Visi Optometrist Centre - Page

Visi Optometrist Centre - Page Dari Hati
Menghargai penglihatan anda dan keluarga.

Hyperopia : Rabun TersembunyiIa dalah keadaan apabila mata melihat sesuatu, imej yang terbentuk di dalam mata tidak terf...
04/06/2026

Hyperopia : Rabun Tersembunyi

Ia dalah keadaan apabila mata melihat sesuatu, imej yang terbentuk di dalam mata tidak terfokus pada retina (saraf yang mengesan cahaya) tetapi terfokus pada satu titik di belakang. Untuk mendapat fokus yang tajam dan penglihatan yang jelas, kanta di dalam mata akan mengembang untuk membawa imej ke retina. Keadaan ini menyebabkan mata sentiasa 'bekerja' sepenuh masa untuk melihat dengan jelas. Ia boleh menyebabkan sakit kepala, sakit di sekeliling mata, mata berair dan silau malam.

Dalam banyak keadaan mereka yang mengalami hyperopia masih boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata tetapi mata dalam keadaan 'stress'. Pemakaian cermin mata bertujuan untuk memberi penglihatan yang jelas serta membantu mata untuk fokus dengan santai dan mengurangkan ketegangan pada mata.

Ramai tidak sedar mereka mengalami hyperopia sehinggalah timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, mata berair, sakit di sekililing mata, kekadang imej menjadi dua (double vision) dan silai malam. Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur dari kanak-kanak ke warga emas.

02/06/2026
Terima kasih.
14/05/2026

Terima kasih.

Dari RM80 sahaja!
12/05/2026

Dari RM80 sahaja!

Mata nampak terang tapi selalu sakit kepala dan kadang-kadang kabur. Accommodative Insufficiency (AI)Ia adalah keadaan d...
08/05/2026

Mata nampak terang tapi selalu sakit kepala dan kadang-kadang kabur.
Accommodative Insufficiency (AI)
Ia adalah keadaan di mana mata tidak mempunyai cukup kekuatan untuk melihat objek dekat (membaca buku, memandang gajet dan sebagainya)

Tanda-tanda :
Sakit kepala
Mata letih
Masalah membaca
Sering berasa letih atau mengantuk
Rasa mata ditarik-tarik
Bahan bacaan bergerak-gerak bila dilihat
Pandangan kabur (kadang-kadang atau setiap masa, terutama di waktu petang dan malam)
Malas membuat kerja sekolah (bagi pelajar)

Pemeriksaan mata biasa tidak dapat mengesan masalah AI ini. Ianya memerlukan pemeriksaan khusus oleh Optometrist. Selalunya mereka yang mengalami AI masih dapat melihat dengan jelas. Masalah ini kebiasaannya tersembunyi.

AI boleh berlaku bagi mereka yang berumur seawal 7 tahun sehingga 38 tahun. Anak-anak bersekolah ada yang mengalami masalah ini tetapi terlepas pandang atau tidak dikesan ketika pemeriksaan mata.

Masalah Accommodative Insufficiency (AI) perlu dirawat dengan cermin mata tempahan khas serta sesi terapi visual (jika diperlukan).

Jika Tuan/Puan berumur bawah 38 tahun atau anak-anak Tuan/puan yang sedang belajar mengadu tanda-tanda di atas, datanglah ke Visi Optometrist Sijangkang untuk pemeriksaan lanjut.

https://wa.me/60105594653

Lazy eye boleh menyebabkan rabun.Jika anak anda mengadu pandangan kabur atau kurang nampak, bawa segera untuk pemeriksaa...
05/05/2026

Lazy eye boleh menyebabkan rabun.

Jika anak anda mengadu pandangan kabur atau kurang nampak, bawa segera untuk pemeriksaan mata di premis kami.
Rabun yang tidak dirawat boleh menyebabkan lazy eye, keadaan di mana otak tidak dapat 'melihat' dengan jelas walaupun setelah memakai cermin mata. Ini berlaku jika keadaan rabun dibiarkan terlalu lama tanpa memakai cermin mata. Dalam kes tertentu ia boleh menyebabkan juling.

Lazy eye sukar dirawat jika anak telah mencapai umur 10 tahun.

Kunjungi premis kami di hadapan Surau Haji Hassan Batu 8 Sijangkang atau hubungi kami di https://wa.me/60105594653.

Cermin mata dari RM80 sahaja!

Terima kasih kerana memilih kami.
04/05/2026

Terima kasih kerana memilih kami.

Address

46, Jalan Desa 2, Taman Desa Sijangkang
Telok Panglima Garang
42500

Opening Hours

Monday 10:30 - 20:00
Tuesday 10:30 - 20:00
Wednesday 10:30 - 20:00
Thursday 10:30 - 20:00
Friday 10:30 - 20:00
Saturday 10:30 - 20:00
Sunday 10:30 - 15:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Visi Optometrist Centre - Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category