21/08/2026
ππππππ ππππ ππππ ππππ π/ππππ
21 Ogos 2026- Majlis Townhall HASA Siri 2/2026 telah dianjurkan oleh jabatan-jabatan di bawah Timbalan Pengarah Klinikal Perubatan dan Pembedahan.
Program ini adalah satu platform untuk warga HASA berinteraksi, berkongsi pandangan dan mengajukan soalan kepada Pengarah dan pengurusan HASA. Profesor Dr. Ahmad Izuanuddin Ismail, menjalankan tugas Pengarah HASA memulakan program dengan menyampaikan amanat diikuti dengan sesi soal jawab bersama pihak pengurusan HASA.
Turut diadakan, konvoi merdeka di sekitar HASA bersempena dengan sambutan Bulan Kebangsaan melibatkan 20 buah motorsikal, sebuah Hilux, sebuah Fortuner dan dua buah ambulans.