Dr Fradzi Channel

Dr Fradzi Channel Surgical Related Video Creator

[Fikir positif, teruskan melangkah. Jangan mengalah!]Biasanya saya share benda-benda yang baik je. Nampak macam bahagia ...
04/06/2026

[Fikir positif, teruskan melangkah. Jangan mengalah!]

Biasanya saya share benda-benda yang baik je. Nampak macam bahagia je sentiasa. Tetapi sebenarnya saya juga manusia biasa. Sering lalai dan leka, jadi Allah selalu ingatkan saya dengan ujian yang menimpa. Ujian yang kadang beratnya membawa muram durja, mengundang sepi dan luka di jiwa...

Hidup ini memang bermacam warna. Ada tawa, ada juga duka nestapa. Semua orang tak terkecuali, pasti akan diuji dengan sesuatu yang mereka rasa susah dan berat untuk dipikul sendiri.

Baru-baru ini saya juga diuji, menyebabkan saya rasa sangat sedih, kecewa, marah pada diri sendiri, marah pada suasana, tak puas hati, sampai menyebabkan emosi saya juga tak stabil.

Isteri saya sempat menegur,

"Dulu di HKL yang sibuk dan semua orang kata stress tu pon, tak ada lah nampak sampai macam ni. Bila dah masuk master, sambung belajar ni, lagi teruk rupanya dari masa di HKL ye?"

Iya, sambung belajar ni bukan senang. Macam-macam kesusahannya. Macam-macam ujiannya. Yang lebih memberatkan, setiap tingkah laku kita diperhatikan, setiap kesalahan kita diperkatakan, setiap kekurangan kita diperdebatkan.

Jadi, kita harus sentiasa berfikiran positif dan terus melangkah. Jangan mengalah dan jangan putus harap. Banyakkan lagi usaha, banyakkan lagi doa dan tawakal pada yang Maha Menguasai Segalanya.

Saya mohon doa dari semua kawan-kawan dan yang sudi membaca, agar urusan saya dan keluarga dipermudahkan untuk saya berjaya mengharungi ujian sepanjang tempoh belajar ini. Dibenarkan untuk menduduki peperiksaan pada Oktober nanti, dan seterusnya dipermudahkan untuk saya lulus dan menjadi pakar bedah Disember 2026 ini, menjadi orang baik dan juga dimurahkan rezeki, dan sentiasa berbakti kepada semua manusia dimuka bumi ini. Amiiinnn....

P/s : dalam duka, ada tawa yang Allah kurnia. Alhamdulillah diberikan rezeki untuk dipanggil membentangkan penulisan saya di Osaka Jepun tempoh hari. Tak nak beraya seorang diri di perantauan, saya usahakan juga untuk bawa isteri dan semua anak-anak saya ke sana. Kumpul duit secukupnya tak bermewah-mewahan, berjimat seboleh mungkin, namun ambil peluang bermusafir juga sejauh semaksima mungkin. Alhamdulillah, atas semua nikmat Tuhan!

[Toksik di Jabatan Pembedahan, kenapa saya STAY]Sekarang tengah viral tentang ada pakar bedah yang bercerita tentang per...
03/05/2026

[Toksik di Jabatan Pembedahan, kenapa saya STAY]

Sekarang tengah viral tentang ada pakar bedah yang bercerita tentang perspektif toksik di jabatan pembedahan.

Toksik katanya adalah dari kaca mata orang yang memandang. Ramai orang anggap toksik, tapi sebenarnya tidak.

Maka berderu-deru mesej dan komen masuk, habis terbongkar cerita apabila masing-masing keluarkan pengalaman toksik dan tekanan yang diorang hadapi semasa di jabatan pembedahan.

Meh saya nak cerita p**a, satu sisi lain tentang jabatan pembedahan. Sisi yang jarang orang cerita.

-----

Semalam saya oncall hari kedua berturut-turut.

Masuk kerja hari Jumaat di hari cuti, standby di hospital sehingga Sabtu, kemudian teruskan standby seharian lagi sehingga habis syif oncall saya pagi ini.

Back-to-back oncall, 48 jam.

Tak penat ke?

Penat. Gila tak penat? Haha...

Tapi tergantung tempat/hospital kita bekerja juga sebenarnya. 48 jam oncall di hospital pantai timur tak akan sama la dengan oncall di hospital yang sibuk macam Hospital Kuala Lumpur. Kalau oncall di situ 48 jam straight mau stroke jadinya. Haha!

-----

Oncall hari jumaat, Variceal Upper GI bleed datang sampai pesakit perlu *"ditidurkan"* (istilah yang digeruni, padahal ianya hanyalah proses membantu jalan nafas, supaya oksigen tetap sampai ke paru-paru), kemudian di-scope, tambah darah, dan sampai perlu CPR.

Semalaman tak boleh tidur sebab pesakit tak stabil.

