Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur

Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur Tujuan facebook Hospital Sultanah Hajjah Kalsom diwujudkan adalah untuk memaklumkan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan di Hospital ini.

Pautan ke Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia - https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia


Pautan ke Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - https://www.facebook.com/jknphg

Satu Bengkel QA & Bengkel Audit Klinikal anjuran Unit Kualiti Hospital Sultanah Hajjah Kalsom telah diadakan pada 20 - 2...
21/05/2026

Satu Bengkel QA & Bengkel Audit Klinikal anjuran Unit Kualiti Hospital Sultanah Hajjah Kalsom telah diadakan pada 20 - 21 Mei 2026 bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan memenuhi standard yang telah ditetapkan.

Dr. Mohd Aziz Bin Husni, Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan Gred Khas B, Jabatan Oftalmologi, Hospital Tengku Ampuan Afzan merupakan penceramah jemputan bagi Bengkel Audit Klinikal dan Pn. Noor Mariati Binti Othman, Pegawai Farmasi UF14, Hospital Jengka Official yang merupakan penceramah jemputan bagi bengkel QA.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

21 Mei 2026 - Satu lawatan dan sumbangan bakul makanan telah diagihkan oleh Persatuan Sepakat Muhibbah Cameron Highlands...
21/05/2026

21 Mei 2026 - Satu lawatan dan sumbangan bakul makanan telah diagihkan oleh Persatuan Sepakat Muhibbah Cameron Highlands (PAWE) kepada pesakit-pesakit di wad-wad,Unit Hemodialisis dan ahli PAWE yang terpilih. Sumbangan di ketuai oleh Encik R. Nanchappan A/L Rajagopal dan beberapa wakil Ahli Jawatankuasa Persatuan Sepakat Muhibbah Cameron Highlands. Semoga dengan sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban pesakit dalam menjalani kehidupan seharian.

Satu Program Derma Darah anjuran bersama Tabung Darah Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Higlands dan Cameron High...
15/05/2026

Satu Program Derma Darah anjuran bersama Tabung Darah Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Higlands dan Cameron Highlands Chinese Methodist Church akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : 16 Mei 2026 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tempat : Chinese Methodist Church, Royal Lily

Semua yang berkelapangan di jemput hadir.



https://www.facebook.com/share/p/1EPg5CHT3A/

15 Mei 2026 - Satu perhimpunan bagi bulan Mei 2026 anjuran Wad Bersalin sempena Hari Pekerja 2026 dan Hari Jururawat Sed...
15/05/2026

15 Mei 2026 - Satu perhimpunan bagi bulan Mei 2026 anjuran Wad Bersalin sempena Hari Pekerja 2026 dan Hari Jururawat Sedunia 2026 yang bertemakan "Menghargai Warga Pekerja, Meraikan Jiwa Penjaga" telah berlangsung di Dewan CME. Satu tayangan video sempena Hari Pekerja 2026 dan Hari Jururawat Sedunia 2026 yang bertajuk "Apa Sebab Mereka Tak Berjaya Dalam Hidup" dan pengenalan kakitangan baru bertugas turut dijalankan.

13/05/2026

Ingat adik-adik, setiap hari kita kena minum 6 ke 8 gelas air kosong 💧

12 Mei 2026 - Sambutan Hari Jururawat peringkat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom telah disambut dengan meriahnya. Tema sa...
13/05/2026

12 Mei 2026 - Sambutan Hari Jururawat peringkat Hospital Sultanah Hajjah Kalsom telah disambut dengan meriahnya. Tema sambutan pada tahun ini amat bermakna buat seluruh warga kejururawatan kerana ia menggambarkan komitmen, pengorbanan dan ketabahan jururawat dalam memastikan kesejahteraan pesakit sentiasa menjadi keutamaan.

Profesion jururawat bukan sekadar satu pekerjaan, tetapi merupakan satu amanah yang menuntut keikhlasan, kesabaran dan kekuatan emosi yang tinggi. Di sebalik senyuman yang mereka hulurkan kepada pesakit, tersimpan pelbagai cabaran yang ditempuhi saban hari — bekerja mengikut syif, berjauhan daripada keluarga ketika bertugas, menghadapi tekanan kerja, dan dalam masa yang sama tetap memberikan layanan terbaik kepada masyarakat.
Kekuatan sebenar seorang jururawat terletak pada nilai kasih sayang, semangat kerja berpasukan dan keikhlasan dalam berkhidmat. Kerana itu, jururawat sentiasa menjadi insan yang dekat di hati pesakit — hadir ketika mereka memerlukan sokongan, ketenangan dan harapan.

Kepada semua jururawat, Selamat Hari Jururawat 2026. Teruslah menjadi insan yang cekal, berdedikasi dan berjiwa besar dalam menjalankan amanah. Semoga segala pengorbanan dan jasa kalian sentiasa dihargai dan diberkati.

“Jururawat bukan sekadar merawat penyakit, tetapi turut menyentuh kehidupan dan memberi harapan.”

11/05/2026

🦟Denggi merupakan penyakit yang disebarkan melalui nyamuk Aedes yang boleh memindahkan virus daripada satu individu kepada individu yang lain. Demam Denggi boleh mengakibatkan kematian.

📍Oleh itu, orang ramai perlu mengambil langkah pencegahan dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes demi mengekang penularan denggi.
Ambil tindakan pencegahan proaktif bagi melindungi diri, keluarga dan komuniti dari ancaman demam denggi.

Ambil peduli, nyamuk Aedes tidak mengenal mangsa.

Methadone merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan ketagihan opioid. Dos methadone ditentukan secara khusus berdasark...
06/05/2026

Methadone merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan ketagihan opioid. Dos methadone ditentukan secara khusus berdasarkan keperluan dan keadaan setiap pesakit.

Namun begitu, dos yang sesuai untuk seorang pesakit boleh menyebabkan kesan mudarat yang serius kepada individu lain, terutamanya kanak-kanak, jika diambil tanpa pengawasan.

📌 Pastikan ubat sentiasa disimpan dengan betul dan di tempat yang selamat.
🔎 Sentiasa baca serta fahami label ubat sebelum mengambil sebarang ubat.

30/04/2026
Hospital Sultanah Hajjah Kalsom melakar kecemerlangan apabila sekali lagi diiktiraf atas pencapaian 3-Star Energy Manage...
28/04/2026

Hospital Sultanah Hajjah Kalsom melakar kecemerlangan apabila sekali lagi diiktiraf atas pencapaian 3-Star Energy Management Gold Standard (EMGS) di bawah Asean Energy Management Scheme (AEMAS) dalam majlis yang diadakan di EQ Hotel Kuala Lumpur pada 27 April 2026 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Yang Berhormat Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh.

Pencapaian EMGS ini merupakan pengiktirafan bagi hasil komitmen, kerjasama dan usaha berterusan seluruh warga kerja HoSHKa bersama pasukan Radicare dalam memastikan amalan pengurusan tenaga dilaksanakan secara cekap, sistematik dan berkesan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus mengekalkan dan memperkukuh amalan terbaik sedia ada dan meneruskan agenda kelestarian.

Tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat atas dedikasi dan komitmen yang diberikan.

Jabatan Kesihatan Negeri Pahang - Laman Rasmi

Address

Hospital Sultanah Hajjah Kalsom
Tanah Rata
31300

Telephone

+6054913333

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur:

Shortcuts

Share

Category