02/04/2021
PERSIAPAN MENJELANG BULAN RAMADHAN
Kedatangan bulan Ramadhan bukan sahaja mengingatkan kita tentang kewajipan berpuasa sahaja, malah kita sewajarnya menyedari bahawa ia adalah bulan turunnya Al-quran yang menjadi pedoman kepada kehidupan kita. Ia merupakan panduan yang lengkap untuk membimbing kearah kehidupan yang selamat di dunia dah juga di akhirat. Menjelang bulan Ramadan ini, ada beberapa cara yang boleh diikuti untuk memuliakan dan mengagungkan bulan barakah ini.
1. Perbaiki Niat
- Persiapkan niat kita untuk mengahadapi Ramadhan ini hanya kerana Allah ﷻ. Niat yang ikhlas kerana Allah SWT memudahkan kita melakukan penghijrahan kearah yang lebih baik
2. Berdoa
- Doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah SWT. Ini kerana, orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa kerana mereka berpuasa kerana Allah SWT. Tambahan p**a, Allah SWT amat s**a kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa memohon kepadanya dalam apa jua keadaan. Untuk itu, kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah SWT perlu mengambil kesempatan ini dalam mengecapi tawaran yang berharga ini.
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
لِلصَّائِمِ عِنْدَ إِفْطَارِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ
Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab”. [Lihat: Musnad Abi Daud al-Thoyalisi (2376)]
3. Memperbanyakkan Membaca Al-Quran
– Bukan berpuasa sahaja tetapi mempelajari ilmu Al-Quran juga adalah satu ibadah. Selain bertadarus, carilah masa untuk mentadabbur inti pati apa yang dalam Al-quran karim. Banyak peringatan dan pengajaran boleh dipelajari dalam Al-quran.
4. Bersedekah & Memberi Makan
- Bersedekah dan memberi makan kepada yang memerlukan adalah sifat yang baik kerana ia dapat menjauhkan diri kita daripada sifat kedekut. Biasakan diri untuk memberi kerana rezeki kita akan bertambah dengan banyak
5. Qiyam
- Qiyam yang dimaksudkan di sini ialah dengan menghidupkan malam hari di bulan Ramadhan dengan be