Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran

Call Directions Website Contact the practice

Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran Klinik Perubatan Dan Pembedahan Di Pekan Tuaran

13/11/2026

Member pandai belakon bah HAHAHAH

Jangan anggap sakit pinggang yang datang mengejut tengah malam itu cuma salah tidur.Lebih-lebih lagi kalau sakitnya data...
12/11/2026

Jangan anggap sakit pinggang yang datang mengejut tengah malam itu cuma salah tidur.
Lebih-lebih lagi kalau sakitnya datang berombak.
Seorang suami terjaga pukul 3 pagi. Pinggang kiri rasa macam dicucuk. Dia cuba mengiring, duduk, berdiri, jalan ke dapur. Tak ada satu posisi pun yang lega.
Sakit itu menjalar ke perut bawah, sampai ke kelangkang. Reda sekejap, datang balik lebih kuat. Dia muntah sekali.
Di kecemasan, doktor tanya dia minum air berapa banyak sehari. Dia sendiri tak ingat.
Batu karang buah pinggang. Kristal kecil yang terbentuk dalam buah pinggang, kemudian bergerak turun ke saluran kencing.
Selagi batu itu duduk diam dalam buah pinggang, selalunya tiada rasa apa-apa. Sakit teruk muncul bila ia bergerak dan menyekat laluan.
Tanda lain: air kencing merah jambu, merah atau perang, rasa nak kencing selalu, pedih bila kencing, loya dan muntah.
Pakar urologi di Malaysia menjelaskan, batu karang sangat biasa di negara kita, sebahagian besarnya kerana cuaca panas. Kita berpeluh sepanjang hari, tapi minum tak cukup untuk ganti.
Batu yang kecil boleh keluar sendiri tanpa rawatan. Tapi ke hospital segera jika sakit disertai demam atau menggigil, muntah teruk, atau tak boleh kencing langsung.
Pencegahan paling murah ada dalam gelas.
Minum cukup air sepanjang hari, lebih lagi bila kerja di luar atau bersukan. Tengok warna air kencing. Kuning pekat tanda badan minta air.
Kurangkan garam. Jangan p**a buang susu atau kalsium sebab takut. Kalsium daripada makanan bukan puncanya.
Yang pernah kena sekali, lagi penting jaga. Kira-kira separuh pesakit dapat batu baru dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.
Sakit itu tak perlu berulang
CREDIT TO:Public Health Malaysia

Selamat pagi🌞 Semoga hari ini lebih tenang, lebih kuat dan dipermudahkan segala urusan.🤍
11/11/2026

Selamat pagi🌞 Semoga hari ini lebih tenang, lebih kuat dan dipermudahkan segala urusan.🤍

Good Morning :)
10/11/2026

Good Morning :)

Cawan teh berlaga perlahan dengan piring.Tangan ayah menggigil setiap kali angkat cawan ke mulut. Bila menulis, huruf ma...
09/11/2026

Cawan teh berlaga perlahan dengan piring.
Tangan ayah menggigil setiap kali angkat cawan ke mulut. Bila menulis, huruf makin senget. Nak masukkan benang ke jarum, kena minta tolong cucu.
Tapi bila tangan dia rehat atas riba, gegaran itu hampir tak nampak.
Anak-anak mula berbisik. "Parkinson ke?"
Ramai keluarga terus fikir ke situ. Padahal tak semua tangan menggigil itu Parkinson.
Salah satu jenis gegaran yang biasa ialah essential tremor. Ia paling kerap pada orang berumur 40 tahun ke atas.
Dan ada satu petunjuk mudah yang pakar guna untuk membezakan.
Bila gegaran itu muncul.
Essential tremor biasanya berlaku bila tangan sedang digunakan. Pegang cawan, menulis, menyuap makanan, pasang butang baju.
Gegaran Parkinson p**a paling ketara bila tangan sedang rehat, contohnya diletak atas riba atau di sisi badan.
Beberapa perkara lain tentang essential tremor.
Kira-kira separuh pesakit ada perubahan gen yang diwarisi. Sebab itu kadang-kadang ada ahli keluarga lain yang tangannya pun menggigil.
Ia juga boleh melibatkan kepala, seperti angguk atau geleng kecil, dan suara.
Gegaran boleh jadi lebih teruk bila stres, penat, minum kafein, atau dalam suhu melampau.
Essential tremor tidak mengancam nyawa, walaupun simptomnya boleh bertambah perlahan-lahan.
Jadi kalau mak atau ayah mula menggigil, jangan teka sendiri dan jangan panik.
Perhatikan dulu. Menggigil bila buat kerja, atau bila rehat? Sebelah tangan atau dua-dua?
Rakam video pendek dengan telefon, kemudian tunjuk kepada doktor. Doktor boleh nilai dan rujuk ke pakar saraf jika perlu.
Sementara itu, kurangkan kopi dan teh pekat, dan cukupkan rehat.
Tangan yang menggigil tak semestinya berita buruk.
Tapi ia tetap patut diperiksa, dengan tenang.