-----

Oncall semalam, tiga kes trauma (kemalangan jalan raya) datang serentak. Tiga kes berbeza, bukan kemalangan yang sama, tiga umur berbeza, tiga kecederaan yang berbeza.

Tiga-tiga perlu dirujuk ke bahagian pembedahan, perlu dibuat keputusan untuk tindakan selanjutnya, kemudian tak habis lagi selesaikan rawatan datang p**a seorang lagi pesakit kene hempap dengan pokok yang jatuh atas pondok kayu tepi kebunnya.

Empat kes. Serentak satu masa.

-----

Seorang pakcik, BP rendah. Dah masuk air, masuk darah, masih BP rendah. Terpaksa pasang 'inotrope' - ubat untuk bantu jantung naikkan BP.

Dia ada sakit dada, sakit belakang, kepala terhentak dan sempat pengsan. Bila diperiksa, patah tulang rusuk pelbagai segment "flail chest with paradoxical movement", rupa-rupanya, ada Tension Hemothorax!

Mintak ED tolong pasang chest tube sebab team pembedahan kena attend dua kes lain, mereka kata 'flail segment' macamni Surgical team yang kena pasang chest tube sendiri.

Aduh, oklah, pecah dua team. Satu team pasang chest tube, satu team lagi tengok kes lain.

-----

Kes lain, akak umur 40-an datang kena hempap pokok mengadu sakit kepala, bahu, pinggul, kaki.

Rasa macam pelik p**a semua bahagian kena takkan abdomen boleh ter-skip p**a? Bila dipegang, "generalized tenderness".

Ah sudah...

Uruskan untuk CT abdomen STAT!

-----

Seorang lagi lelaki umur 20-an datang sakit perut dan kaki patah akibat dilanggar oleh kereta dari arah bertentangan. Dia nak masuk simpang, kereta dari depan laju tak nak berhenti. Habis dia melayang katanya. Tapi dia tak pengsan. Okay, kepala 'clear'.

BP makin rendah, bila diperiksa perut, mengeras di abdomen bahagian atas.

Air dah masuk 1 liter, BP masih rendah, "masukkan darah sekarang, hantar untuk CT scan", pesan saya dengan berhemah. Saya tak menjerit okay, disclaimer awal-awal. Haha..

Rupa-rupanya, SPLEEN INJURY GRADE 5!

Jom masuk OT sekarang, kita operate!

-----

Alhamdulillah, saya berjaya buat pembedahan buang spleen saya secara solo yang pertama. Darah dalam abdomen sampai 1.5 liter, tapi berjaya dikawal, pendarahan berjaya dihentikan.

Alhamdulillah, terima kasih Allah atas bantuanMu.

-----

Nak ceritanya, suasana di jabatan pembedahan dengan segala hiruk pikuk ini, mustahil untuk tidak merasa stress ataupun tertekan.

Tapi, apa pun keadaan, itu bukan alasan untuk bertindak menjengkelkan.

Takde sebab untuk anda jadi orang yang menyakitkan hati dan perasaan,walaupun anda sedang serius menjalankan amanah dalam pekerjaan.

-----

Saya STAY- sebab saya nak ubah keadaan.

Saya nak ubah persekitaran yang tidak elok yang selalu dicanang-canangkan. Saya mahu kembalikan keyakinan dan kepercayaan semua orang termasuk pesakit dan staff-staff petugas kesihatan, bahawasanya Jabatan Pembedahan bukanlah teruk sangat seperti yang diperkatakan.

Saya STAY- sebab saya sayangkan disiplin pembedahan. Dimana kami merawat untuk dapatkan penyelesaian.

We treat, we cut, and we follow up.
We don't cut when people ask us to cut.
We cut when we really want to cut.

Okay, nampak ego sedikit besar disitu tapi itulah hakikat. Haha...

Kami tak buat kerja tukang, potong dan tinggal.

Kami buat kerja spy, kemudian kami juga buat kerja polis dan bomba.

Cari tahu masalah, selesaikan masalah.

-----

Selamat berjuang untuk semua doktor dan staff di jabatan pembedahan di seluruh Malaysia. Kita bukan sempurna. Tapi kita sentiasa boleh jadi lebih baik.

Dr Fahkrul Radzi
Your friendly neighbourhood surgeon.😁

Lagi 20 minit nak berbuka, saya baru nak naik motor mencari makanan di bazar. Baru nak pakai helmet.---Dah nak dekat sem...
12/03/2026

Lagi 20 minit nak berbuka, saya baru nak naik motor mencari makanan di bazar. Baru nak pakai helmet.

---

Dah nak dekat seminggu saya berjauhan dari isteri dan anak-anak sebab perlu jadi ‘registra’ di sebuah hospital daerah berpakar. Mujur ada asrama jururawat, pihak hospital sediakan bilik untuk pakar bedah, tapi pakar bedah tak perlu pun tinggal di hospital ni, jadi saya yang ambil alih tugasnya. Ada apa-apa kes saya akan lapor padanya. Selebihnya, saya uruskan sendiri.
Latihan awal, sebelum exam November nanti. Kalau lulus, insyaAllah — pakar bedah untuk Ummah. 🤲

---

MO surgical yang oncall harini, telefon saya nak maklumkan ada satu kes yang dirujuk ke bahagian pembedahan.

