Hospital Bentong Rasmi

  • Home
  • Hospital Bentong Rasmi
Call Directions Website

Hospital Bentong Rasmi Perkhidmatan Rawatan Kesihatan di daerah Bentong

28/10/2026

🔎 KENALI LABEL KESELAMATAN FARMATAG!

Tahukah anda bahawa Label Keselamatan FarmaTag mempunyai beberapa versi yang boleh didapati di pasaran, iaitu Versi 1.0, Versi 2.0 dan Versi 2.1?

Kini, anda boleh menggunakan fungsi FarmaChecker dalam aplikasi MyUBAT untuk mengimbas label keselamatan FarmaTag dan menyemak pengesahan label pada ubat anda. ✅

📱 3 langkah mudah:
1️⃣ Muat turun dan buka aplikasi MyUBAT.
2️⃣ Pilih fungsi FarmaChecker dan imbas label FarmaTag.
3️⃣ Semak keputusan pengesahan yang dipaparkan.

💊 Jadilah pengguna yang bijak! Pastikan label keselamatan FarmaTag pada ubat anda disemak melalui fungsi FarmaChecker dalam aplikasi MyUBAT.

Kongsikan maklumat ini bersama keluarga dan rakan-rakan agar lebih ramai mengetahui cara menyemak Label Keselamatan FarmaTag.

MAJLIS PENYAMPAIAN BAUCER APRESIASI PAHANG 1st KEPADA PETUGAS KESIHATAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG PERINGKAT DAERAH...
27/10/2026

MAJLIS PENYAMPAIAN BAUCER APRESIASI PAHANG 1st KEPADA PETUGAS KESIHATAN JABATAN KESIHATAN NEGERI PAHANG PERINGKAT DAERAH BENTONG TAHUN 2026

📍 Laman Toki, Bentong
📅 26 Oktober 2026 (Isnin)

Majlis Penyampaian Baucer Apresiasi Pahang 1st kepada Petugas Kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri Pahang Peringkat Daerah Bentong Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya.

Majlis ini melibatkan tiga agensi kesihatan di daerah Bentong, iaitu Hospital Bentong, Pejabat Kesihatan Daerah Bentong dan Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Bentong, dengan seramai 761 orang penerima baucer daripada ketiga-tiga agensi tersebut.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Amizar bin Abu Adam, yang mewakili YAB Menteri Besar Pahang bagi menyempurnakan penyerahan baucer kepada para penerima.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, atas inisiatif pemberian Baucer Apresiasi Pahang 1st ini. Inisiatif ini merupakan satu bentuk penghargaan terhadap jasa, komitmen dan pengorbanan warga petugas kesihatan yang sentiasa berusaha memberikan perkhidmatan terbaik demi kesejahteraan rakyat.

Semoga inisiatif ini dapat menceriakan para penerima, menyuntik semangat dan menjadi pembakar motivasi kepada seluruh warga petugas kesihatan untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Bersama Menghargai, Bersama Berbakti💙





26/10/2026

Majlis Penyampaian Baucer Apresiasi Pahang 1st Peringkat Daerah Bentong Tahun 2026


19/10/2026

Memahami Benign Prostate Hyperplasia (BPH) dan Pilihan Ubat-ubatan 💊

Artikel ini disediakan oleh Puan Mazliyana Syahirah Binti Arman, pegawai farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia.

Secara normalnya, kelenjar prostat akan membesar apabila seseorang lelaki mencapai usia akil baligh dan proses ini berterusan seiring peningkatan usia. Namun begitu, apabila pembesaran prostat berlaku secara tidak normal dan bukan disebabkan kanser, keadaan ini mungkin menandakan berlakunya benign prostatic hyperplasia (BPH).

Pada tahun 2019, Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi mendapati bahawa kira-kira 16% lelaki di Malaysia yang berusia 40 tahun ke atas mengalami gejala BPH dan 33% dalam kalangan lelaki berusia 80 tahun.

BPH tidak sama dengan kanser prostat dan keadaan ini juga tidak semestinya meningkatkan risiko kanser prostat. BPH hanyalah pertumbuhan tisu prostat yang berlebihan, bersifat bukan kanser dan tidak merebak ke bahagian lain tubuh.

Sejarah penyakit prostat dalam keluarga, sindrom metabolik dan obesiti merupakan antara faktor risiko utama BPH.

Kajian turut menunjukkan bahawa obesiti yang melibatkan pengumpulan lemak berlebihan di bahagian abdomen mempunyai kaitan dengan perubahan hormon seksual yang boleh mencetuskan gejala BPH.

Antara gejala yang sering dialami termasuk kesukaran atau rasa sakit ketika membuang air kecil serta rasa pundi kencing tidak kosong sepenuhnya.

Keadaan ini boleh menyebabkan pesakit kerap membuang air kecil dan seterusnya menjejaskan kualiti hidup seperti kerap bangun pada waktu malam untuk ke tandas, terganggu ketika bekerja atau semasa melakukan aktiviti harian.

