Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh Kedudukan Hospital Temerloh adalah di pertengahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuantan. Lokasinya di Muki Lokasinya di Mukim Perak dalam Daerah Temerloh.

Dikelilingi taman yang menghijau seluas 44 ekar yang menjadikan ianya menarik dipandang dan tersergam indah. Pembinaannya dimulakan pada Jun 2002 dan tamat pada 15 Jan 2005 dalam tempoh 34 bulan. Kos pembinaan adalah sebanyak RM 480 juta. Hospital ini dibina bagi menggantikan Hospital Mentakab yang telah beroperasi hampir satu abad lamanya. Peranannya bukan sahaja kepada penduduk di daerah Temerloh malahan menjadi Hospital Rujukan bagi daerah Kuala Lipis ,Raub , Maran ,Bentong ,Jerantut dan Bera. Perkhidmatan Hospital Temerloh beroperasi secara berperingkat dari Mac 2005 dan sepenuhnya pada 16 April 2005. Pada Isnin 27hb. Mac 2006 bersamaan 26 Safar 1427H perasmian Hospital Temerloh disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah. Pada Majlis Perasmian ini Hospital Temerloh diberi penamaan semula sebagai Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

MESYUARAT PERBINCANGAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGUNGSIAN BANGUNAN HoSHAS 27 Ogos 2026 (Khamis) | 2.30 petang Bilik Mesyu...
30/08/2026

MESYUARAT PERBINCANGAN LATIHAN KEBAKARAN DAN PENGUNGSIAN BANGUNAN HoSHAS

27 Ogos 2026 (Khamis) | 2.30 petang

Bilik Mesyuarat Anggerik, Unit Pentadbiran (Aras 3), HoSHAS

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh telah mengadakan mesyuarat perbincangan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Temerloh serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) Temerloh bagi membincangkan persediaan dan penyelarasan pelaksanaan Latihan Kebakaran dan Pengungsian Bangunan yang akan dilaksanakan di HoSHAS.

Mesyuarat ini bertujuan memastikan aspek keselamatan, tindakan kecemasan, pengungsian warga hospital, koordinasi antara agensi serta kesiapsiagaan petugas dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan. Kerjasama strategik bersama agensi keselamatan amat penting bagi memastikan tahap kesiapsiagaan hospital sentiasa berada pada tahap optimum dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Temerloh dan PDRM Temerloh atas kerjasama serta komitmen yang diberikan dalam memperkukuh aspek keselamatan dan kesiapsiagaan kecemasan di HoSHAS.





Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M. Semoga cinta dan kasih kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sen...
24/08/2026

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H / 2026M. Semoga cinta dan kasih kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW sentiasa mekar di hati serta menjadi panduan dalam setiap langkah kehidupan.

“Madani Dihayati, Ummah Diberkati”



PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA KARNIVAL PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA ISLAM (USRATI) PERINGKAT NEGERI PAHANG 2026Hospit...
24/08/2026

PROGRAM ZIARAH PRIHATIN SEMPENA KARNIVAL PENGUKUHAN INSTITUSI KELUARGA ISLAM (USRATI) PERINGKAT NEGERI PAHANG 2026

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh berbesar hati menerima kunjungan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP), Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Temerloh dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sempena Program Ziarah Prihatin Karnival Pengukuhan Institusi Keluarga Islam (USRATI) Peringkat Negeri Pahang 2026 pada 21 Ogos 2026.

Program yang berlangsung di Unit Hemodialisis HoSHAS ini bertujuan menyantuni pesakit yang sedang menjalani rawatan, di samping menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan kepada pesakit serta keluarga.

Rombongan diketuai oleh Timbalan Qadhi Daerah Temerloh, Al-Fadhil Ustaz Afif Aisar bin Ahmad, bersama wakil MUIP Temerloh, Bahagian Pembangunan Keluarga JAIP serta 14 orang staf sokongan.

Rombongan turut disambut oleh Dr. Mazlina binti Mohtar, bersama Timbalan Pengarah Perubatan I yang menanggung tugas Pengarah Hospital, Dr. Ahmad Syahir bin Sarji, Timbalan Pengarah Perubatan II yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah, Ahli Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) HoSHAS serta warga Unit Hemodialisis.

