18/08/2026
πππππππ ππππ ππππ & ππππ ππππππ πππππππππ πππ πππππ πππππ
TANAH MERAH, 18 Ogos 2026 β Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah telah mengadakan General Roll Call dan Sesi Dialog Peringkat IPD Tanah Merahbertempat di Dewan IPD Tanah Merah.
Program telah dipengerusikan oleh ππ«π― πΊπππ. π΄πππ
π―πππ πππ π―ππππππππ, π²ππππ π·ππππ π«πππππ π»ππππ π΄ππππ, dan turut dihadiri ππ«π― π«πΊπ· πππππ πππ π΄πππππππ @ π«πππππ, π»πππππππ π²ππππ π·ππππ π«πππππ π»ππππ π΄ππππ Ketua-Ketua Bahagian, Pegawai-Pegawai Kanan, Ketua-Ketua Polis Balai, Ketua-Ketua Cawangan, anggota pangkat rendah serta pegawai awam IPD Tanah Merah.
Dalam amanatnya, YDH Ketua Polis Daerah menekankan kepentingan amanah, integriti, disiplin dan penampilan diri dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab sebagai warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Warga pasukan turut diingatkan supaya sentiasa menjaga tingkah laku dan tatakelakuan serta mengelakkan sebarang perbuatan adu domba yang boleh menjejaskan keharmonian dan hubungan sesama anggota.
Selain itu, aspek kerjasama dan semangat berpasukan turut diberi penekanan bagi memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan berkesan demi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Sesi dialog turut memberi ruang kepada warga IPD Tanah Merah untuk membangkitkan beberapa isu berkaitan kemudahan, logistik, kenderaan dan kebajikan anggota.
Kesemua isu yang dibangkitkan akan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak KBLOG dan pengurusan IPD Tanah Merah untuk tindakan dan penyelesaian mengikut keutamaan serta peraturan yang ditetapkan.
Penganjuran sesi dialog ini mencerminkan komitmen pihak pengurusan IPD Tanah Merah dalam memastikan kebajikan warga pasukan, keperluan logistik serta persekitaran tempat kerja sentiasa diberi perhatian, di samping memperkukuhkan komunikasi dua hala antara pihak pengurusan dan warga kerja.