkan budaya penambahbaikan berterusan, memperkukuh kerjasama antara jabatan serta meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kesihatan demi memberikan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada pesakit.







𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐓𝐎𝐏 𝐂𝐑𝐈𝐒𝐈𝐒 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 (𝐎𝐒𝐂𝐂) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇Hospital Tanah Merah melalui Jabatan Kecemasan dan Tr...
04/11/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐓𝐎𝐏 𝐂𝐑𝐈𝐒𝐈𝐒 𝐂𝐄𝐍𝐓𝐑𝐄 (𝐎𝐒𝐂𝐂) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇

Hospital Tanah Merah melalui Jabatan Kecemasan dan Trauma telah menganjurkan Kursus One Stop Crisis Centre (OSCC) Peringkat Hospital Tanah Merah pada 4 November 2026 bertempat di Dewan Mas Merah.

Kursus sehari ini menghimpunkan penceramah daripada pelbagai agensi dan bidang kepakaran bagi berkongsi pengetahuan serta pengalaman berkaitan pengurusan kes OSCC secara bersepadu.

Antara topik yang diketengahkan merangkumi pengenalan OSCC, penilaian dan pengurusan emosi kes, pengurusan kes di peringkat kesihatan primer, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta sesi pendakwaan.

Perkongsian turut melibatkan kepakaran daripada Hospital Tanah Merah, Klinik Kesihatan Pengkalan Kubur, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Unit Pendakwaan. Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman, memperkukuh koordinasi antara agensi serta memantapkan pendekatan pengurusan kes OSCC agar setiap kes dapat dikendalikan dengan lebih teratur, profesional dan menyeluruh.






  bermula hari ini!Terdapat pelbagai jenis kesan sampinganubat yang boleh berlaku. Walau apa juabentuk atau bagaimana ia...
02/11/2026

bermula hari ini!
Terdapat pelbagai jenis kesan sampingan
ubat yang boleh berlaku. Walau apa jua
bentuk atau bagaimana ia berlaku, jangan
abaikan kesan sampingan.

Ketahui cara mengenal pasti kesan
sampingan dan cara melaporkannya kepada
anggota kesihatan atau layar iwww.npra.gov.my untuk
ubat anda hari ini!

Jangan abaikan. Laporkan. Bersama- sama kita jadikan ubat lebih selamat untuk semua.






𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐈𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇Hospital Tanah Merah telah meneri...
02/11/2026

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐋𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐑𝐈𝐒𝐈𝐊𝐎 𝐒𝐈𝐒𝐓𝐄𝐌 𝐊𝐄𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐅𝐀𝐒𝐈𝐋𝐈𝐓𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇

Hospital Tanah Merah telah menerima lawatan daripada Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi melaksanakan Penilaian Risiko Sistem Kejuruteraan Fasiliti Kesihatan pada 28 hingga 29 Oktober 2026.

Lawatan selama dua hari ini memberi tumpuan kepada pemeriksaan dan penilaian aspek keselamatan serta risiko berkaitan sistem kejuruteraan hospital, khususnya di Jabatan Kecemasan dan Trauma serta bilik-bilik loji (Plant Room) yang terdapat di sekitar kawasan hospital.

Penilaian ini bertujuan mengenal pasti potensi risiko yang boleh menjejaskan operasi sistem kejuruteraan, di samping menilai tahap kesiapsiagaan dan keupayaan fasiliti dalam memastikan persekitaran hospital sentiasa selamat serta berfungsi secara optimum.

Lawatan ini melibatkan pegawai-pegawai Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM, wakil Unit Kejuruteraan Hospital Tanah Merah, Unit Kejuruteraan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan serta pihak SGM Radicare, termasuk Pengurus Fasiliti dan kakitangan Radicare Tanah Merah serta Pejabat Region Kota Bharu.

Turut hadir ialah Ts. Ahmad bin Sari, Pn. Siti Hamidah Mohammad Hairi, Ir. Asmee dan En. Mohd Firman Haqeem daripada BPKJ; En. Aizad (Kejuruteraan JKNK); En. Mohd Pikri (SGM Radicare) serta En. Haffiz (Pengurus Fasiliti).

Diharapkan penilaian ini dapat membantu memperkukuh aspek pengurusan risiko, keselamatan dan penyelenggaraan sistem kejuruteraan hospital demi memastikan kesinambungan operasi fasiliti serta penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.