Seramai 30 orang pesakit disantuni melalui sesi ziarah, ramah mesra dan penyampaian sumbangan khas, termasuk sumbangan zakat. Inisiatif ini bukan sahaja menyentuh aspek kebajikan, malah membawa mesej kasih sayang, sokongan dan kekuatan moral kepada pesakit yang sedang melalui cabaran kesihatan.

HoSHAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada JAIP, PAID Temerloh dan MUIP atas keprihatinan serta kesudian bersama-sama menyantuni pesakit.

Program ini mencerminkan semangat ta‘awun — saling membantu dalam kebajikan, di samping memperkukuh jaringan kerjasama antara institusi agama dan institusi kesihatan dalam menyokong kesejahteraan pesakit secara menyeluruh, merangkumi aspek fizikal, kebajikan dan kerohanian.

Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkasa demi melahirkan perkhidmatan kesihatan yang lebih prihatin, penyayang dan berteraskan nilai kemanusiaan.







BENGKEL INFECTION PREVENTION & CONTROL (IPC) PERINGKAT HoSHASHospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) terus memperkukuh ...
21/08/2026

BENGKEL INFECTION PREVENTION & CONTROL (IPC) PERINGKAT HoSHAS

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) terus memperkukuh komitmen dalam memastikan keselamatan pesakit dan warga kerja melalui pelaksanaan Bengkel Infection Prevention & Control (IPC) Peringkat HoSHAS yang telah berlangsung selama dua hari, pada 19 dan 20 Ogos 2026.

Bengkel yang diadakan di Bilik Seminar Teratai dan Kiambang serta Ruang Legar Auditorium HoSHAS ini melibatkan penganjuran Bil. 3 dan Bil. 4, dengan penyertaan warga kerja daripada pelbagai disiplin klinikal.

Pada hari pertama, seramai 28 peserta yang terdiri daripada pakar, pegawai perubatan, jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) telah menyertai bengkel. Manakala pada hari kedua, seramai 32 peserta yang terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat, PPP dan pegawai farmasi turut mengambil bahagian.

Bengkel ini bertujuan untuk memperkasa pengetahuan, meningkatkan kemahiran serta memperkukuh pematuhan warga kerja terhadap amalan pencegahan dan kawalan infeksi, selaras dengan usaha berterusan HoSHAS dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan yang selamat dan berkualiti.

Menariknya, peserta didedahkan kepada pendekatan pembelajaran secara stesen OSCE yang merangkumi pelbagai modul berkaitan IPC. Konsep interaktif “Learning Through Fun” menjadikan proses pembelajaran lebih menarik, praktikal dan bermakna, di samping memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran IPC dalam situasi tugasan harian.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua fasilitator dan peserta atas komitmen, kerjasama serta kesungguhan yang diberikan. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh terus diterapkan dalam amalan seharian demi memastikan keselamatan pesakit, keselamatan warga kerja dan kualiti perkhidmatan HoSHAS sentiasa berada pada tahap terbaik.

Bersama kita membudayakan IPC — setiap masa, setiap tempat, setiap warga kerja.




Belasungkawaانا لله وانا اليه راجعون Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga En. Sharil Hisham bin Mohamad, Pembantu ...
15/08/2026

Belasungkawa

انا لله وانا اليه راجعون

Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga En. Sharil Hisham bin Mohamad, Pembantu Tadbir (P/O) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh yang telah kembali ke rahmatullah pada 15 Ogos 2026.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal mereka dan kurniakan kesabaran kepada seluruh ahli keluarga mereka dalam mengharungi ujian ini.

Semoga roh Allahyarham dirahmati Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞
‎ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
‎مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞
‎إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞
‎ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞
‎صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞
‎ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
‎امين

Ikhlas Daripada

Pengarah Hospital & Seluruh Kakitangan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐇𝐀𝐒TEMERLOH, 14 OGOS 2026 – Hospital Sultan Haji Ahm...
14/08/2026

𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐃𝐈𝐀𝐋𝐎𝐆 𝐃𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐔𝐑𝐔𝐒 𝐒𝐓𝐑𝐀𝐓𝐄𝐆𝐈𝐊 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐔𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐒𝐇𝐀𝐒

TEMERLOH, 14 OGOS 2026 – Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) telah mengadakan Sesi Dialog dan Libat Urus Strategik antara Pengurusan Tertinggi Hospital bersama pekerja syarikat kawalan keselamatan sebagai satu usaha memperkukuh aspek keselamatan, disiplin serta komunikasi antara pihak pengurusan hospital dan anggota keselamatan yang bertugas di HoSHAS.