𝐔𝐛𝐚𝐭-𝐮𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐏𝐇
Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah BPH akan diberikan rawatan berserta pemantauan berterusan bagi membantu mengawal gejala dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup.

Sebelum memulakan rawatan, doktor akan menilai gejala, mengambil sejarah perubatan, menjalankan pemeriksaan fizikal dan melakukan ujian yang bersesuaian bagi mengesahkan diagnosis.

Antara ujian yang mungkin dijalankan termasuklah ujian air kencing, ujian darah, ujian aliran air kencing, imbasan ultrabunyi dan pengukuran baki air kencing selepas membuang air kecil.

Setelah penilaian menyeluruh dilakukan dan pesakit didapati perlu menerima rawatan, mereka akan dimulakan dengan ubat-ubatan yang bersesuaian mengikut keadaan kesihatan masing-masing.

𝐀𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐮𝐛𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐳𝐢𝐦 𝐝𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐫𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐏𝐇 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡:

1. Kumpulan Alpha Blocker
Kumpulan ubat ini lazimnya menjadi pilihan pertama rawatan untuk BPH kerana bertindak dengan cepat, berkesan dan mempunyai risiko yang rendah untuk menyebabkan kesan sampingan.
Ubat dalam kumpulan ini bertindak dengan merehatkan otot pada salur kencing dan kawasan sekitar prostat bagi memudahkan pengaliran air kencing.

Contoh ubat daripada kumpulan ini ialah:

Terazosin
Doxazosin
Tamsulosin
Alfuzosin.
Ubat-ubatan ini kebiasaannya diambil sekali sehari.

Antara kesan sampingan yang boleh berlaku termasuklah keletihan, pening, sakit kepala, loya dan muntah.

Dalam kes-kes tertentu, sebilangan pesakit turut berisiko mengalami kesan sampingan yang serius seperti masalah ereksi, degupan jantung yang tidak teratur dan penurunan tekanan darah secara mendadak apabila berubah daripada posisi berbaring kepada berdiri.

2. Kumpulan 5-Alpha Reductase Inhibitor
Ubat daripada kumpulan ini, contohnya seperti finasteride dan dutasteride, bertindak dengan menghalang perubahan hormon yang menyebabkan pertumbuhan tisu prostat sekali gus membantu mengecilkan kelenjar prostat yang membesar.

Walau bagaimanapun, kesan rawatan lazimnya mengambil masa sehingga enam bulan sebelum menunjukkan keberkesanan yang optimum.

Antara kesan sampingan yang pernah dilaporkan termasuk pening, ginekomastia (pembesaran tidak normal payudara lelaki), keinginan seksual menurun serta masalah ereksi dan ejakulasi.

Dalam sesetengah keadaan, rawatan dengan kombinasi ubat-ubatan mungkin disarankan untuk memastikan kawalan gejala menjadi lebih optimum, khususnya kepada pesakit yang mengalami gejala BPH tahap sederhana hingga serius.

Walau bagaimanapun, disebabkan penggunaan lebih daripada satu ubat dalam rawatan kombinasi, risiko dan keseriusan kesan sampingan juga adalah lebih tinggi berbanding penggunaan satu jenis ubat sahaja.

𝐊𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐋𝐚𝐢𝐧
Pembedahan atau prosedur lain mungkin diperlukan sekiranya rawatan dengan ubat-ubatan tidak memberikan kesan yang optimum.

Terdapat pelbagai jenis prosedur yang boleh dilakukan bergantung pada tahap keseriusan penyakit dan keadaan kesihatan pesakit.

Antaranya termasuklah transurethral resection of the prostate (TURP), transurethral incision of the prostate (TUIP), terapi laser, terapi wap air dan prostate artery embolisation (PAE).

Walau bagaimanapun, setiap prosedur mempunyai risiko menyebabkan kesan sampingan seperti jangkitan, pendarahan, masalah untuk mengawal pembuangan air kencing dan gangguan fungsi seksual.

Secara umumnya, pembedahan atau prosedur ini bertujuan untuk membuang atau mengecilkan tisu prostat yang membesar bagi melancarkan aliran air kencing dan mengurangkan gejala BPH.

𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭
Selain rawatan perubatan, amalan gaya hidup sihat juga dapat membantu mengurangkan gejala BPH.

Antaranya termasuklah mengurangkan pengambilan minuman pada waktu malam, terutama satu hingga dua jam sebelum tidur.

Perkara ini penting bagi mengurangkan kekerapan pesakit bangun daripada tidur untuk membuang air kecil.

Pengambilan kafein dan alkohol juga harus dihadkan kerana kedua-duanya boleh merangsang penghasilan air kencing, merengsakan pundi kencing dan memburukkan gejala BPH.

Pengurusan berat badan secara sihat sangat digalakkan dalam kalangan pesakit BPH. Antara amalan yang wajar dilakukan ialah aktiviti fizikal secara berkala yang dapat membantu mengawal berat badan.

Hal ini demikian kerana obesiti, khususnya obesiti abdomen, merupakan antara faktor yang dikaitkan dengan risiko BPH dan gejala saluran kencing yang lebih ketara.