"Doktor, saya ada dapat referral ni, patient ni dari hospital M. 52 tahun, Bangladeshi, sakit perut di bahagian atas, merebak ke seluruh abdomen. Sakit baru dua hari, semalam sakit masih boleh kerja lagi, harini sakit kuat.

'Vitals sign' masih 'stable', BP tak rendah, nadi tak laju, cuma dia nafas laju perlukan oksigen tambahan.
'Chest Xray' takde 'air under diaphragm', (takde tanda bocor). Mungkin 'severe gastritis' je ni. Tapi patient ni 'acidosis', 'lactate' tinggi, 'White Cell' tinggi, CRP tinggi"

Semua yang menunjukkan jangkitan kuman dan peradangan, semuanya tinggi. Takkan gastrik teruk boleh tunjuk tanda-tanda macamni?

Hmmm....
Saya rasa tak sedap hati p**ak dengar kes macam ni.

---

Di hospital P ni, hospital kecil yang hanya ada dua bilik bedah, beberapa katil ICU, takde CT scan, biasanya akan terus hantar pesakit-pesakit yang tak stabil ke hospital besar. Sejam juga perjalanan nak ke sana. Persoalannya: hantar, atau buat kat sini?

---

Saya rasa pesakit ni ada ulcer perut yang bocor ni.
"Bedah kat sinilah, jom!", ajak saya.
"Tak nak hantar hospital H?", terkejut kawan ni saya kata nak buat operation kat sini. Biasanya memang akan hantar je ke hospital besar.

"J*p, tunggu kat kecemasan aku datang sana j*p”, saya buat keputusan untuk periksa sendiri pesakit ni.
Helmet tinggal kat motor dulu, nak berbuka dengan apa nantilah fikir kemudian.

Bila tengok dari jauh, dah tahu dia tengah tahan sakit. Pakcik Bangladesh ni dah sepuluh tahun di Malaysia, cakap melayu fasih dah. Cuma bila bercakap, nafasnya tercungap, bila ditanya sakit dimana, dia tunjuk di ulu hati.

Bila sentuh abdomen, dia mengaduh kesakitan, abdomen mengeras dan sakitnya terasa walau disentuh dengan perlahan di seluruh permukaan perut.

Sah! Confirm! Peritonitis!

"Ada scan tak? Meh sini saya nak scan j*p", pesakit sampai pun masa dah nak berbuka, doktor kat kecemasan pun tak sempat scan dia lagi.
Bila saya letak scan, ada cecair dalam abdomen. Sepatutnya takde.

“Tapi kalau bocor kenapa takde 'air under diaphragm’?”

Okay, kita repeat satu x-ray. Tadi x-ray yang awal masa baring mungkin tak nampak, ni kita buat x-ray sambil duduk p**ak. Tengok kalau ada udara dia akan naik atas, kita cari 'udara' tu.
Sah. X-ray yang dibuat kemudian ada nampak udara di bawah 'diaphragm'.

Akhirnya, keputusan dibuat untuk tidak melengahkan lagi operation, tak perlu buat CT scan, kita proceed dengan pembedahan.

---

Jamah makanan di kecemasan sekej*p, masuk OT.
Buka abdomen.Terus — cecair keruh bertubi keluar. 400cc. Warnanya dah nak jadi nanah. Tak tahu dah berapa lama bertakung dalam tu. Dan di bahagian antrum perut — lubang kecil, 0.5cm. Ulser yang dah makan dinding perut sampai tembus keluar. – bocor!
Kalau dibiarkan lagi malam tu… tak tahulah apa kejadiannya.

Luka dan lubang tu dah selamat dijahit dan dibersihkan. Alhamdulillah, lega rasanya dapat berbuat sesuatu untuk bantu pakcik ni.

Pada awalnya, dia hanya pasrah je bila saya tanya dia,
"Boleh ke nak buat operation? Pakcik setuju?"

Dia diam sekej*p. Bukan tak nak setuju. Tapi matanya risau.
"Doktor, tanya majikan dulu. Kalau majikan okay, saya okay."

Dia bukan risau pasal operation. Dia risau pasal bil.

Allahuakbar.
Jauh dari kampung, jauh dari keluarga, sakit teruk malam-malam — dan fikiran pertama dia, mampukah dia membayarnya. Kalau dengan majikan, takut jadi beban.

