Dynamic Confinement Centre

Call Directions Website Contact the practice

Dynamic Confinement Centre Dynamic Confinement Centre provide high quality post natal service to ensure comfort of mother and new born baby

" Dynamic Confinement Centre is a service company based in Tawau Sabah. We mainly offer the expertise of 24-hour nursing care which will provide the needed care and support for mothers and babies right after giving birth. Other services we offer are prenatal yoga classes, breastfeeding talks by a consultant, Confinement food delivery, Postnatal massage and daytime Confinement care.

Ibu yang kuat pun tetap perlukan sokongan🤍Selepas bersalin, ibu bukan hanya perlukan masa untuk menjaga si kecil, tetapi...
25/08/2026

Ibu yang kuat pun tetap perlukan sokongan🤍

Selepas bersalin, ibu bukan hanya perlukan masa untuk menjaga si kecil, tetapi juga perlukan rehat, bantuan, pemakanan yang baik dan sokongan emosi.

Jangan hanya suruh ibu “kuat”.
Tanya apa yang ibu perlukan.
Bantu bila ibu penat.
Dengar bila ibu ingin meluahkan perasaan. 🫶🏻

Kerana menjaga ibu selepas bersalin sama pentingnya dengan menjaga bayi 🤍

— Dynamic Confinement Centre

Kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression masih menjadi masalah kesihatan yang sering terlepas pandang dalam keluarga.

Apabila bayi dilahirkan, seluruh perhatian segera beralih kepada bayi.

“Bayi cukup susu?”
“Berat naik?”
“Tidur lena?”
“Kenapa nampak kuning?”

Namun jarang ada yang memandang ibu dan bertanya,

“Awak sebenarnya okay tak?”

Di sebalik gambar ibu mendukung bayi, ada tubuh yang masih berdarah, luka jahitan yang belum sembuh, payudara yang sakit dan tidur yang terputus-putus.

Malam bayi menangis, ibu bangun sendirian kerana suami perlu bekerja keesokan harinya.

Siang p**a tetamu datang. Ibu perlu bangun, menutup aurat, keluar tersenyum dan melayan orang walaupun tubuhnya hanya mahu berehat.

Kemudian mulalah komen yang tidak diminta.

“Susu tak cukup kot.”
“Badan masih besar.”
“Dulu mak beranak ramai, okay sahaja.”
“Jangan manjakan diri sangat.”
“Patutnya bersyukur dapat anak.”

Sedikit demi sedikit, seorang ibu boleh mula tenggelam tanpa sesiapa menyedarinya.

Postpartum depression bukan tanda ibu lemah, kurang bersyukur atau gagal menjadi ibu. Ia merupakan keadaan kesihatan yang memerlukan sokongan, penilaian dan rawatan.

Lima tindakan ini boleh membantu mengurangkan beban serta risiko ibu:

1. SUAMI AMBIL SHIFT MALAM

Jika ibu menyusukan bayi, suami boleh ambil alih selepas itu. Tukar lampin, sendawakan bayi, tidurkan semula dan basuh botol atau peralatan pam.

Jangan tunggu isteri meminta bantuan. Lihat apa yang perlu dibuat dan terus buat.

2. LINDUNGI WAKTU TIDUR IBU

Usahakan sekurang-kurangnya satu blok rehat selama dua hingga tiga jam setiap hari.

Pada waktu itu, ahli keluarga menjaga bayi dan anak-anak lain. Jangan kejutkan ibu hanya kerana tetamu datang, pakaian belum berlipat atau rumah belum dikemas.

3. TETAMU DATANG UNTUK MEMBANTU

Datanglah membawa lauk, buah atau barang dapur. Basuh pinggan, buangkan sampah atau jagakan anak yang lain.

Jangan duduk berjam-jam, menunggu air dihidangkan dan meninggalkan rumah bersepah untuk ibu kemaskan.

Jika tidak dapat membantu, pendekkan lawatan.

4. JANGAN SEKSA IBU ATAS NAMA PANTANG

Jangan catu air, beri makanan terlalu sedikit atau paksa ibu duduk dalam keadaan panas dan tidak selesa.

Sediakan makanan lengkap, protein, sayur, buah dan air yang mencukupi. Rawat kesakitan dan beri ibu ruang yang nyaman untuk pulih.

Pantang sepatutnya membantu pemulihan, bukan menjadi hukuman.

5. TANYA KEADAAN EMOSI IBU SETIAP HARI

Tanya secara terus:

“Awak dapat tidur tak?”
“Awak rasa terlalu sedih atau cemas?”
“Ada rasa mahu lari, menghilang atau mencederakan diri?”

