Klinik Dr Muhaimin

Klinik Dr Muhaimin PERUBATAN AM
Tumpat, Kelantan

+60104066700
+609726 0546

[email protected]

Musim denggi di Kelantan.Pesakit ini kami rujuk ke hospital kerana sudah ada tanda-tanda bahaya.
11/06/2026

Musim denggi di Kelantan.

Pesakit ini kami rujuk ke hospital kerana sudah ada tanda-tanda bahaya.

10/06/2026

Tips penjagaan luka kencing manis.

28/05/2026

KLINIK AKAN BEROPERASI HARI INI BERMULA JAM 2.30 PETANG.

26/05/2026

Pagi ini dapat satu kes serangan jantung.

Gejalanya hanya sakit belakang. Antara 2 tulang kipas.

Kebiasaanya gejala akan berlaku pada waktu malam. Tidur terganggu. Kemudiannya hilang dengan sendiri.

Pesakit ini tak ada gejala sakit dada, berdebar-debar atau sesak nafas.

ECG menunjukkan serangan jantung Anterolateral MI. Satu keadaan yang agak serious.

Jadi jangan pandang mudah, serangan jantung tidak semestinya sakit dada.

Gejala yang kerap orang Kelantan complaint ialah “sekok” atau gastrik.

25/05/2026

Klinik beroperasi seperti biasa hari ini.

21/05/2026

Seorang pesakit dibawa oleh ibu untuk dapatkan antibiotik di klinik.

Ceritanya, pesakit baru ke klinik kerajaan. Demam 3 hari yang belum kebah berserta dengan batuk selsema.

Bacaan darah diambil hari yang sama di klinik kerajaan, normal. Jadi pesakit dibekalkan ubat demam, batuk dan selsema.

Tanpa antibiotik.

Macam biasa, tanpa antibiotik pesakit maupun penjaga tidak akan berpuas hati.

Saya terangkan, sekiranya jangkitan disebabkan virus biasanya bacaan darah akan normal. Antibiotik tidak akan berikan apa-apa kesan kepada virus. Ianya hanya berkesan untuk kuman bakteria.

Demam sekarang berpunca daripada virus berpandukan keputusan darah yang diambil. Virus boleh jadi Covid, Influenza, RSV dan sebagainya.

Saya sarankan agar dibuat swab.

Hasilnya swab positif Covid.

Jadi doktor yang tidak berikan antibiotik bukanlah mereka tak hebat. Tapi mereka merawat dengan beretika.

Jangan resah bila tidak diberikan antibiotik.

Bagi demam yang baru terjadi, berikan masa agar tubuh bertindak balas melawan sendiri kuman dan membentuk antibodi.

Bagi yangsudah beberapa hari demam, tetapi bacaan darah normal, elok benar dibuat swab.

Makan antibiotik 2 kali kemudian terus berhenti. Alasannnya tak menjadi.Beberapa hari kemudian datang ke klinik kami, ke...
10/05/2026

Makan antibiotik 2 kali kemudian terus berhenti. Alasannnya tak menjadi.

Beberapa hari kemudian datang ke klinik kami, kerana gejala kencing kotor masih belum reda.

Bila ditanya nama antibiotik apa yang diambil di klinik lain sebelum ini pesakit tak tahu.

Kami mulakan kembali rawatan antibiotik setelah ujian air kencing masih menunjukkan wujudnya kuman.

Temujanji diberi hari ke 5. Tetapi pesakit hanya datang hari ke-7. Namun enggan berjumpa doktor kerana doktor lain yang bertugas.

Kesudahnya pesakit datang kembali 2 minggu kemudian. Gejala masih sama.

Ujian khusus air kencing, urine culture dihantar ke makmal.

Keputusannya kuman jenis Escherichia Coli atau nama glamornya E. Coli masih ada dalam air kencing.

Kuman ini juga sudah kebal kepada antibiotik jenis Ciprofloxacin.

Mujurlah masih banyak antibioitik yang masih boleh membunuh kuman ini.