Kita pun kalau pergi oversea doalah banyak-banyak jangan sakit. Kalau tak jenuh kita nak selesaikan bil-bil hospital tu. Huhu…

Alhamdulillah, majikan pakcik ni baik hati. Tanggung semua. Semoga Allah balas dengan kebaikan yang berlipat ganda. Semoga pakcik cepat sembuh dan dijauhkan dari segala komplikasi, amiiinnnn…

---

Korang ada ke yang pernah alami situasi yang sama?
Kalau ada yang sakit perut sampai mengeras, jangan tunggu! Kalau betul gastrik atau ulcer dah menyebabkan kebocoran, jika dibiarkan habis kuman semua merebak di dalam abdomen tu. Bahaya, boleh meragut nyawa!

---

Untuk semua doktor dan paramedik yang bertugas di hospital kecil seluruh Malaysia malam-malam terakhir Ramadan ni — korang tak keseorangan. Kita geng. Semoga kita semua dapat Lailatulqadar. Amiiinnnn….🤲🏼🤲🏼

Ada seorang kawan saya, dia ni budak baik. Tak banyak cakap, tak buat masalah, rajin orangnya. Dia pun sedang sambung be...
21/02/2026

Ada seorang kawan saya, dia ni budak baik. Tak banyak cakap, tak buat masalah, rajin orangnya. Dia pun sedang sambung belajar macam saya, jauh dari keluarga. Isteri dia nun jauh di sana, bersama anak-anaknya.

Cuma, di sini, dia ter'sangkut' dalam suasana.
Dia "rapat" dengan seorang rakan kerja yang berlainan jantina. Lama-kelamaan, kawan dah jadi macam lebih dari sekadarnya. Kadang boleh terlalai dan terleka, sampai terlupa status diri dan keluarga. Sampai boleh jadi fitnah p**ak untuk orang-orang sekeliling mereka.

Saya rasa tak ada niat tidak baik dari mana-mana pihak pun pada awalnya.
Cuma...
Bila lelaki dan perempuan dibiarkan berkawan semahunya, ia jadi "berbeza".
Itu sebab Tuhan dah pesan jangan "dekati" zina.

Sebab sempadan tu boleh cair tanpa kita rancang.
Tanpa kita sedari.
Walaupun dari awal kita dah bentengkan diri dengan iman di hati.
Iman boleh naik dan turun. Kita manusia...

Saya tak tahu macam mana kisah mereka akan berakhir. Tapi saya doakan mereka diberikan petunjuk dan kekuatan — agar tiada yang terluka. Terutama anak kecil yang tak faham apa-apa, tapi akan tanggung semua akibatnya.

-------

Cerita sebegini buat saya termenung lama.
Benda ni boleh jadi pada sesiapa saja...

Bila fikir-fikir, teringat kepada belahan jiwa saya...

Saya berulang setiap hari. Temerloh — Kuantan — Temerloh. Atas motor, saya boleh mengelamun, betulkan pinggang, kalau mengantuk boleh berehat di Petronas, kadang-kadang boleh fikir pasal pesakit, kes operation, atau dengar podcast.

Sedangkan dalam masa yang sama — isteri saya bertungkus-lumus uruskan anak-anak. Kejutkan pagi-pagi, siapkan baju, hantar sekolah, pergi kerja, tengahari kejar masa p**a untuk uruskan makan dan salin baju dan beg KAFA, petang ambil anak-anak, masak, kemas rumah, dan macam-macam lagi kerja, tanpa dibantu pengasuh atau pembantu rumahtangga.
Tulis macam ni pun dah terasa penatnya. Tuan badan entah apalah rasanya. Huhu...

--------

Saya fikir pasal kawan saya tadi.
Mungkin isterinya pun macam tu. Kepenatan fizikal dan emosional. Suami p**ak berjauhan.

Kekosongan tu bukan bermula dengan orang ketiga.
Ia bermula bila suami lupa —
Isteri dia juga manusia.

---------

Kepada isteri saya, Ummu Umar Alfaruq —
Maaf sebab selama ni saya terlepas pandang dan tidak peka. Bukan sebab saya tak hargai awak. Tapi sebab saya terlalu selesa — terlalu yakin yang awak akan sentiasa ada, sentiasa kuat, sentiasa okay. Padahal saya tahu, awak juga manusia. Ada had dan batas kesabaran juga.
Maafkan saya...

Terima kasih kerana jadi orang yang selalu melayan saya, yang tak pernah berhenti bercerita — walaupun penat dan sakit badan merata-rata.

Terima kasih kerana empat orang anak kita tu terjaga, terurus, dan membesar dengan baik — bukan sebab saya, tapi sebab awak sebenarnya.

Kalau ada nama kat sijil Master tu nanti, nama awak patut ada sekali.

Oh ya — Selamat Hari Jadi, sayang. Saya sayang awak. Lebih dari yang apa yang saya boleh zahirkan selama ini.
Eh, bersayang-sayang p**ak kat tempat umum. Haha! Maafkan saya semua!

Kepada sesiapa yang ada orang tersayang sedang penat sorang-sorang —
Jangan tunggu birthday dia untuk bagitahu yang awak nampak penat dia.