Jika ibu kerap menangis, tidak mampu tidur walaupun bayi sedang tidur, rasa dirinya tidak berguna, hilang minat, sukar menjaga diri atau bayi, atau keadaan berterusan melebihi dua minggu, bawa ibu mendapatkan pemeriksaan di Klinik Kesihatan atau hospital.

Jika ibu mahu mencederakan diri atau bayi, mendengar suara, melihat sesuatu yang tiada atau menjadi sangat keliru, jangan tunggu. Bawa ke Jabatan Kecemasan atau hubungi 999.

Jangan tunggu ibu rebah di hadapan mata baru mahu percaya bahawa dia sedang tenggelam.

Ada ibu yang masih memandikan bayi, membasuh pakaian dan tersenyum dalam gambar, sedangkan dalam diam dia hanya mahu menghilang.

Selepas bersalin, keluarga bukan sekadar menerima seorang bayi.

Keluarga juga menerima seorang wanita yang sedang terluka, keletihan dan sangat memerlukan penjagaan.

Jangan datang hanya untuk mendukung bayi.

Datanglah untuk mendukung ibunya.

Ibu juga berhak untuk dijaga🤍Selepas melalui satu perjalanan yang begitu besar, tubuh dan emosi seorang ibu perlukan mas...
24/08/2026

Ibu juga berhak untuk dijaga🤍

Selepas melalui satu perjalanan yang begitu besar, tubuh dan emosi seorang ibu perlukan masa untuk berehat, pulih dan menyesuaikan diri dengan fasa baru.

Di DCC, kami percaya penjagaan selepas bersalin bukan sekadar urutan tetapi tentang memberi ruang untuk ibu berehat, pulih dan menerima penjagaan yang sewajarnya✨

Jaga ibu seperti seorang ratu 👑🤍

Kemurungan selepas bersalin itu benar. Apa yang orang selalu panggil “meroyan” juga bukan cerita remeh, bukan bahan lawak dan bukan alasan untuk memandang ringan penderitaan seorang ibu.

Ironinya, sebaik sahaja seorang bayi dilahirkan, perhatian kebanyakannya terus tertumpu kepada bayi.

Semua orang bertanya keadaan bayi.

Semua orang mahu melihat wajah bayi.

Semua orang datang melawat untuk mendukung bayi.

Tetapi dalam keseronokan menyambut kelahiran itu, ramai terlupa untuk bertanya satu soalan yang sama penting:

Bagaimana keadaan ibu?

Hakikatnya, ibu baru sahaja melalui satu pengalaman yang sangat besar. Tubuhnya masih sakit, luka masih belum pulih sepenuhnya, hormon berubah secara mendadak, tidur terganggu dan emosinya masih belum stabil. Dalam keadaan itu, dia perlu menyusukan bayi, menyesuaikan diri dengan rutin baharu dan kadangkala menanggung keletihan yang sukar digambarkan.

Namun, ada ibu yang terpaksa menghadapi semuanya dalam diam.

Sebab itu, ibu yang baru melahirkan anak juga perlu diberi perhatian.

Tanya keadaannya.

Pastikan dia sempat makan.

Beri ruang untuk dia berehat.

Bantu uruskan bayi dan kerja rumah.

Jangan tambah tekanan dengan komen yang menyakitkan atau tuntutan yang tidak masuk akal.

Pemulihan selepas bersalin bukan hanya tentang luka pada tubuh, tetapi juga tentang kesihatan emosi dan mental seorang ibu.

Jika ibu kelihatan murung berpanjangan, kerap menangis, terlalu cemas, sukar tidur, hilang selera makan, rasa putus asa atau menunjukkan perubahan tingkah laku yang membimbangkan, jangan anggap itu perkara biasa. Dapatkan bantuan seawal mungkin.

Seorang ibu yang baru melahirkan anak tidak sepatutnya dipinggirkan dalam rumahnya sendiri.

Kerana saat semua orang meraikan kehadiran bayi, jangan lupa wanita yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan bayi itu.

Jaga bayinya, ya.

Tetapi jangan sesekali abaikan ibunya.

Public Health Malaysia

Mommy deserves more than just a meal. 🤍At DCC, our confinement meals are freshly prepared daily with Mommy’s recovery an...
20/08/2026

Mommy deserves more than just a meal. 🤍

At DCC, our confinement meals are freshly prepared daily with Mommy’s recovery and well-being in mind.

