Amnikhassim Shoppe

  • Home
  • Amnikhassim Shoppe
Directions Website Contact the practice

Amnikhassim Shoppe Kami menjual buku, barangan mainan kanak-kanak, dan merekabentuk laman web. Website: http://amnikhas

Hubungi saya di
[email protected] atau telefon 0173237051 (amni)

Dulu kita kata A is for Apple, sekarang kita ubah.. A is for ALLAH Ambil peluang tingkatkan iman anak sambil kita tampal...
13/02/2024

Dulu kita kata A is for Apple, sekarang kita ubah..

A is for ALLAH

Ambil peluang tingkatkan iman anak sambil kita tampal sticker, menggunting, mewarna, memadankan dan sebagainya bersama dengan mereka.

😍😍😍

Ada yang nak softcopy buku aktiviti ni? Ada versi English & Bahasa Melayu

Boleh print banyak-banyak muka surat yang sama untuk beberapa orang anak. Terisi masa lapang dorang sempena cuti sekolah ni. 😍✌️

Boleh dapatkan disini:
https://amalbookshelf.com/order/form/AKTIVITIPRASEKOLAH/503

"Kesakitan yang aku hadapi sekarang ini tidak sesakit ketika aku dikhianati umatku sendiri"(Sultan Abdul Hamid II)Dalam ...
21/10/2023

"Kesakitan yang aku hadapi sekarang ini tidak sesakit ketika aku dikhianati umatku sendiri"(Sultan Abdul Hamid II)

Dalam buku ASIL Pelindung Khalifah, Sultan Abdul Hamid II merupakan watak penting, yang bakal memberi kesan keatas kejatuhan Pelastin.

Baginda merupakan seorang Sultan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang amat disegani oleh rakyat pada zamannya. Beliau memerintah pada zaman hampir ke penghujung sistem khilafah Uthmaniyyah.

Tetapi lepas pendatang haram zionis mula masuk Palestin, pelbagai rancangan di buat bagi gulingkan Sultan Abdul Hamid II. Dan akhirnya pengkhianat Sultan Abdul Hamid berjaya dengan misi mereka sehinggakan Baginda di buang negara.

Di sinilah bermulanya era kejatuhan Palestin, kerana Sultan Abdul Hamid II merupakan benting bagi kedaulatan Palestin, jatuhnya Sultan Abdul Hamid II, maka jatuhlah bumi Palestin di tangan penjajah.

Jadi, tak lengkap kalau baca buku Asil Pelindung Khalifah tanpa buku Gaza Mini. Jom dapatkan buku penuh fakta sejarah yang tidak jemu di baca oleh semua golongan.

https://wasap.my/60173237051/gaza

My Reading For Tonight.Sambil membaca buku.ni, dalam hati saya tertanya-tanya, apa agaknya yang Tuan Guru Nik Aziz akan ...
19/07/2023

My Reading For Tonight.

Sambil membaca buku.ni, dalam hati saya tertanya-tanya, apa agaknya yang Tuan Guru Nik Aziz akan lakukan dengan situasi politik semasa?

Dan saya jumpa jawapan beliau di dalam 2 gambar terakhir.

Terima kasih atas ilmumu, Tuan Guru.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafiihi wa'fu'anhu.

January baru ni mak buat rawatan hysterectomy. Alhamdulillah mak sembuh dah la. Cuma bila nak berjalan masih kena guna t...
22/05/2022

January baru ni mak buat rawatan hysterectomy.
Alhamdulillah mak sembuh dah la. Cuma bila nak berjalan masih kena guna tongkat.

Yang syukurnya, dua minggu sebelum tu, kami pakat ada beli kerusi roda. Matlamat asal sebab nak bawak abah pi hospital untuk appointment respiratory, urology, dan ophthalmology dia senang la kalau ada wheelchair sendiri.

Tambahan pulak sebab ada wabak ni, lebih selamat kita guna sendiri punya kan.

Saya survey wheelchair sekitar Jitra Alor Setar memang tak jumpa la yang ringan, selesa, dan tahan lasak bawah pada harga 300.

Lepas tu survey online, jumpa yang ni. Alhamdulillah termasuk pos waktu tu dapat lah 250.

Dapatlah berkhidmat untuk mak dan untuk abah.

Alhamdulillah alhamdulillah.
Ni link kalau nak beli. Ringan, muat dalam Axia, dan kita seorang pon boleh handle tak payah mintak tolong orang lain.

https://shope.ee/6zfYd2hT2e

30/11/2020

Masih ada dua minggu sebelum cuti sekolah.
Anak-anak buat apa di rumah?

Annur Learning Center and Brain Gym mengadakan kelas Intensive Tutoring and Reading untuk anak-anak.

Hari : setiap Ahad - Khamis
Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
Tarikh : 1-17 Disember 2020.
Yuran : RM 200

Berminat untuk mendaftar anak-anak?

