30/07/2026
📢 Makluman Penting
Klinik Munir akan ditutup sementara sepanjang bulan Ogos 2026 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja renovasi dan proses pertukaran pentadbiran.
Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda selama ini.
Insya-Allah, kami akan kembali beroperasi dengan wajah baharu dan perkhidmatan yang lebih baik. Nantikan pengumuman pembukaan semula daripada kami.