Sesi yang dipengerusikan oleh Dr Mazlina binti Mohtar, Timbalan Pengarah Perubatan I (Menanggung Tugas Pengarah Hospital) ini memberi ruang kepada anggota keselamatan untuk menyampaikan pandangan, isu dan cabaran yang dihadapi sepanjang menjalankan tugas, di samping mendapatkan penjelasan serta panduan daripada pihak pengurusan hospital.

Dalam ucapan beliau, Dr Mazlina menegaskan bahawa anggota keselamatan merupakan sebahagian daripada pasukan hospital dan memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran hospital sentiasa selamat, teratur dan kondusif untuk pesakit, waris serta warga kerja.Beliau turut menyampaikan amanat serta arahan terkini berkaitan dengan pelaksanaan tugas kawalan keselamatan di hospital.

Antara perkara yang diberi penekanan adalah pematuhan disiplin dan SOP, kawalan akses keluar masuk, kawalan pelawat, rondaan keselamatan, pengurusan individu agresif, keselamatan pesakit dan warga kerja serta tindak balas terhadap situasi kecemasan. Aspek kepentingan komunikasi yang berkesan dan sikap profesional dalam melaksanakan tugas turut ditekankan selain kepentingan melaksanakan tugas dengan amanah, ikhlas dan penuh tanggungjawab, di samping meningkatkan kemahiran insaniah (soft skills) seperti kemahiran komunikasi, kesabaran, kawalan emosi, ihsan dan sikap profesional ketika berurusan dengan pesakit, waris, pelawat serta kakitangan hospital. Anggota keselamatan perlu sentiasa berwaspada, proaktif dan peka terhadap sebarang risiko keselamatan, di samping mengamalkan pendekatan yang tegas tetapi berhemah ketika berurusan dengan pesakit, waris dan warga hospital.

“Saya mahu anggota keselamatan bukan sekadar hadir di post, tetapi hadir dengan mata yang melihat, telinga yang mendengar, fikiran yang peka dan keberanian untuk bertindak apabila keselamatan di hospital terancam.”

Sesi dialog ini memberi ruang kepada anggota pengawal keselamatan untuk menyampaikan pandangan dan permasalahan yang dihadapi semasa menjalankan tugas di lapangan. Perbincangan mengenai beberapa cadangan penambahbaikan termasuk pengukuhan rondaan di kawasan berisiko, pemantapan sistem kawalan akses kepada waris dan pelawat, penambahbaikan komunikasi antara anggota keselamatan dengan pihak hospital serta semakan semula prosedur kerja bagi pihak kawalan keselamatan semasa situasi bencana atau insiden melibatkan kepentingan awam atau menarik perhatian awam.

Pihak pengurusan HoSHAS turut menghargai komitmen dan dedikasi anggota keselamatan yang bertugas secara berterusan, termasuk pada waktu malam, hujung minggu dan cuti umum bagi memastikan keselamatan hospital sentiasa terpelihara.

Sesi ini diharap dapat memperkukuh kerjasama, kepercayaan dan semangat kerja berpasukan antara pihak pengurusan HoSHAS dan anggota keselamatan demi mewujudkan persekitaran hospital yang lebih selamat, mesra dan kondusif.

"Keselamatan adalah tanggungjawab bersama"
"Tegas Tidak Semestinya Kasar. Berdisiplin Tidak Semestinya Tidak Mesra"




𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐌 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀𝐙𝐀𝐇13 Ogos 2026 (Khamis) – Unit Kesihatan Awam,...
14/08/2026

𝐋𝐀𝐓𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐄𝐍𝐃𝐀𝐋𝐈𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐉𝐀𝐌 𝐊𝐋𝐈𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀𝐙𝐀𝐇

13 Ogos 2026 (Khamis) – Unit Kesihatan Awam, Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (UKAKKP) bersama Unit Kawalan Infeksi (UKI) telah mengadakan Latihan Pengendalian Alatan Tajam Klinikal bertempat di Bilik Seminar Kluster Teratai & Kiambang, HoSHAS. Latihan ini disertai oleh seramai 15 orang Pegawai Perubatan Siswazah daripada pelbagai jabatan klinikal.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menetapkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk memastikan setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya manakala setiap pekerja wajib memberikan perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja. Selain itu, majikan juga diwajibkan untuk menguruskan risiko iaitu hazard pekerjaan seperti hazard fizikal & biologikal yang dihadapi oleh para pekerja sewaktu melaksanakan tugas.