Credit to Public Health Malaysia

Work Smarter, Not HarderHard work is important, but smart work can change the game. 💯Instead of putting in more effort, ...
08/11/2026

Work Smarter, Not Harder
Hard work is important, but smart work can change the game. 💯
Instead of putting in more effort, learn to find a better way to achieve the same goal.
Don’t just work harder—think smarter, work smarter, and grow faster. Good morning 😊

Kami lampirkan jadual bertugas doktor untuk minggu hadapan (9 Nov sehingga 15 Nov) untuk rujukan para pelanggan yang kam...
08/11/2026

Kami lampirkan jadual bertugas doktor untuk minggu hadapan (9 Nov sehingga 15 Nov) untuk rujukan para pelanggan yang kami kasihi. Jemput datang semua 😊

HARD WORK is more than a duty—it’s the KEY TO SUCCESS. 🔑Great things don’t happen by accident. They come to those who wo...
07/11/2026

HARD WORK is more than a duty—it’s the KEY TO SUCCESS. 🔑
Great things don’t happen by accident. They come to those who work hard, stay focused, stay consistent, and never give up. 💪🔥
Keep going. Your effort today is building the success you’ll celebrate tomorrow. Good morning😊

Sometimes, our plans change for a reason. 🤍Keep going, trust the process, and believe that better things are ahead. Good...
05/11/2026

Sometimes, our plans change for a reason. 🤍
Keep going, trust the process, and believe that better things are ahead. Good morning and have a blessed day🌞

"Krek."Bunyi tu keluar setiap kali anda bangun dari duduk bersila. Setiap kali naik tangga. Setiap kali squat ambil bara...
04/11/2026

"Krek."
Bunyi tu keluar setiap kali anda bangun dari duduk bersila. Setiap kali naik tangga. Setiap kali squat ambil barang bawah meja.
Kawan sebelah gelak. "Dah tua dah lutut tu."
Dalam hati, mula risau. Ini tanda lutut dah haus ke? Kena kurangkan jalan? Kena berhenti senaman?
Ramai yang bertanya soalan sama. Jadi mari kita jawab betul-betul.
Bunyi pada sendi lutut ada nama perubatan. Crepitus.
Dan berita baiknya, ia sangat biasa. Pakar ortopedik menjelaskan, kira-kira 41 peratus orang mengalami bunyi pada lutut mereka.
Hampir separuh.
Kenapa lutut berbunyi?
Dalam sendi lutut ada cecair pelincir. Dalam cecair itu ada gas yang terlarut. Bila kita bengkokkan atau luruskan lutut, tekanan dalam sendi berubah, dan gelembung gas kecil boleh pecah.
Bunyinya serupa macam bila kita "petik" buku jari.
Kalau lutut berbunyi tapi tak sakit, pakar menyifatkannya tiada apa yang perlu dirisaukan. Ia bukan semestinya tanda lutut sedang haus.
Tapi ada bezanya.
Bunyi yang perlu diberi perhatian ialah bunyi yang datang bersama sakit.
Pada sesetengah orang, terutama yang lebih berusia, bunyi lutut boleh jadi tanda osteoartritis, iaitu tulang rawan yang melapik hujung tulang dah haus. Bila lapik itu nipis, bunyinya datang dari tulang bergesel dengan tulang. Selalunya rasa macam "berpasir" atau mengisar, bukan sekadar satu "krek".
Kerosakan tulang rawan selepas kecederaan juga boleh beri bunyi yang sama.
Jadi bila perlu jumpa doktor?
Kalau lutut berbunyi disertai sakit atau kekejangan. Kalau anda mula susah berjalan. Atau kalau lutut rasa macam nak "tercabut", tiba-tiba lemah atau nak terlipat bila berdiri atau berjalan.
Itu bukan bunyi biasa. Itu tanda sendi perlu diperiksa.
Kalau ada sakit, doktor mungkin cadangkan ubat untuk kurangkan radang dan fisioterapi untuk bantu sendi bergerak lebih baik serta kurangkan bengkak.
Kalau lutut anda cuma berbunyi tanpa sakit, jangan berhenti bergerak sebab takut.
Teruskan berjalan. Teruskan aktiviti harian anda.
Lutut yang berbunyi tak semestinya lutut yang rosak.
Yang perlu didengar bukan bunyinya. Tapi sakitnya.
CREDIT TO: Public Health Malaysia

Address

Lot 25, Block D, HM Solaris, Off Berungis/Kota Belud
Tuaran
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Permai Polyclinics HM Solaris Tuaran:

Shortcuts

Share

Nearby clinics