Cakap hari ni. Cakap sekarang.
Sebelum kekosongan tu cari pengisinya sendiri.

Dr. Fahkrul Radzi
Doktor bedah separuh masa, suami Soleh (insyaAllah) sepenuh masa
Sikit lagi nak jadi Doktor Cinta 😄




🤍

LAIN MACAM 'VIBE' DI JABATAN PEMBEDAHAN HSNZ, TERENGGANUSemalam adalah hari terakhir saya di HSNZ. Sedih p**a nak mening...
29/08/2025

LAIN MACAM 'VIBE' DI JABATAN PEMBEDAHAN HSNZ, TERENGGANU

Semalam adalah hari terakhir saya di HSNZ. Sedih p**a nak meninggalkan hospital ni...

Orang sekali baca mesti pelik, "Kenapa mamat ni sedih nak keluar hospital? Patut happy la dapat keluar hospital, kan?" Saya lain, bang. Untuk saya, hospital ni macam rumah kedua. Setiap hari saya menghabiskan masa di hospital. Setiap kali pindah hospital, saya pasti akan mencari Bilik Bedah (OT) – ia adalah 'happy place' saya. Tempat saya belajar, berbakti, dan rasa 'bermanfaat' untuk orang lain.

Dari hari pertama saya di sini, saya telah disambut mesra oleh Ketua Jabatan sendiri yang meluangkan masa untuk 'es**rt' saya melakukan orientasi. Beliau tunjukkan ward, klinik, sambil bercerita dengan penuh 'passion' tentang jabatan pembedahan di sini.

Pakar-pakar bedah yang dah sangat senior, walaupun dah berpangkat konsultan dan JUSA, tetap rendah diri, ‘cool’, dan s**a mengajar.

Mana nak jumpa konsultan yang tolong adjust ketinggian meja bedah. Terbongkok-bongkok ambil remote, naik/ turunkan meja mengikut kesesuaian doktor junior yang tengah nak buat operation. Susah nak jumpa konsultan yang sanggup tolong alihkan 'sandbag' di belakang bahu pesakit masa pembedahan sudah hampir selesai. Bila bos-bos besar dah perangai macamni, anak-anak buah pon turut ikut sama. Saling hormat-menghormati, tolong menolong, saling bekerjasama untuk merawat pesakit disini. Memang lain macam 'vibe' disini.

Antara nilai-nilai hebat yang saya perasan disini yang saya fikir patut untuk kita amalkan ditempat-tempat lain adalah :

1) Kepimpinan melalui Tauladan, "Respect is Earned"
Kepimpinan yang tunjukkan contoh yang baik akan dapat penghormatan daripada anak buah. Bila bos-bos besar 'turun padang', tak lokek untuk hulurkan bantuan, secara automatik anak-anak buah akan ikut jejak yang sama.

2) Tiada Budaya 'Blame Game'.
Di sini, fokus utama adalah menyelesaikan masalah dan belajar daripada kesilapan. Bila berlaku masalah, bukan cari siapa punya kerja, tapi cari kenapa dan apa yang patut diperbaiki. Sama-sama bincang penyelesaian agar kesilapan sama tidak berulang. Inilah budaya yang membina, bukan budaya yang menekan. Makin ditekan, makin ditanam, bukannya boleh makin berjaya. Makin tenggelam ada lah. Kan?

3) Beri Peluang kepada 'Juniors' / orang bawahan.
Pakar-pakar, senior-senior di sini tidak takut untuk bagi peluang kepada doktor muda untuk melakukan prosedur mudah. Dan untuk doktor pascasiswazah macam saya, dibenarkan p**a untuk buat kes-kes besar, di bawah pemantauan mereka. Peluang macamni yang membina kematangan dan keyakinan untuk menjadi seorang pakar bedah yang cekap. Makin ramai junior berminat nak sambung Master jadi pakar bedah, makin banyak junior surgeon yang lebih terampil dan tenang berdikari.

3) Komitmen Belajar di Luar Waktu Kerja.
Di sini, kes memang banyak. Pesakit dekat wad dah macam tin sardin. Jadi memang peluang untuk belajar tu sangat banyaklah. Bila pakar-pakar, bos-bos semua baik-baik, yang junior ni rajinlah datang diluar waktu kerja mereka untuk belajar. Pengorbanan masa ni memang perlu, banyak kali buat, banyak yang kita akan lebih tahu.

4) Saling Tolong-Menolong, "Teamwork Makes The Dream Work"
Tidak kira pangkat, umur, jantina, semua staf sentiasa berganding bahu. Kalau ada yang perlukan bantuan, semua sedia membantu. Budaya ni tak boleh dibuat-buat atau dipaksa, dia lahir dari rasa hormat dan persekitaran yang telah lama dibina.
"Ada apa-apa, roger je!"
"Kami sedia membantu"

Apa-apa pun, terima kasih tak terhingga kepada seluruh warga Jabatan Pembedahan dan semua yang pernah bekerjasama sepanjang saya di HSNZ. Pengalaman dan ilmu di sini amat berharga. Doakan perjalanan saya seterusnya. Doakan saya cepat jadi pakar bedah yang berjaya dan bermanfaat buat semua

Sampai jumpa lagi, Terengganu!