Sesi latihan dimulakan dengan pembentangan Sharp Injury Surveillance oleh Dr. Mohamad Faris bin Md Noh, Pegawai Perubatan daripada UKAKKP yang merangkumi pengenalan alatan tajam klinikal, aspek perundangan, penyakit pekerjaan, data dan statistik kes, kaedah pelaporan serta tindakan segera sekiranya berlaku kecederaan akibat alatan tajam.

Seterusnya, Dr. Ng Mee San, Pegawai Perubatan daripada UKI menyampaikan penerangan berkaitan kawalan infeksi semasa prosedur pengambilan darah, termasuk kepentingan kebersihan tangan, penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) yang sesuai serta kaedah pelupusan peralatan selepas prosedur.

Latihan turut disusuli dengan sesi praktikal melalui demonstrasi prosedur pengambilan darah oleh Pegawai Perubatan Siswazah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Diharapkan latihan ini dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Pegawai Perubatan Siswazah dalam pengendalian alatan tajam secara selamat serta memastikan amalan kawalan infeksi sentiasa dipatuhi demi keselamatan petugas dan pesakit.






🧡 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝟏𝟓𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐇𝐨𝐒𝐇𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 🧡Sempena Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026, Jawatankuasa Keselamatan ...
14/08/2026

🧡 𝐂𝐀𝐁𝐀𝐑𝐀𝐍 𝟏𝟓𝟎,𝟎𝟎𝟎 𝐋𝐀𝐍𝐆𝐊𝐀𝐇 𝐇𝐨𝐒𝐇𝐀𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟔 🧡

Sempena Sambutan Hari Keselamatan Pesakit Sedunia 2026, Jawatankuasa Keselamatan Pesakit HoSHAS dengan kerjasama Unit Kesihatan Awam HoSHAS akan menganjurkan Cabaran 150,000 Langkah HoSHAS.

Dengan tema “Safe care for noncommunicable diseases” dan slogan “Safe care for life!”, cabaran ini mengajak warga HoSHAS dan KKM untuk bersama-sama mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat.

📅 Tarikh Cabaran: 16 – 30 Ogos 2026
🎯 Sasaran: 150,000 langkah secara kumulatif
👥 Kelayakan: Terbuka kepada semua kakitangan HoSHAS dan warga KKM yang aktif mengumpul e-medal.

Berikut merupakan cara bagi menyertai cabaran ini:
1. 🤳Muat turun aplikasi BookDoc di telefon pintar.
2. 🏃‍♀️🏃‍♂️Sertai cabaran ”Cabaran 150, 000 Langkah HoSHAS”
https://deeplink.bookdoc.com/challenges/3698
3. 📝 Cabaran akan bermula pada tempoh 16 Ogos hingga 30 Ogos 2026 sahaja.
4. 🎁 Tiga (3) orang peserta (dari HoSHAS sahaja) yang mendapat jumlah langkah terbanyak yang direkodkan dari aplikasi BookDoc sepanjang tempoh cabaran akan menerima hadiah menarik yang akan disediakan oleh pihak penganjur.
5. 📲Sync langkah melalui telefon atau smartwatch.
6. 🔄Sila pastikan data langkah sentiasa dikemaskini (refresh data) dalam aplikasi BookDoc.

Ayuh warga HoSHAS, bersama-sama kumpul langkah, kekal aktif dan amalkan gaya hidup sihat! 🧡





𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇! 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐇𝐨𝐒𝐇𝐀𝐒Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah serta seluruh warga kerja HoSHAS...
13/08/2026

𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇! 𝐏𝐄𝐍𝐂𝐀𝐏𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝐇𝐨𝐒𝐇𝐀𝐒

Tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah serta seluruh warga kerja HoSHAS yang telah mengharumkan nama jabatan.
"Terus melangkah, terus berprestasi dan terus mengukir kecemerlangan!"