🍽️ 5 meals a day
🥗 Balanced & nourishing meals
💕 Prepared with care and love

From the first meal of the day to the last, we’re here to make sure Mommy is well-nourished, comfortable and cared for throughout her confinement journey.

✨ Professional & Care with Love
📍 Megah Jaya 8, Tawau
📞 014-792 2960

The best part of confinement? 🩷Knowing that you don’t have to worry about everything.At Dynamic Confinement Centre, we t...
17/08/2026

The best part of confinement? 🩷

Knowing that you don’t have to worry about everything.

At Dynamic Confinement Centre, we take care of the little things, from nutritious meals and laundry to housekeeping and 24-hour mother & baby care.

So Mommy can slow down, rest, recover and spend more precious moments with her little one. 🤍

During confinement, Mommy deserves to be cared for too.

You rest. We take care of the rest.

📍 Dynamic Confinement Centre, Megah Jaya 8, Tawau
📞 014-792 2960

A little help goes a long way, especially at night. 🤍Those midnight feeds, diaper changes, soothing baby back to sleep… ...
14/08/2026

A little help goes a long way, especially at night. 🤍

Those midnight feeds, diaper changes, soothing baby back to sleep… you don’t have to do it all alone.

At Dynamic Confinement Centre, our caring team provides 24-hour baby care to support you and your little one, day and night.

🌙 Night-time baby care
🍼 Feeding & preparation
🧼 Changing & hygiene
🤍 Soothing & settling
📋 Monitoring & updates

So mommy can focus on what matters too, resting and recovering

You rest. We care for your little one. 🤍

📍 Dynamic Confinement Centre, Megah Jaya 8, Tawau
📲 014-792 2960

At Dynamic Confinement Centre, we believe caring for baby also means caring for Mommy. 🤍From gentle baby care and daily ...
13/08/2026

At Dynamic Confinement Centre, we believe caring for baby also means caring for Mommy. 🤍

From gentle baby care and daily monitoring to a clean, comfortable space and regular doctor’s visits, every little detail is thoughtfully taken care of.

When your baby is in good hands, Mommy can truly rest, recover and enjoy this precious time. 👶🏻🌷

✨ Professional & Care with Love
📍 Megah Jaya 8, Tawau
📞 014-792 2960

POV: You just gave birth and suddenly have a whole wishlist… 😂☑️ Sleep☑️ Eat☑️ Massage☑️ Baby care☑️ ALL OF THE ABOVEGoo...
11/08/2026

POV: You just gave birth and suddenly have a whole wishlist… 😂

☑️ Sleep
☑️ Eat
☑️ Massage
☑️ Baby care
☑️ ALL OF THE ABOVE

Good news Mommy, DCC understood the assignment. 🤎

Your postpartum days should be about resting, recovering and enjoying this precious time with your little one.

Choose No. 5. Choose DCC. ✨

📞 Contact us to learn more about our postpartum care packages.
📱 014-792 2960
📍 Dynamic Confinement Centre, Tawau

Postpartum is a beautiful chapter, but it can also be challenging.Your body needs time to heal.Your emotions need space ...
10/08/2026

Postpartum is a beautiful chapter, but it can also be challenging.

Your body needs time to heal.
Your emotions need space to settle.
And you need time to rest and adjust to your new role.

You don’t have to do everything alone.

Let yourself receive the same care and attention that you’re so ready to give your baby.

Because a well-rested, supported mommy deserves to enjoy these precious first moments too.

📞 Contact us to learn more about our postpartum care packages.
📍 Dynamic Confinement Centre, Tawau
📱 014-792 2960

First-time mom? You don’t have to figure it all out alone. 🤍Becoming a mom for the first time can come with so many ques...
08/08/2026

First-time mom? You don’t have to figure it all out alone. 🤍

Becoming a mom for the first time can come with so many questions, from caring for your little one to taking care of yourself after delivery.

That’s why having the right support during your confinement can make such a difference.

At Dynamic Confinement Centre, Mommy and Baby are cared for throughout the confinement period, with guidance and support along the way.

Rest. Recover. Learn. Bond.
Take this precious time to focus on yourself and your baby.

Your first weeks of motherhood deserve to be supported.

📍 Dynamic Confinement Centre, Megah Jaya 8, Tawau
📲 014-792 2960

Address

92, Taman Megah Jaya 8, Lorong 8/1 Jalan Apas Mile 3. 5
Tawau
91000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dynamic Confinement Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dynamic Confinement Centre:

Shortcuts

Share