28/07/2026
Apa risiko jika anda membeli emas atas tangan orang? Ramai yang nak cepat, nak mudah, dan nak jimat, tetapi realitinya, emas yang dibeli daripada individu berdepan risiko besar. Selain kemungkinan ditipu, anda mungkin terbeli emas yang telah disenarai hitam, sama ada emas curi atau hasil rompakan.
Setiap emas keluaran Public Gold mempunyai nombor siri unik dengan sijil ketulenan. Jika anda tersalah beli emas yang pernah dilaporkan sebagai barang curi, ia boleh menjadi kes polis. Lebih bahaya, anda boleh dituduh bersubahat dalam jenayah.
Persoalannya, bolehkah anda memeriksa sama ada emas yang dibeli dari individu itu bukan emas curi? Jawapannya, tidak boleh. Sebab itu lebih baik beli emas daripada syarikat yang dipercayai dan bereputasi tinggi. Di Public Gold, setiap transaksi mewajibkan pengesahan identiti pembeli. Emas akan dihantar melalui pos berinsurans, atau diambil terus di cawangan Public Gold melalui temujanji. SOP yang ketat ini melindungi anda daripada risiko undang-undang, dan memastikan emas yang anda miliki sah sepenuhnya.
Jadi jangan rasa terbeban apabila membeli emas dengan Public Gold yang perlu daftar nama, sahkan IC atau passport. Semua itu adalah polisi untuk melindungi hak anda sebagai pengguna, dan memastikan pembelian emas anda sah di sisi undang-undang.
Bagi yang berminat untuk membeli emas dengan cara yang selamat dan telus, anda boleh isi borang sign up di bio saya atau PM untuk saya bantu anda daftar sebagai ahli dan bimbing anda dalam cara dan langkah-langkah simpanan emas yang terbaik untuk anda. Nur Azianie