Ini isu yang kerap berlaku bila pesakit tidak mematuhi arahan rawatan, kerintangan antibiotik. Kuman kebal dan tak mati.

Isu pesakit ini :

1. Tidak mengambil antibiotik dengan betul. Hanya 2 biji dan berhenti makan kerana mengharapkan keajaiban dalam rawatan.

2. Antibiotik kedua yang diberi tidak disambung tepat pada masanya walaupun sudah dinasihatkan datang hari ke-5 rawatan sekiranya masih bergejala.

3. Faktor kencing manis juga melambatkan proses penyembuhan.

Dalam rawatan jangkitan kuman, pengambilan antibiotik perlu diambil dengan berdisiplin. Rawatan susulan p**a perlu berterusan tanpa terputus antibiotik sekiranya masih bergejala.

Walaupun nampak biasa, jangkitan kuman yang lama boleh bahayakan nyawa bila tidak diurus dengan betul.

“Suami saya minta timbang berat balik, takut doktor salah kira dos ubat. Demam tak kebah-kebah lagi.”Saya faham kerisaua...
03/03/2026

“Suami saya minta timbang berat balik, takut doktor salah kira dos ubat. Demam tak kebah-kebah lagi.”

Saya faham kerisauan ibubapa bila anak demam berpanjang dengan sudah diberi ubat demam secara berkala.

Kadang-kadang perbezaan ketara dos ubat disebabkan penggunaan ubat demam berkepekatan rendah (120mg/5ml) dengan yang berkepekatan tinggi (250mg/5ml).

Pengiraan dos ubat demam saya pernah tulis dalam posting lain sebelum ini.

Kerap juga ibubapa yang terlalu obsess bila ada perbezaan berat anak dalam kuantiti yang amat kecil.

Berat asal 10kg, berat terbaru 9.8 kg sebagai contoh, ada menyebabkan ibubapa risau.
Sedangakan perbezaan yang kecil ini hanya disebabkan pakaian, pampers yang kosong atau penuh dan boleh jadi kasut yang dipakai.

Jadi sekiranya demam belum kebah, tak salah periksa balik takut dos ubat tak betul. Pada masa yang sama buat pemeriksaan darah atau swab sesuai dengan simptom pesakit.

"Ini rekod terbaru di klinik saya."Ujar saya kepada seorang pesakit.Rekod kolesterol baik (HDL) paling rendah yang saya ...
24/02/2026

"Ini rekod terbaru di klinik saya."

Ujar saya kepada seorang pesakit.

Rekod kolesterol baik (HDL) paling rendah yang saya jumpa di klinik ini, iaitu 0.3 mmol/L.

Juga rekod Cholesterol/HDL ratio paling tinggi yang saya saya pernah dapat, 19.3.

Kolesterol baik HDL sebab namanya pun 'baik' kita nak tinggi. Lagi tinggi lagi bagus untuk jantung. Bebeza dengan kolesterol jahat yang kita nakkan bacaan yang rendah.

Cholesterol/HDL ratio p**a ialah nisbah jumlah kolesterol keseluruhan (total cholesterol) dibahagi dengan kolesterol HDL.

Nisbah ini untuk menilai risiko penyakit jantung dan salur darah.

Bacaan normal ialah dibawah 3.5 tetapi pesakit ini 19.3 !

Sakit lulut.Sakit belakang.Sakit urat.Mari pisoh awal-awal. Poso tak lama.Biar sedap semye terawikh tahun ni.
17/02/2026

Sakit lulut.

Sakit belakang.

Sakit urat.

Mari pisoh awal-awal. Poso tak lama.

Biar sedap semye terawikh tahun ni.

Address

Jalan Indah 1, Terbok
Tumpat
16200

Opening Hours

Monday 09:30 - 22:30
Tuesday 09:30 - 22:30
Wednesday 09:30 - 22:30
Thursday 09:30 - 22:30
Saturday 09:30 - 22:30
Sunday 09:30 - 22:30

Telephone

+60104066700

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Klinik Dr Muhaimin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Klinik Dr Muhaimin:

Share