Hubungi Teacher Amni di https://wasap.my/60173237051

Aktiviti kami jalankan:
Kelas tutorial subjek
Intensive Reading BM dan BI
Tahsin Quran dan Solat
Iqra'

Makan pagi dan tengah hari disediakan.

Pendaftaran dibuka sekarang 🥰

Aku Mahu ke Seoul,  Korea! Remaja sekarang memang gila KPOP,  memang minat Korea.  Inilah tiga novel yang pasti mengikat...
17/07/2020

Aku Mahu ke Seoul, Korea!

Remaja sekarang memang gila KPOP, memang minat Korea.

Inilah tiga novel yang pasti mengikat minat anak remaja Tuan Puan untuk rajin membaca juga! Membaca jambatan ilmu, namun ia harus bermula dengan membaca sesuatu yang diminati dan dis**ai... barulah tabiat itu kekal menyubur hingga bila-bila sampai akhir hayat nanti.

Percayalah, ini bukan novel fiksyen semata... ia sarat:

❄️ Info geografi bumi Korea
❄️Pengenalan budaya Korea yang halus dan berseni masyarakatnya
❄️disediakan glosari bahasa Korea bagi menambah tatabahasa
❄️ada resepi kimchi dan menu popular juga!

*Aku Mahu Seoulmate*
*Aku Mahu Selulvivor*
*Aku Mahu Seoulsister*

Tiga novel di bumi Seoul, Korea. Tiga kisah persahabatan penuh konflik drama. Tiga ceritera yang menyuntik rasa bahawa minat KPOP itu tidak salah... tetapi mestilah ada objektif yang lebih besar. Jadikan ia pembakar semangat mahu sambung belajar universiti di Korea. Barulah berfaedah.

Buat Tuan Puan... hadiahkan tiga novel ini buat anak di rumah, hubungi ejen/no.ejen:
0173237051

21/06/2020

Petua untuk anak-anak rajin membaca, dan faham apa yang dibaca:

1. Banyakkan buku di rumah
Mungkin ada orang kata, buku banyak buat apa, kumpul habuk saja. Ihhhh, dok aihhh... Baca la buku banyak-banyak tu. Yang dok buat simpan habuk buat apa.

2. Buku sesuai dengan tahap anak
Dulu mak abah banyak beli majalah Al Ain, Kuntum, Bambino. La ni banyak juga buku yang sesuai dengan anak. Kita ibubapa kena rajin cari. Mai beli dengan saya pun takpa, banyak buku saya jual. Nanti saya tunjuk koleksi buku anak-anak yang saya ada beli. Kot ada yang nak order.

3. Ibu bapa kena baca buku
Kita nak anak rajin baca, kita sendiri kena rajin baca. Paling paling pun, setkan seminggu sebuah buku. Anak tengok kita baca, depa akan ikut.

4. Hadiahkan buku.
Kat kedai rm2 dah banyak buku yang murah dan best. Kena rajin pi tengok. Dan balut bagi cantik. Lepas tu hadiahkan. Anak-anak akan seronok. Nanti depa tanya, "Awat ibu bagi hadiah?" Jawabla dengan senyuman semanis Toblerone, "Sebab anak-anak ibu minggu ni baik-baik dan soleh solehah sangat, ibu bagi hadiah buku ni."
Jadi, 'one stone kills 2 birds'. Kita dapat galakkan baca buku, sambil tu depa akan behave juga sebab s**a dapat hadiah.

4 petua dulu setakat ni. Lepas ni kita tambah lagi ya 🥰🥰🥰

Apa cara kita nak didik anak-anak supaya faham situasi Palestine dan Gaza?Bagi anak-anak kami, saya menggunakan pendekat...
19/06/2020

Apa cara kita nak didik anak-anak supaya faham situasi Palestine dan Gaza?

Bagi anak-anak kami, saya menggunakan pendekatan bercerita, tayangan video dan artikel pendek.

Alhamdulillah, sekarang dah ada komik bertajuk Gaza, yang menceritakan perjuangan seharian anak Palestine.

Dihidangkan dalam bentuk komik agar isu ini dekat dan dapat difahami oleh kanak-kanak dengan lebih menarik.

Saya agen komik ini. Satu set ada 4 buah. Jika mahu beli sebuah juga boleh. Harga sebuah rm10.

Kawan-kawan boleh tinggalkan komen di bawah untuk menempah.

Address


Opening Hours

Monday 17:00 - 00:00
Tuesday 17:00 - 00:00
Wednesday 17:00 - 00:00
Thursday 17:00 - 00:00
Friday 17:00 - 00:00
Saturday 17:00 - 00:00
Sunday 17:00 - 00:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Amnikhassim Shoppe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Practice

Send a message to Amnikhassim Shoppe:

Shortcuts

  • Want your practice to be the top-listed clinic?

Share