🌷 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 1 Nov 2026 - Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih k...
01/11/2026

🌷 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍

1 Nov 2026 - Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Pembantu Perawatan Kesihatan atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi dalam memberikan perkhidmatan penjagaan serta sokongan kepada pesakit.

Peranan anda amat bermakna dalam memastikan keselesaan, kebajikan dan kesejahteraan pesakit sentiasa terpelihara.

Teruskan berkhidmat dengan penuh keikhlasan, kesabaran dan kasih sayang.

“Jasa Dikenang, Pengorbanan Dihargai.”

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja Hospital Tanah Merah




𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐒 𝐑𝐎𝐒𝐋𝐈𝐃𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐃𝐄𝐏𝐀𝐑𝐓𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇31 Oktober 2026 – Gelanggang futsal NFF Tanah Me...
31/10/2026

𝐊𝐄𝐉𝐎𝐇𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐅𝐔𝐓𝐒𝐀𝐋 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐒 𝐑𝐎𝐒𝐋𝐈𝐃𝐀 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐃𝐄𝐏𝐀𝐑𝐓𝐌𝐄𝐍𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇

31 Oktober 2026 – Gelanggang futsal NFF Tanah Merah hari ini menyaksikan kemeriahan Kejohanan Futsal Piala Miss Roslida Interdepartment Hospital Tanah Merah anjuran Jabatan Ortopedik yang bermula seawal jam 8.00 pagi.

Kejohanan telah dirasmikan oleh YBrs. Miss (Dr) Roslida binti Awang, Pakar Ortopedik HTM. Hadir sama YBrs, Mr (Dr) Irwan Bin Ariffin, Ketua Jabatan Orthopedik.

Sebanyak 13 pasukan daripada pelbagai jabatan dan unit telah mengambil bahagian, menyaksikan persaingan sengit dalam suasana penuh semangat, kesukanan dan kerjasama berpasukan.

🏆 KEPUTUSAN KEJOHANAN 👏🏻👏🏻

🥇 Johan: Team Orthopedik

- Piala
- Medal
- Wang tunai RM500

🥈 Naib Johan: Team Keselamatan

- Medal
- Wang tunai RM200

🥉 Tempat Ketiga: Team Anaestesiologi

- Medal
- Wang tunai RM100

⭐ ANUGERAH KHAS PEMAIN 👏🏻👏🏻

- Pemain Terbaik: Muhamad Azuan bin Hasbullah (Keselamatan)
- Penjaring Terbanyak: Dr. Hafiz (Orthopedik)
- Penjaga Gol Terbaik: Dr. Taufiq (Orthopedik)

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YBrs. Miss (Dr) Roslida binti Awang bersama wakil Mahsari Group selaku penaja kejohanan.

Tahniah diucapkan kepada Team Orthopedik atas kejayaan merangkul gelaran juara serta kepada semua penerima anugerah dan pasukan yang telah memberikan saingan terbaik sepanjang kejohanan.

Syabas dan terima kasih juga kepada Jabatan Ortopedik, pihak penaja serta seluruh urus setia atas usaha dan kerjasama dalam menjayakan program ini.

Semoga kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan mencungkil bakat dan mengetengahkan potensi sukan warga hospital, malah terus menyemai semangat kebersamaan, mempererat hubungan antara jabatan serta mewujudkan suasana kerja yang lebih harmoni.

Tahniah kepada semua! Semangat kesukanan, ukhuwah dan kebersamaan warga HTM!







𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐌𝐎𝐃𝐔𝐋 𝟐 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐏𝐏𝐊) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐊𝐋𝐔𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 ...
29/10/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐌𝐎𝐃𝐔𝐋 𝟐 𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 (𝐏𝐏𝐊) 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐊𝐋𝐔𝐒𝐓𝐄𝐑 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟔

📅 29 Oktober 2026 (Khamis)
⏰ 8.00 pagi – 5.00 petang
📍 Bilik Seminar 1 dan 2 (Emerald), Hospital Tanah Merah

Unit Penyeliaan Hospital Tanah Merah (HTM) telah menganjurkan Kursus Modul 2 Latihan Perawatan Kesihatan Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Peringkat Hospital Kluster Kelantan Barat Siri 2/2026 bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi PPK dalam memberikan perawatan yang berkualiti, selamat dan berorientasikan pesakit.