ANUGERAH CABARAN LANGKAH SIHAT ITU SAYA PERINGKAT NEGERI PAHANG

Pencapaian Pasukan:
1. Sinergi 30K – Bahagian Kesihatan Awam, JKN Pahang
2. PH123 Rhino Runners – KK Permatang Badak, PKD Kuantan
3. Fit & Fabulous – KK Temerloh, PKD Temerloh
4. Tiada Hari Tanpa Peluh – Gabungan Bahagian Pengurusan & Farmasi, JKN Pahang
5. PH42 10K Happy Steps – KK Jaya Gading, PKD Kuantan
6. PH116-Hosber – Hospital Bera
𝟕. 𝗣𝗛𝟱𝟳-𝗛𝗢𝗦𝗛𝗔𝗦 – 𝗛𝗼𝘀𝗽𝗶𝘁𝗮𝗹 𝗦𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗷𝗶 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗦𝗵𝗮𝗵 (𝗛𝗢𝗦𝗛𝗔𝗦
8. Trim & Fit KKBG – KK Bukit Goh, PKD Kuantan
9. RX Ranger F6 – Bahagian Farmasi, JKN Pahang
𝟭𝟬. 𝗧𝗲𝗮𝗺 𝗝𝗮𝗻𝗷𝗶 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 #𝗛𝗢𝗦𝗛𝗔𝗦 – 𝗛𝗢𝗦𝗛𝗔𝗦

ANUGERAH INDIVIDU TERBAIK
🏅 Puan Maznin binti Mazhar – Bentong Stephunter, PKD Bentong
🏅 Encik Kamaruddin bin Jumaidin – PH Hosber Fighther, Hospital Bentong
🏅 Puan Zuraila binti Abu Bakar – Fit & Fabulous, KK Bandar Mentakab
🏅 *𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗟𝘂𝗾𝗺𝗮𝗻 𝗖𝗵𝗼𝗻𝗴 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗖𝗵𝗼𝗻𝗴 – 𝗣𝗛𝟱𝟳-𝗛𝗢𝗦𝗛𝗔𝗦, 𝗛𝗢𝗦𝗛𝗔𝗦
🏅 Puan Nurasheila binti Idris – KKJ2 Fighter PH14, KK Jengka 2
🏅 Encik Mohd Amin bin Ismail – Jenggo Bellatores, Hospital Rompin
🏅 Puan Choi Yin Kwen – 10K Divas Move KK Berserah, KK Berserah
🏅 Dr. Ahmad Hafizi bin Rozimi – 10K Step Syndicate, Hospital Kuala Lipis
🏅 Puan Noormastura Ashadul Kushairi – IM 14 Fit Fighters, Unit Vektor, JKN Pahang
🏅 Puan Azura binti Mahamad – Sinergi 30K, Unit KPAS, JKN Pahang
🏅 Encik Tan San Kuie – Sinergi 30K, Unit HIV/STI/Hepatitis C, JKN Pahang
🏅 Puan Ismayati binti Ishak – Sinergi 30K, Unit Promosi Kesihatan, JKN Pahang
🏅 Dr. Mohd Rahim Sulong – TPKN (KA), JKN Pahang


𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 💚Hari Pendermaan Organ Sedunia disambut pada 13 Ogos setiap tahun sebagai satu usaha untuk...
13/08/2026

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐑𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 💚

Hari Pendermaan Organ Sedunia disambut pada 13 Ogos setiap tahun sebagai satu usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ dan tisu, di samping menggalakkan lebih ramai individu tampil sebagai penderma.

Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ 2026, warga kerja HoSHAS turut menzahirkan sokongan dengan mengenakan pakaian berwarna hijau sebagai simbol solidariti, harapan dan sokongan terhadap usaha menyelamatkan lebih banyak nyawa. 💚

Pancaran cahaya hijau p**a menjadi simbol penghargaan kepada para penderma dan keluarga yang telah memberikan harapan serta peluang kehidupan baharu kepada insan lain.

📱 Ikrar pendermaan organ kini boleh dilakukan dengan mudah melalui aplikasi MySejahtera.

💚 Satu ikrar, satu harapan, satu peluang untuk menyelamatkan nyawa.



💚


Address

Jalan Maran
Temerloh
28000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category