16/02/2026
Kemasukan ke Tahun Satu 2027 adalah satu pilihan, bukan paksaan dan tidak diwajibkan.
Jangan panik, jom tarik nafas Ibu Ayah ๐ง๐ผ
โน๏ธ Matlamat utama dasar kemasukan awal adalah untuk menyokong perkembangan anak secara menyeluruh, berdasarkan KESEDIAAN anak itu sendiri.
๐ญ Bagaimana nak tahu anak sudah bersedia? Kena perhatikan aspek berikut: EMOSI, KOGNITIF & SOSIAL
๐ง Emosi
โข Mengenal dan memahami emosi sendiri, rakan serta orang sekeliling (marah, sedih, kecewa, takut)
โข Mampu mengekspresikan emosi dalam bentuk ayat
โข Dapat meluahkan perasaan marah dan kecewa dengan cara yang betul
๐ Kognitif
โข Boleh mengikuti arahan mudah
Contoh: (Ambil buku dan duduk ditempat sendiri, baca doa sebelum makan, beratur sebelum membasuh tangan, letak barang di tempat yang disediakan / betul)
โข Mempunyai rasa ingin tahu dan berani bertanya soalan
๐ซ Sosial
โข Boleh bermain dan berkomunikasi dengan baik bersama rakan-rakan dan guru
โข Memahami konsep "take turns"
โข Boleh mengikut peraturan ringkas
โข Mampu bercerita peristiwa sebelum โ semasa โ selepas
๐ Kemahiran Urus Diri
โข Boleh berdikari (Tiada separation anxiety)
โข Mengurus diri sendiri sebelum, semasa dan selepas pergi ke tandas
โข Boleh memakai pakaian sendiri, termasuk zip dan butang seluar/baju
โข Mengenal dan menjaga barang peribadi
โข Makan sendiri tanpa bantuan
โ๏ธ Adakah anak akan ketinggalan jika tidak masuk tahun 1 seawal umur 6 tahun?
= Jawapannya, TIDAK. Rujuk semula Kurikulum 2027.
Setiap anak berkembang mengikut pace mereka sendiri. Perkembangan anak bukan perlumbaan. Yang penting mereka bersedia secara emosi, sosial dan kognitif.