Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau

Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau Memperkongsikan Peranan dan Aktiviti Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau.

SESI KUNJUNGAN HORMAT AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL TAWAU [ ALPH ]Pada 22 Jun 2026, seramai 7 orang Ahli Lembaga Pelawat...
22/06/2026

SESI KUNJUNGAN HORMAT AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL TAWAU [ ALPH ]

Pada 22 Jun 2026, seramai 7 orang Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau [ALPH], yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya, En Abdul Rahman Auf Sabu, telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Yang Berhormat Datuk Rina Hj Jainal, Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N70 Kukusan, di Gaya Commersial Jalan Kuhara.

Kunjungan hormat ini, selain bertujuan mengeratkan silaturrahim, ianya juga sebagai platform kepada kedua belah pihak untuk bertukar pandangan dalam usaha-usaha memperkasakan perkhidmatan kesihatan dan kebajikan masyarakat.

Disamping itu, diharapkan kunjungan ini membuka ruang kepada jalinan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Semasa sesi kunjungan, ALPH Tawau juga, menyampaikan pemakluman awal berkenaan Program Merakyatkan Perkhidmatan Kesihatan : Strategik Menamatkan TB di Sabah 2035 & Transformasi Kesihatan Luar Bandar, yang akan dianjurkan oleh Hospital Tawau dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat Hospital.

Pihak Ahli Lembaga Pelawat Hospital, merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Datuk atas kesudiaan menerima kunjungan ini, juga atas sokongan yang diberikan.

Semoga dengan adanya kerjasama ini, akan ada banyak manfaat yang akhirnya akan dikecapi oleh rakyat, selaras dengan peranan Ahli Lembaga Pelawat Hospital sebagai jambatan antara pihak hospital dan masyarakat. Ini ditambah lagi dengan barisan ALPH itu sendiri yang datang dari pelbagai latar belakang, termasuk pesara-pesara kanan dan berpengalaman kerajaan.

-admin-

KUNJUNGAN HORMAT AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL TAWAU [ ALPH ]Pada 20 Jun 2026, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau [ALPH...
22/06/2026

KUNJUNGAN HORMAT AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL TAWAU [ ALPH ]

Pada 20 Jun 2026, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau [ALPH], yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya, Encik Abdul Rahman Auf Sabu, bersama 6 lagi ALPH Tawau, telah membuat kunjungan hormat ke pejabat YB Datuk Haji Nizam bin DSP Hj Abu Bakar Titingan , Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N68 Apas.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah, selain mengeratkan silaturrahim, ianya juga sebagai platform untuk kedua belah pihak bertukar pandangan dalam usaha-usaha memperkasakan perkhidmatan kesihatan dan kebajikan masyarakat.

Semasa sesi kunjungan, ALPH Tawau juga, menyampaikan pemakluman awal berkenaan Program Merakyatkan Perkhidmatan Kesihatan iaitu Strategik Menamatkan TB di Sabah 2035 & Transformasi Kesihatan Luar Bandar, yang akan dianjurkan oleh Hospital Tawau dengan kerjasama ALPH.

ALPH merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Datuk atas kesudian menerima kunjungan ini. Semoga usaha murni dan kolaborasi ini memberikan impak Yang besar buat seluruh warga Tawau.

-admin-

AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT Pada 15hb Jun, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau [ALPH], yang d...
18/06/2026

AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT

Pada 15hb Jun, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau [ALPH], yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya, En Abdul Rahman Auf Sabu, bersama 2 lagi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau, telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Tuan Edmund Lo, Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) N69 Sri Tanjung

Tujuan kunjungan hormat ini adalah, selain mengeratkan silaturrahim, ianya juga sebagai platform kedua pihak bertukar pandangan dalam usaha-usaha memperkasakan perkhidmatan kesihatan dan kebajikan masyarakat.

Disamping itu, diharapkan kunjungan ini membuka ruang kepada jalinan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Semasa sesi kunjungan, ALPH Tawau juga, menyampaikan pemakluman awal berkenaan Program Merakyatkan Perkhidmatan Kesihatan : Strategik Menamatkan TB di Sabah 2035 & Transformasi Kesihatan Luar Bandar, yang akan dianjurkan oleh Hospital Tawau dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat Hospital.

Pihak Ahli Lembaga Pelawat Hospital, merakamkan setinggi penghargaan kepada Tuan Edmund Lo atas kesudian menerima kunjungan hormat ALPH Tawau dan juga sudi memberi pandangan dan cadangan.

-admin-

17/06/2026
AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT Pada 16hb Jun, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau [ALPH], yang d...
17/06/2026

AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL MEMBUAT KUNJUNGAN HORMAT

Pada 16hb Jun, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau [ALPH], yang diketuai sendiri oleh Pengerusinya, En Abdul Rahman Auf Sabu, bersama 6 lagi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau, telah membuat kunjungan hormat ke pejabat Yang Berbahagia Brigder Jen (B) Tan Sri Datuk Liew Yun Fah JP, Pengerusi DESA Group Of Companies Sdn Bhd, juga merangkap Timbalan Pengerusi GRS.

