Puspen Kampung Selamat

Puspen Kampung Selamat We Care We Serve a.k.a Puspen Kampung Selamat

Bengkel Pemurnian myPortfolio ke Arah Pengurusan Kerja BerkualitiPUSPEN Kampung Selamat telah melaksanakan Bengkel Pemur...
19/08/2026

Bengkel Pemurnian myPortfolio ke Arah Pengurusan Kerja Berkualiti

PUSPEN Kampung Selamat telah melaksanakan Bengkel Pemurnian myPortfolio ke Arah Pengurusan Kerja Berkualiti bertempat di Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Pokok Sena, Kepala Batas.

Bengkel ini bertujuan memperkukuh kefahaman serta meningkatkan kompetensi warga kerja dalam pengurusan myPortfolio secara lebih sistematik, tersusun dan berteraskan prinsip pengurusan organisasi yang cekap. Pemurnian myPortfolio turut menjadi instrumen penting dalam memperjelas fungsi, tanggungjawab, skop tugas serta proses kerja setiap jawatan agar pelaksanaan tugasan dapat dilaksanakan secara lebih terarah, konsisten dan berintegriti.

Taklimat telah disampaikan oleh EO Rohaya, Penolong Pegawai Tadbir PUSPEN Kampung Selamat, yang memberikan penerangan berkaitan kepentingan dokumentasi tugas, penyelarasan proses kerja serta pemantapan kandungan myPortfolio sebagai rujukan profesional dalam pelaksanaan tugas harian.

Pengurusan myPortfolio yang berkualiti bukan sekadar memenuhi keperluan dokumentasi, malah merupakan satu pendekatan strategik dalam meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan, memperkukuh akauntabiliti, memudahkan pemantauan prestasi serta menyokong budaya kerja yang berteraskan kualiti dan kecemerlangan.








🌹 SELAMAT DATANG KE PUSPEN KAMPUNG SELAMAT 🌹Pengarah dan seluruh warga kerja PUSPEN Kampung Selamat dengan sukacitanya m...
17/08/2026

🌹 SELAMAT DATANG KE PUSPEN KAMPUNG SELAMAT 🌹

Pengarah dan seluruh warga kerja PUSPEN Kampung Selamat dengan sukacitanya mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada PB Mohd Shaifull bin Shahrom, Pembantu Keselamatan Gred KP1 ke PUSPEN Kampung Selamat.

Semoga kehadiran PB Mohd Shaifull dapat menambah kekuatan serta menyumbang kepada kecemerlangan dan kejayaan organisasi.

Selamat menjalankan amanah dan tugas. Semoga terus maju jaya bersama keluarga besar PUSPEN Kampung Selamat. 🤝🌷

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia
Puspen Kampung Selamat

PROGRAM BERSAMA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA (PKKM) CAWANGAN PULAU PINANGPUSPEN Kampung Selamat terus memperk...
13/08/2026

PROGRAM BERSAMA PERBADANAN KEMAJUAN KRAFTANGAN MALAYSIA (PKKM) CAWANGAN PULAU PINANG

PUSPEN Kampung Selamat terus memperkasa proses pemulihan melalui pendekatan pembangunan kemahiran dan aktiviti kreatif yang dapat mencetuskan potensi diri serta membina keyakinan klien.

Pada 13 Ogos 2026 (Khamis), bertempat di Dewan Bunga Raya, telah diadakan Bengkel Penghasilan Batik Clay dan T-Shirt Tie and Dye dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) Cawangan Pulau Pinang.

Bengkel ini bukan sekadar memperkenalkan teknik penghasilan produk kraftangan, malah menjadi ruang pembelajaran secara praktikal yang menggabungkan kreativiti, ketelitian, kesabaran dan kemahiran motor halus. Pendekatan pembelajaran berasaskan amali sebegini dapat membantu klien meneroka bakat, membina disiplin serta menghasilkan sesuatu yang mempunyai nilai estetika dan potensi ekonomi.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada tenaga pengajar yang telah berkongsi ilmu, kemahiran dan pengalaman sepanjang bengkel berlangsung:

👨‍🎨 En. Roslan b. Hussin – Pucuk Rebung Enterprise
👨‍🎨 En. Mohamad Yusoff b. Ibrahim – Pucuk Rebung Enterprise
👨‍🎨 En. Ahmad Rezal b. Ishak – Pereka PKKM

Semoga perkongsian ilmu melalui program sebegini terus menjadi pemangkin kepada pembentukan individu yang lebih kreatif, produktif dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pemulihan yang holistik dan berorientasikan kemandirian.

🌱 Daripada kemahiran, lahir keyakinan.
🎨 Daripada kreativiti, terbina potensi.
🤝 Daripada peluang, terbuka masa depan.










🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 🇲🇾PUSPEN KAMPUNG SELAMAT✨ “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati...
11/08/2026

🇲🇾 MAJLIS PELUNCURAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2026 🇲🇾
PUSPEN KAMPUNG SELAMAT
✨ “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati” ✨

Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Majlis Peluncuran Sambutan Bulan Kemerdekaan 2026 peringkat PUSPEN Kampung Selamat yang berlangsung pada 11 Ogos 2026 (Selasa) bertempat di Padang Kawad PUSPEN Kampung Selamat.

Program ini menjadi wadah untuk menyemai semangat cintakan negara, memperkukuh jati diri serta menyuburkan nilai perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga kerja dan klien PUSPEN. Penghayatan terhadap erti kemerdekaan bukan sekadar melalui kibaran Jalur Gemilang, tetapi diterjemahkan melalui tekad untuk membina kehidupan yang lebih baik, berdisiplin dan bertanggungjawab.

Pelbagai pengisian turut disusun antaranya bacaan doa, nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Pulau Pinang, ikrar klien, ucapan perasmian, penyerahan Jalur Gemilang kepada wakil unit dan klien, deklamasi sajak serta nyanyian lagu patriotik seperti Jalur Gemilang dan Tanggal 31 Ogos.

🇲🇾 Ayuh kita kibarkan Jalur Gemilang dengan penuh bangga.
Kerana kemerdekaan yang kita nikmati hari ini adalah amanah untuk terus dipelihara, sementara masa depan Malaysia adalah tanggungjawab kita bersama.
Bersama Membina Negara.
Malaysia MADANI – Kesejahteraan Dinikmati. 🇲🇾❤️








✨ Pengarah dan seluruh Pegawai & kakitangan PUSPEN Kampung Selamat mengucapkan selamat datang kepada Encik Muhammad Syah...
10/08/2026

✨ Pengarah dan seluruh Pegawai & kakitangan PUSPEN Kampung Selamat mengucapkan selamat datang kepada Encik Muhammad Syahir Nasri bin Mohd Noor, Penolong Pegawai Perubatan (MA), yang kini menyertai keluarga besar PUSPEN Kampung Selamat bagi menggantikan En. Idris.

Semoga kehadiran Encik Muhammad Syahir Nasri menjadi suntikan semangat baharu, memperkukuhkan lagi pasukan serta menyumbang khidmat dan kepakaran dalam memastikan aspek kesihatan dan kebajikan klien sentiasa diberi perhatian yang terbaik.

🤝 Selamat datang dan selamat menjalankan amanah. Semoga terus melangkah bersama-sama, berganding bahu dan memberikan yang terbaik demi kepulihan, kesejahteraan dan masa depan klien.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia



09/08/2026

Pergi ke pekan membeli suasa,
Singgah sebentar membeli jamu;
Walau berpisah jauh di mata,
Kenangan bersama tetap di kalbu.

Naik sampan ke Kuala Kedah,
Singgah sebentar membeli ikan;
Biar berjauhan membawa langkah,
Jalinan ukhwah tetap dikenang.

Burung merpati terbang berkawan,
Hinggap sebentar di pohon jati;
Selamat maju di tempat baharu,
Semoga sukses sentiasa di hati.

Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Insya-Allah berjumpa lagi.

KURSUS SEMAIAN DAN PEMBIAKAN POKOKPUSPEN Kampung Selamat telah menganjurkan Kursus Semaian dan Pembiakan Pokok yang meli...
06/08/2026

KURSUS SEMAIAN DAN PEMBIAKAN POKOK

PUSPEN Kampung Selamat telah menganjurkan Kursus Semaian dan Pembiakan Pokok yang melibatkan penyertaan seramai 50 orang klien. Sesi ini telah dikendalikan oleh Pn. Hamidah Binti Ibrahim, Pembantu Antidadah S2 yang juga merupakan Pegawai Seksyen Semaian.

Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan kepada klien mengenai teknik-teknik asas semaian serta kaedah pembiakan pokok yang sistematik dan berkesan. Selain meningkatkan pengetahuan serta kemahiran hortikultur, program ini turut memupuk nilai disiplin, kesabaran, tanggungjawab dan penghargaan terhadap alam sekitar.

Melalui aktiviti berasaskan kemahiran ini, klien didedahkan kepada peluang menjadikan bidang pertanian sebagai alternatif kerjaya dan sumber pendapatan yang mampan selepas menjalani proses pemulihan.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia


Program Career LaunchPad (CLP) Bersama PERKESO Negeri Pulau PinangDalam usaha memperkukuh agenda pemulihan yang holistik...
06/08/2026

Program Career LaunchPad (CLP) Bersama PERKESO Negeri Pulau Pinang

Dalam usaha memperkukuh agenda pemulihan yang holistik dan meningkatkan kebolehpasaran klien, PUSPEN Kampung Selamat telah mengadakan Program Career LaunchPad (CLP) dengan kerjasama PERKESO Negeri Pulau Pinang, melibatkan seramai 84 orang klien.