Dr. Fahkrul Radzi
Doktor bedah separuh masa
Pemimpin diri dan keluarga sepenuh masa

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN, SAYANG"Anak-anak ke?" Tegur seorang senior selepas saya selesai bervideo-call dengan ana...
24/08/2025

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN, SAYANG

"Anak-anak ke?" Tegur seorang senior selepas saya selesai bervideo-call dengan anak-anak di dalam bilik ruangan untuk pegawai perubatan yang oncall di hospital. Saya janji nak telefon mereka lagi bila saya dah balik ke bilik sewa malam nanti, insyaallah.

"Berapa orang anak?" Sambungnya lagi.

"Empat, abang berapa orang anak?" Belum betul-betul berkenalan dengan kawan-kawan di hospital Terengganu ni sebenarnya, tapi sedar tak sedar dah nak habis tempoh rotation saya di Kuala Terengganu. Sedih p**ak rasa, huhu...

"Jaga anak-anak, isteri molek-molek. Bukan apa, saya banyak kawan-kawan yang bukan setakat masa ambil master, dah lepas jadi Specialist pon ramai yang bercerai. Kesian ke anak-anak."

"Masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing, tiba-tiba ada orang ketiga", tegur abang senior ni. Nampak dia ikhlas menceritakan pengalaman hidupnya untuk manfaat dikongsi bersama.

"Saya faham bang. Orang ketiga satu hal, saya ada juga dengar kisah-kisah orang lain, yang si suami sibuk dengan urusan kerjaya, si isteri menghadapi tekanan mental akibat stress melampau menguruskan anak-anak. Tu pon risau juga bang"

Cerita orang ketiga banyak dah kita dengar. Cuma cerita isteri kelelahan, isteri kepenatan, isteri kemurungan, isteri keresahan, tak ramai orang yang bercerita.

Orang perempuan ni fikiran mereka tak sama dengan orang lelaki. Orang perempuan kalau menguruskan rumah habis dari A sampai Z dia buat kira-kira perhitungan apa yang perlu, apa yang tak perlu, apa 'worse case scenario' kalau biarkan anak buat itu ini. Sebab itulah dengan mak-mak, anak-anak ni tak boleh buat semua benda. Mak-mak ni cepat risau. Cuba tengok ayah-ayah jaga anak. Asal cukup makan pakai, asal ko tak cedera teruk sangat sudah lah. Setakat jatuh luka lebam tu pandai-pandai la korang tahan sakit sendiri.
Ye dak, geng ayah-ayah sekalian? Hahaha...

Orang perempuan ni kuat sebenarnya, dia boleh menggoncang dunia hanya dengan tangannya. (Atau mungkin dengan suaranya. Opps. Haha!)
Tapi kuat mereka ni ada syaratnya.
Mereka perlukan kasih sayang dan perhatian seorang suami. Jika suami bijak untuk mengisi tangki emosi, pasti mereka akan kuat mengalahkan orang besi.

Orang lelaki yang sentiasa menjaga hati isteri, akan kekal tenang meninggalkan rumah melangkah mencari rezeki. Orang ketiga mungkin datang, jika isteri tidak bersyukur macam kes lelaki yang ditangkap membunuh skandal isterinya tu. Saya tak nak komen pasal kisah tu.

Orang lelaki kadang dituduh "takut bini",
Padahal sebenarnya kami tak nak isteri makan hati....

Kerana mereka lah suri hati kami, yang bersusah payah melahirkan dan membesarkan anak-anak kami...

Ingatlah wahai kawan-kawan lelaki, dalam kerja keras kita mencari rezeki, jangan diabaikan perasaan seorang isteri.

Ingatlah wahai kawan-kawan lelaki, janganlah bergurau-gurau depan perempuan suruh "tambah isteri" jika kita tak tahu apa latar belakang kisah mereka. Dalam group whatsapp takpe, saje main-main nak tunjuk hebat. (Mohon terasa, group-group lelaki sahaja tu. Hahaha, chill bang, chill. Jangan marah aku! Hehe...)

******

"Sebenarnya, harini hari Anniversary saya bang"

"Hoh! Doh bakpenye dok cuti???!", terkejut saya kena sergah. Hahaha!

"Kite nye dok rajin mintok cuti bang... Dah nak hujung-hujung rotation ni kena maintain nama baik. Baru dapat 'good feedback' dari boss. Hehe..."

******

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN, SAYANG

Tahun ni kita takde makan di luar bersama-sama.
Maaf sebab tak mohon cuti.
Maaf sebab tak sempat nak pergi Cameron Highlands.
Tapi insyaAllah, setiap pahala yang saya buat untuk pesakit-pesakit disini,
ada bahagiannya untuk awak dan anak-anak.