Pesakit digalakkan untuk mengamalkan tabiat membuang air kecil yang baik (good toilet habit) seperti segera ke tandas apabila terasa ingin membuang air kecil dan tidak menahan kencing terlalu lama.

Selain itu, amalan double voiding, iaitu membuang air kecil sekali lagi selepas beberapa ketika, boleh membantu mengosongkan pundi kencing dengan lebih baik.

Kesimpulannya, BPH merupakan masalah kesihatan yang lazim dialami oleh lelaki berusia. Namun begitu, keadaan ini tidak wajar dipandang ringan kerana boleh menjejaskan kualiti hidup jika tidak dirawat dengan baik.

Pengesanan awal melalui pemeriksaan kesihatan secara berkala, pengambilan ubat-ubatan seperti yang diarahkan dan amalan gaya hidup sihat dapat memainkan peranan penting dalam mengurus dan merawat BPH.

16/10/2026
Terima Kasih Atas Sambutan Hangat Anda! 🎉Program Funwalk with Blood Donor anjuran Tabung Darah Hospital Bentong telah me...
12/10/2026

Terima Kasih Atas Sambutan Hangat Anda! 🎉

Program Funwalk with Blood Donor anjuran Tabung Darah Hospital Bentong telah mendapat sambutan yang sangat luar biasa daripada masyarakat setempat!

Bagi memantapkan lagi penganjuran acara ini, kami berbangga untuk bekerjasama dengan agensi-agensi rakan strategik berikut:

🏛️ Majlis Perbandaran Bentong

👮‍♂️ Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong & Trafik

🚑 Pejabat Daerah Pertahanan Awam (APM) Bentong

🏋️‍♂️ Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bentong

🧑‍🚒 Balai Bomba dan Penyelamat Bentong

📣 Pejabat Penerangan Daerah Bentong

Jumpa anda di sana!

09/10/2026
09/10/2026
LAWATAN FASILITI PENGARAH HOSPITAL BENTONG – PEMANTAUAN KEMAJUAN PROJEK PEMBANGUNAN6 Oktober 2026 | Hospital BentongPeng...
06/10/2026

LAWATAN FASILITI PENGARAH HOSPITAL BENTONG – PEMANTAUAN KEMAJUAN PROJEK PEMBANGUNAN

6 Oktober 2026 | Hospital Bentong

Pengarah Hospital Bentong telah mengadakan lawatan fasiliti ke beberapa jabatan dan unit di Hospital Bentong bagi melihat secara langsung perkembangan dan kemajuan pelaksanaan projek-projek pembangunan yang sedang dilaksanakan.

Lawatan melibatkan beberapa lokasi termasuk:

🔹 Jabatan Pesakit Luar
🔹 Jabatan Patologi
🔹 Jabatan Psikiatri
🔹 Pejabat Rekod Perubatan
🔹 Wad Perempuan
🔹 Unit Hemodialisis (HDU)
🔹 Wad Kanak-Kanak

Lawatan ini turut memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk meninjau perkembangan kerja di lapangan, mengenal pasti isu dan keperluan semasa serta memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar mengikut perancangan.

Selain itu, perbincangan bersama pihak Radicare turut diadakan berkaitan perkembangan projek di Unit Hemodialisis, termasuk perkara-perkara yang memerlukan perhatian dan tindakan susulan bagi memastikan projek dapat dilaksanakan dengan baik.

Pihak pengurusan Hospital Bentong akan terus melaksanakan pemantauan secara berkala bagi memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan dapat memberikan persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif, seterusnya menyokong penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada pesakit dan warga kerja.

“Ke Puncak, Kesihatan. Ke Bersamaan, Kebahagiaan.” Alhamdulillah, 2 Oktober 2026 menjadi satu lagi kenangan manis buat w...
05/10/2026

“Ke Puncak, Kesihatan. Ke Bersamaan, Kebahagiaan.”

Alhamdulillah, 2 Oktober 2026 menjadi satu lagi kenangan manis buat warga Hospital Bentong!

Program KRK HOSBEN HIKES 2026 anjuran Kelab Rekreasi & Kebajikan Hospital Bentong (KRK HOSBEN) telah berlangsung dengan penuh semangat di Bukit Desa Damai, melibatkan 50 orang peserta yang sama-sama melangkah, berpeluh, bergelak tawa dan akhirnya sampai ke puncak!

Bukan sekadar hiking…
Ini tentang kesihatan, kebersamaan, persahabatan dan semangat satu pasukan.

💚 50 peserta
🥾 1 destinasi
🔥 1 semangat
🤝 1001 kenangan

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini.

Semoga sokongan seperti ini terus berpanjangan dan menjadi pembakar semangat buat KRK HOSBEN untuk terus merangka lebih banyak aktiviti yang menarik, sihat, bermanfaat dan mengeratkan silaturahim warga Hospital Bentong selepas ini.







Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hospital Bentong Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your practice to be the top-listed clinic?

Share