Sesi taklimat kerjaya telah disampaikan oleh Muhamad Nur Ikram bin Suaid, Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, PERKESO Pulau Pinang. Taklimat ini memberi pendedahan menyeluruh mengenai fungsi PERKESO sebagai Penyedia Perkhidmatan Pekerjaan Negara, di samping memperkenalkan pelbagai inisiatif seperti Portal MYFutureJobs, Job Brokerage, Labour Market Information (LMI) serta perkhidmatan sokongan pasaran buruh yang bertujuan meningkatkan akses kepada peluang pekerjaan.

Program Career LaunchPad (CLP) dilaksanakan sebagai platform awal untuk memperkasa modal insan yang berkualiti melalui pendedahan terhadap dunia pekerjaan. Antara objektif utama program ialah meningkatkan kefahaman peserta mengenai kebolehpasaran, memperluaskan pengetahuan berkaitan keperluan dan trend pasaran buruh semasa, serta memperkenalkan perkhidmatan pekerjaan yang disediakan oleh PERKESO.

Selain itu, program ini turut membantu peserta mengenal pasti potensi diri melalui pendekatan psikometrik kerjaya yang menilai keserasian kerjaya berdasarkan minat, kemahiran dan personaliti, sekali gus membimbing mereka membuat perancangan kerjaya yang lebih terarah.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia



Salam Perpisahan, Sejambak Penghargaan Buat Insan Istimewa dihatiSetiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hari ini, warga ...
31/07/2026

Salam Perpisahan, Sejambak Penghargaan Buat Insan Istimewa dihati

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Hari ini, warga PUSPEN Kampung Selamat dengan penuh rasa syukur, hormat dan sebak mengucapkan selamat maju jaya kepada insan yang telah banyak menabur bakti serta meninggalkan legasi yang amat bermakna.

Puan Fadzilah (Maktam) Pembantu Tadbir, menamatkan perkhidmatan beliau setelah 32 tahun mencurahkan khidmat bakti di PUSPEN Kampung Selamat. Tiga dekad lebih bukanlah suatu tempoh yang singkat. Segala pengorbanan, dedikasi, keikhlasan dan komitmen yang diberikan menjadi sebahagian daripada sejarah serta kejayaan institusi ini. Semoga persaraan yang dinikmati dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik dan keberkatan yang berpanjangan.

Turut diraikan, MA Idris, Penolong Pegawai Perubatan, yang akan meneruskan khidmat di Klinik Kesihatan Bandar Perda setelah lebih 10 tahun berbakti di PUSPEN Kampung Selamat. Terima kasih atas segala jasa, kepakaran dan kasih sayang yang telah dicurahkan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada warga kerja serta para klien. Semoga terus cemerlang dan berjaya di tempat baharu.

Pada masa yang sama, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih turut dizahirkan kepada Cik Aida yang telah berjaya menamatkan latihan praktikal selama empat bulan di PUSPEN Kampung Selamat. Kehadiran, semangat, kesungguhan serta sumbangan yang diberikan sepanjang tempoh latihan amat kami hargai. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh menjadi bekalan berharga dalam meniti alam pekerjaan serta mencapai kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Terima kasih atas segala bakti. Semoga setiap langkah selepas ini sentiasa dipermudahkan, dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia




PROGRAM MISI KEMBARA PESANAN ANTIDADAH (PESADA) PUSPEN KAMPUNG SELAMAT 2026📅 24 – 25 Julai 2026📍 Pos Kuala Mu, Sungai Si...
27/07/2026

PROGRAM MISI KEMBARA PESANAN ANTIDADAH (PESADA) PUSPEN KAMPUNG SELAMAT 2026

📅 24 – 25 Julai 2026
📍 Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak

PUSPEN Kampung Selamat telah melaksanakan Program Misi Kembara Pesanan Antidadah (PESADA) 2026 sebagai usaha memperkasakan pendidikan, pencegahan dan kesedaran terhadap bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan komuniti Orang Asli di kawasan pedalaman.

Program yang disertai oleh 20 orang pegawai dan kakitangan, diketuai oleh Pengarah PUSPEN Kampung Selamat, memberi penekanan kepada penyampaian mesej antidadah melalui ceramah, aktiviti interaktif dan perkongsian ilmu bagi membudayakan gaya hidup sihat serta memperkukuh daya tahan komuniti.

Inisiatif ini turut mempererat hubungan strategik antara PUSPEN Kampung Selamat, komuniti setempat dan agensi berkaitan dalam merealisasikan aspirasi masyarakat yang bebas daripada ancaman dadah.

Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia



Address

Puspen Kampong Selamat
Tasek Gelugor
13300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+6045733605

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspen Kampung Selamat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share