Kursus ini merangkumi sesi pengendalian modul latihan dan pengurusan latihan, semakan prosedur serta buku rekod praktis Modul 2, di samping pengukuhan kemahiran berkaitan sistem sirkulasi, sistem saraf berpusat, sistem penghadaman dan sistem kardiovaskular. Sesi praktikal turut diadakan mengikut kump**an bagi memberi peluang kepada peserta memperkukuh kefahaman dan kemahiran dalam pelaksanaan prosedur perawatan.

Kursus ini dikendalikan oleh barisan penceramah yang berpengalaman, iaitu:

🔹 En. Mohd Zamani bin Hj. Mat Noh – Penolonv Pegawai Perubatan (PPP) Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK)

🔹 Pn. Zarina Sameehah binti Satiman – Ketua Jururawat JKNK

🔹 En. Ahmad Martunis bin Daud – PPP, JKNK

🔹 Pn. Wan Nazirah binti Wan Abdullah – Ketua Jururawat Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)

Sesi praktikal p**a dibimbing oleh fasilitator Local Preceptor mengikut kump**an bagi memastikan peserta mendapat bimbingan yang bersesuaian.

Semoga kursus ini dapat memperkukuh kompetensi PPK serta menyemai nilai tanggungjawab, ketelitian dan kerja berpasukan dalam memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat.







𝐒𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇29 Oktober 2026- Se...
29/10/2026

𝐒𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐇

29 Oktober 2026- Sekitar pelaksanaan saringan kesihatan mata anjuran Jabatan Oftalmologi, Hospital Tanah Merah (HTM) khusus untuk kakitangan HTM yang berlangsung di Dewan Mas Merah, selepas selesai sesi Continuing Medical Education (CME).

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Irwan bin Ariffin, Pengerusi MDAC. Turut hadir ialah YBrs. Dr. Ameilia binti Ahmad, Ketua Jabatan Oftalmologi HTM.

Program ini merupakan salah satu usaha meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan mata serta menggalakkan pengesanan awal masalah penglihatan dalam kalangan kakitangan hospital.

👏 Syabas dan tahniah kepada Jabatan Oftalmologi HTM atas penganjuran saringan kesihatan mata ini. Semoga inisiatif seumpama ini terus menyemarakkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan mata demi kesejahteraan bersama.

💚 Mata Sihat, Penglihatan Terpelihara.




,




𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐁𝐀𝐒𝐈𝐂 𝐋𝐈𝐅𝐄 𝐒𝐔𝐏𝐏𝐎𝐑𝐓 (𝐁𝐋𝐒) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍 & 𝐓𝐑𝐀𝐔𝐌𝐀, 𝐇𝐓𝐌📅 28 Oktober 2026📍 Dewan Mas Me...
28/10/2026

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐁𝐀𝐒𝐈𝐂 𝐋𝐈𝐅𝐄 𝐒𝐔𝐏𝐏𝐎𝐑𝐓 (𝐁𝐋𝐒) 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍 & 𝐓𝐑𝐀𝐔𝐌𝐀, 𝐇𝐓𝐌

📅 28 Oktober 2026
📍 Dewan Mas Merah, Hospital Tanah Merah

Telah berlangsung Kursus Basic Life Support (BLS) Siri 5 Tahun 2026 anjuran Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Tanah Merah (HTM), bertempat di Dewan Mas Merah.

Kursus ini melibatkan penyertaan seramai 25 orang kakitangan HTM daripada kalangan bukan klinikal dengan bimbingan lima orang fasilitator daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma. Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas peserta dalam memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa yang mengalami situasi seperti tercekik, lemas dan serangan jantung.

Sepanjang kursus, peserta didedahkan kepada asas bantuan sokongan hayat, termasuk resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang melibatkan tekanan dada dan bantuan pernafasan bagi membantu mengekalkan peredaran darah serta bekalan oksigen sementara menunggu bantuan perubatan kecemasan.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Jabatan Kecemasan dan Trauma, khususnya YBrs. Dr. Amiruddin Fairuz bin Mamat, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, selaku peneraju penganjuran kursus ini, serta semua fasilitator dan peserta yang telah menjayakannya.

Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam usaha membudayakan keselamatan, meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi kecemasan dan seterusnya menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti demi kesejahteraan pesakit.

Bersama-sama membudayakan keselamatan demi memberikan pengalaman terbaik kepada pesakit.






24/10/2026

Address

HOSPITAL TANAH MERAH
Tanah Merah
17500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Tanah Merah - RASMI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Tanah Merah - RASMI:

Shortcuts

Share