Tujuan kunjungan hormat ini adalah, selain mengeratkan silaturrahim, ianya juga sebagai platform kedua pihak bertukar pandangan dalam usaha-usaha memperkasakan perkhidmatan kesihatan dan kebajikan masyarakat.

Disamping itu, diharapkan kunjungan ini membuka ruang kepada jalinan kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.

Semasa sesi kunjungan, ALPH Tawau juga, menyampaikan pemakluman awal berkenaan Program Merakyatkan Perkhidmatan Kesihatan : Strategik Menamatkan TB di Sabah 2035 & Transformasi Kesihatan Luar Bandar, yang akan dianjurkan oleh Hospital Tawau dengan kerjasama Ahli Lembaga Pelawat Hospital.

Pihak Ahli Lembaga Pelawat Hospital, merakamkan setinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Tan Sri, atas respon yang baik dan pandangan juga nasihat yang terbaik, bagi memastikan ALPH dapat memainkan peranan yang lebih efektif.

Turut hadir adalah Puan Hajah Samsiah Usman, PPM Pusat Negeri Sabah, merangkap Ahli Majlis Tertinggi GRS

-admin-

LAWATAN AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL TAWAUPada 20hb Mei yang lalu, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau [ALPH] seramai 6...
17/06/2026

LAWATAN AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL TAWAU

Pada 20hb Mei yang lalu, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau [ALPH] seramai 6 orang, yang diketuai oleh Pengerusinya sendiri, telah membuat lawatan di beberapa lokasi yang dipersetujui di dalam mesyuarat yang lalu.

Ahli Lembaga Pelawat Hospital yang terlibat ;
1. En Abdul Rahman Auf Sabu - Ketua
2. En Dunis Ong Te Bu @ Denis Ong
3. En Raymond Sung Kok Loong
4. En Peter Wong Kent How
5. En Chin Set Fui
6. Pn Hamisiah Didi

Mengiringi lawatan adalah ;
1. En Michol Lin - Penolong Pengarah (Pengurusan)
2. Pn Amrata Kumbayat
3. En Mohd Azalan Derasit
4. Pn A. Halimatus Sa'diah Saidah Rizal
5. Pn Musminah Mustain - Pegawai Kerja Sosial Perubatan
6. Pn Hasmah Mahmud - PPP Kanan
7. En Nurdin Patang - Penyelia PPP

Lawatan telah dibuat ke beberapa unit di Hospital Tawau, antaranya adalah ;
1. Unit Kerja Sosial Perubatan ( Kebajikan Hospital )
2. Klinik Pakar
3. Tapak cadangan surau

Antara objektif lawatan adalah ;
1. Meninjau tahap penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada pesakit agar sentiasa berada pada tahap yang berkualiti, mesra dan berkesan
2. Mendapatkan maklum balas secara langsung dari pengurusan hospital, petugas kesihatan serta pesakit berkaitan operasi dan perkhidmatan di unit-unit hospital
3. Memperkukuhkan hubungan kerjasama antara Ahli Lembaga Pelawat Hospital dengan pihak hospital dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan

-admin-

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL TAWAUPada 13hb Mei yang lalu, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau, telah bermesy...
17/06/2026

MESYUARAT AHLI LEMBAGA PELAWAT HOSPITAL TAWAU

Pada 13hb Mei yang lalu, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau, telah bermesyuarat untuk kali kedua bagi tahun 2026.

Antara perkara yang utama dibincangkan adalah berkenaan penglibatan Ahli Lembaga Pelawat Hospital dalam Program Merakyatkan Perkhidmatan Kesihatan : Strategik Menamatkan TB di Sabah 2035 & Transformasi Kesihatan Luar Bandar, yang akan dianjurkan bersama dengan Hospital Tawau.

Untuk peringkat awal, program ini akan melibatkan barisan hadapan masyarakat, yakni wakil wakil rakyat dari DUN dan Parlimen, ketua ketua komuniti dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat [UPPM], juga ketua ketua agensi kerajaan dan persatuan / NGO.

Mesyuarat juga telah mempersetujui untuk diwujudkan satu akaun Facebook rasmi ALPH bagi membuka ruang untuk ALPH menyampaikan segala perkembangan juga maklumat yang bermanfaat kepada masyarakat.

Mesyuarat telah dipengerusikan olen En Abdul Rahman Auf Sabu, selaku Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau, dan dihadiri oleh seramai 18 orang Ahli Lembaga Pelawat Hospital.

-admin-

17/05/2026

Address

Hospital Tawau
Tawau
91007

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60182582295

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahli Lembaga Pelawat Hospital Tawau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category