Terima kasih kerana masih memilih untuk bertahan, sabar, dan terus kuat,
walaupun suami awak ni kadang lebih banyak masa dengan pesakit daripada keluarga sendiri.
Saya akan ganti balik masa berkualiti dengan keluarga insyaallah, janji!

Semoga Allah terus pelihara rumah tangga ini,
diberi sakinah, mawaddah, dan rahmah.
Semoga kita terus saling menyokong, saaling mendoakan, dan saling mencintai hingga ke syurga.

Ameen ya Rabb.

Dr Fahkrul Radzi
Doktor bedah separuh masa
Suami sepenuh masa
Bapa seluruh jiwa.

[Ada Doktor Kat Sini?]Pagi tadi masa naik motor 'on the way' nak pergi kursus di Kuantan, tiba-tiba ternampak ada seoran...
23/07/2025

[Ada Doktor Kat Sini?]

Pagi tadi masa naik motor 'on the way' nak pergi kursus di Kuantan, tiba-tiba ternampak ada seorang budak berumur dalam lingkungan 12-13 tahun terbaring layu, terkulai di tengah jalan raya, pakai baju PJ sekolah, dan seorang lagi mungkin ayah dia atau penjaganya berumur sekitar 45-50 tahun tengah terduduk dengan luka berdarah-darah di siku kiri, sambil pegang tulang rusuk sebelah kiri.

Mula-mula tu lalu dan tengok sekali imbas je. "Tak payahlah tengok lama-lama nanti makin 'jem' p**ak jalan nanti", bicara sendiri dalam hati.
Teruskan perjalanan.

Tapi hati rasa tak sedap, nampak macam baru je kejadian tu berlaku, ada sorang je penunggang motorsikal yang menolong di situ, tak ramai lagi yang berhenti, mungkin kejadian tu baru berlaku.
Setelah berlalu 100meter, saya ubah fikiran. Saya patah balik.

Parking motor tepi jalan, dengan helmet full face masih di kepala, baju hujan lengkap dengan boot hujan, berhenti dan pergi 'assess' mangsa 'accident' tadi.

"Dik, nama siapa dik? Sakit kat mana?"
"Encik, encik okay? Sakit kat mana encik?"

Pakcik tu tunjuk tulang rusuk kiri. Tak bercakap tapi ada respon, mungkin sedikit pening dan sesak nafas tapi tidak terlalu kritikal. Darah tak banyak keluar dari siku kirinya. Pernafasan okay, nadi (jantung) pon okay. Alhamdulillah ,seorang mangsa dah di-"assessed". Status : Stabil.✅

Pergi ke adik tadi, GCS (kalau orang awam pandai menilai status GCS - Glasgow Coma Scale, sangat membantu!)
GCS adik ni E3,V2,M4. Ada lebam dan bengkak benjol besar di mata kiri. Kelopak mata kiri seolah-olah menutup mata dari terbuka. Tempat lain okay, jadi mungkin adik ni ada kecederaan TBI -Traumatic Brain Injury (gegar otak/perdarahan dalam kepala). So far masih okay, airway dan breathing okay, circulation pon okay. Cuma kalau tunggu lama takut GCS drop, mungkin perlu intubate (masuk tiub pernafasan, ditidurkan, stabilkan di ICU).

"Dah ada orang call ambulance?"
"Dah", jawab seorang lelaki yang melihat kejadian dari awal tadi.

Okay, ambulans nak datang tak tau bila, mangsa kat tengah jalan besar, orang banyak lalu lalang, 'peak hour' nak pergi kerja dan hantar anak sekolah, mangsa perlu berada di 'environment' yang selamat.

Jadi saya check cervical tenderness (sakit pada bahagian leher belakang jika ditekan), immobilized (tidak gerakkan) the neck, dengan cara sodok bahu kanan dan kiri adik ni untuk support leher dan kepala, dibantu seorang lagi bystander, angkut adik ni bawak ke tepi jalan.
Status : Stabil, watchout for GCS drop! 🆘

Kemudian saya pergi semula ke pakcik tadi, tanya "boleh jalan tak? Kalau boleh, jom berdiri, saya bawak ke tepi"

Saya sangkut lengan kanannya di belakang bahu saya, saya papah dia berjalan ke tepi.

Waktu ni saya perasan ramai yang ambil video dan ambil gambar. Harap-harap takde yang kenal saya, helmet tak bukak sebab tak nak orang kenal. Haha.

Kemudian ada seorang MA (tahu dia MA sebab dia pakai baju uniform hijaunya untuk pergi kerja) datang mendekati mangsa tadi, dia kelihatan terus telefon kawannya di hospital, untuk panggil ambulan segera. Mungkin dia ni MA di jabatan kecemasan.

