10/09/2026
TENGOK JAUH OK, TENGOK DEKAT TAK OK?
"Dik, cermin mata mak cik ni rasa macam dah tak sesuai lah... bila baca WhatsApp je rasa kabur, tapi kalau tengok TV dari jauh elok pulak."
Kata Mak Cik Kiah (bukan nama sebenar). Ni ayat yang selalu kami terima. Antara ayat lain:
....
"Cermin mata saya ni bukannya rosak dik, cuma tulisan kat telefon ni je yang makin kecil makin hari!"
....
"Ada tak kanta yang kalau tengok panas dia jadi gelap, tapi bila masuk dalam rumah terus terang balik?"
....
"Boleh tak tolong betulkan bingkai ni? Syok-syok tidur semalam, sekali tertindih terus bengkok..."
....
"Anak saya ni asyik mengadu sakit kepala bila buat kerja sekolah, cermin mata dia ni dah kena tukar power ke dik?"
....
"Bingkai ni cantik, tapi kalau mak cik pakai rasa berat kat batang hidung pulak."
....
Bagi situasi Mak Cik Kiah tadi, selepas pemeriksaan mata dijalankan, rupanya power mata beliau bagi pandangan dekat memang sudah berubah seiring peningkatan usia.
Selepas diberi cermin mata dengan power rabun dekat yang betul, beliau tersenyum puas kerana dapat membaca mesej di handphone dengan jelas semula tanpa perlu mengecilkan mata.
Sekiranya anda ada bercakap seperti ayat2 di atas, itu tandanya mata anda perlu diperiksa..
Jemput datang ke Cermin Mata Nurjannah Optometry Muadzam Shah hari ini! Kami sedia membantu membuat pemeriksaan mata, melaraskan bingkai yang longgar, serta mencadangkan cermin mata yang paling sesuai dengan anda.