"Ada dua orang mangsa ni, cepat datang"

Saya rasa lega, saya serahkan mereka kepada MA tadi. Saya percaya mangsa sudah selamat jika MA ni bersedia membantu sampai ke hospital. Saya pon kemudiannya beredar untuk teruskan perjalanan ke kuantan. Sambil bawak motor sambil berfikir, alangkah bagusnya kalau orang awam tahu asas-asas bantuan kecemasan. Hmm, kene buat video ni. Tapi lepastu lupa, tak sempat nak buat video, sebab kena buat benda lain. Haha.

Jadi tulis jelah. Korang baca korang sampaikan pada saudara mara korang. Kot-kot mereka berminat nak belajar ilmu asas ketika kecemasan. Boleh jadi mereka mampu menyelamatkan nyawa!!!

MORAL of the Story :
✅ Tolong jika mampu. Bantulah apa yang mampu.
✅ Tahu asas trauma: ABCDE, GCS, kecederaan kepala dan leher jangan banyak gerak, boleh lumpuh!
✅ CPR dan resusitasi (bantuan kecemasan) bukan untuk doktor je, tapi untuk semua yang mahu cari ilmu.

Dr Bedah + Mat Motor
Dr Fahkrul Radzi





Terengganu, mung jangan cari pasal!"Terengganu haram LGBT". Terpampang besar-besar iklan di tepi jalan. Walaupun sebenar...
01/07/2025

Terengganu, mung jangan cari pasal!

"Terengganu haram LGBT". Terpampang besar-besar iklan di tepi jalan. Walaupun sebenarnya tak perlu dijadikan iklan pon, benda ni semua patut tahu ianya haram dan berdosa, 'Nabi tak mengaku ummat', tapi ia tetap diberikan penekanan dan diiklankan, syabas kerajaan negeri Terengganu! Melaburkan duit untuk membuat iklan khidmat masyarakat seperti ini.

Banyak pesakit datang ke klinik atau hospital, yang sudah dijangkiti HIV, ada yang sudah sampai ke tahap AIDS, bila diselidiki kisah disebaliknya, bukan lagi akibat berkongsi jarum. Tapi disebabkan MSM (Men S*x Men). Aku tak tahu apa yang seronoknya MSM ni, tapi ada (dan ramai juga) yang terjebak.

Salah satu puncanya mungkin, adalah kehidupan di asrama. Jaga-jaga ibubapa yang ingin menghantar anak ke asrama. Pastikan anda tidak 'melepaskan' anak anda disekolah asrama tanpa pngawasan, tanpa dijaga diambil berat siapa kawan dan persekitarannya. Walaupun sekolah agama ke, sekolah tahfiz ke, akan ada makhluk yang dididik oleh syaitan untuk menghasut budak-budak yang baru nak meningkat remaja ni. Mula dengan abang angkat adik angkat. Lepastu ajak jumpa 'study sama-sama', lepastu duduk dalam tempat asing berdua atau bertiga. Yang pasti senior akan ramai, adik junior ni sorang-sorang. Lepastu mula ringan-ringan, kemudian jadi kebiasaan.

Saya selalu pesan kat anak-anak saya, walaupun masih di sekolah rendah, tentang bahaya kawan yang 'nakal'. Dengan anak-anak saya sebenarnya takde istilah nakal ni, saya label jahat terus. "Jangan kawan dengan budak jahat, nanti jadi budak jahat. Korang nak jadi budak jahat ke?"

Kalau diorang tunjuk benda bukan-bukan, lari! Diorang akan cakap pasal gambar tu menarik, gambar ni geli, gambar ni gila, "kau nak tengok tak?"

Jawab terus, "tak nak". Dan lari pergi main jauh-jauh jangan dekat dengan diorang dah.

Kalau sekolah asing lelaki-lelaki sahaja mungkin ini salah satu masalahnya, kalau sekolah campur lelaki perempuan lain p**ak cabarannya. Tak ada benda senang di dunia ni, takkan ada benda mudah untuk didik anak di dunia ni. Kita sebagai mak bapak kena 'involve' dalam dunia mereka. Jangan lepaskan mereka, konok nak bagi kebebasan dan berdikari.

Tidak, mereka bukan bahan ujikaji untuk kita cuba-cuba lepas diri. Mereka adalah tanggungjawab kita, kita yang akan mencorakkan mereka. Nak corakkan warna apa, nak corakkan jadi bentuk apa. Takkanlah kita nak anak kita jadi baik dan soleh tapi kita biarkan dia ikut perangai dan contoh yang tak baik, betul tak?

Tepuk dada, tanya lah akal dan iman.
Yang penting, Terengganu International Bike Week tetap onz. Haha!

Dr Fahkrul Radzi
Doktor rempit dari Pahang ke Terengganu, steady...

Address

Jalan Jaya 8/4, Taman Jaya 8
Temerloh
28000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Fradzi Channel posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Dr Fradzi Channel:

Share

Category