Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Labuan

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Labuan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Labuan, Mental Health Service, HOSPITAL LABUAN, PETI SURAT, 87020 WILAYAH PERSEKUTUAN, Victoria.

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Labuan menawarkan perkhidmatan rawatan bagi beberapa masalah mental seperti skizofrenia, kecelaruan emosi dwi-kutub (Bipolar), kemurungan, anzieti dan sebagainya

09/11/2025

Video pendek ini dipersembahkan oleh Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Labuan sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025, bertemakan β€œAkses kepada Perkhidmatan Kesihatan Mental dalam Bencana dan Krisis.”

Sambutan tahun ini menekankan kepentingan memastikan setiap individu β€” terutamanya golongan rentan β€” mendapat sokongan psikososial yang berterusan semasa dan selepas menghadapi bencana.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat, sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam menjayakan projek video ini.

Bersama kita kukuhkan kesedaran bahawa kesihatan mental adalah hak semua. πŸ’š

30/10/2024

Acara larian Labuan Mental Health Run 2024 (LMHR 2024), anjuran bersama Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Labuan dan Kelab Ortopedik Labuan telah diadakan pada 20 Oktober 2024 (Ahad) bersempena dengan Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan dan Hari Kesihatan Mental Sedunia tahun 2024.

Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Puan Norli binti Karim (Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Kesihatan Malaysia KKM), Dr. Francis Paul (Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan JKWPL) dan Dr. Mohd Zaki bin Ab Hamid (Timbalan Pengarah JKWPL - Kesihatan Awam). Turut hadir bersama, Puan Zainab binti Haji Tambol (Ketua Profesion Pegawai Psikologi KKM), En. Rusli bin Ibrahim (Timbalan Pengarah Kanan, Cawangan Amalan dan Penguatkuasaan BSKB), En. Mizhar bin Haji Mazlan (Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor), En. Mat Hassan bin Ibrahim (Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan), Dr. Sabarina binti Omar (Timbalan Pengarah JKWPL - Pergigian), Pn. Clare William Sorimpok (Timbalan Pengarah JKWPL - Pengurusan), En. Mohammad Fazlieman bin Gurahman (Timbalan Pengarah Hospital Labuan - Pengurusan) dan Pn. Edzrina binti Tamin (Perbadanan Labuan).

Kami ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua dif jemputan dan peserta yang hadir di LMHR 2024, juga kepada semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam memastikan acara ini berjalan lancar, termasuk pihak JKR/PDRM/RELA/Perbadanan Labuan dan semua penaja LMHR 2024.




✨Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani✨πŸͺ» Bersempena dengan Bulan Kaunseling Kebangsaan & Hari Kesih...
19/10/2024

✨Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani✨

πŸͺ» Bersempena dengan Bulan Kaunseling Kebangsaan & Hari Kesihatan Mental Sedunia Tahun 2024, Jabatan Kesihatan Negeri W.P. Labuan berbesar hati menjemput semua Warga Labuan yang berkelapangan untuk menghadiri *Sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan dan Hari Kesihatan Mental Sedunia Tahun 2024*πŸ’œπŸ’š

Ketetapan Sambutan ini adalah seperti berikut:
πŸ—“οΈ 20 Oktober 2024 | Ahad
⏰ 8:00 am - 4:30 pm
πŸ“ Anggerik Square, Ujana Kewangan

Antara Aktiviti, Promosi, Pameran, Saringan Kesihatan & Agensi Luar Yang Akan Kami Bawakan untuk Anda!

Jangan Lupa! Jom Beramai-Ramai Memeriahkan Lagi Sambutan Bukan Kaunseling Kebangsaan & Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat W.P. Labuan Tahun 2024πŸ’œπŸ’š

π™†π™„π™π˜Ό π™…π™π™ˆπ™‹π˜Ό π˜Ώπ™„ π™Žπ˜Όπ™‰π˜Όβ€ΌοΈπŸ”₯πŸ”₯





Pada sepanjang bulan September tahun 2024, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Labuan telah mengadakan booth...
16/10/2024

Pada sepanjang bulan September tahun 2024, Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Labuan telah mengadakan booth Pameran Kesedaran dan Pencegahan Bunuh Diri di ruang lobi Klinik Pakar Hospital Labuan. Tujuan Pameran ini diadakan adalah sebagai satu langkah untuk meningkatkan kesedaran tentang bunuh diri dalam kalangan rakyat Labuan. 🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻🌻

'Stress ball' percuma telah diagihkan kepada para pengunjung Pameran. Kuiz Kesedaran dan Pencegahan Bunuh Diri juga telah diadakan dalam kalangan staff Hospital Labuan.

Pihak Jabatan Psikiatri dan Kesedaran Mental Hospital Labuan juga telah menerima sumbangan ikhlas daripada Team Befrienders KK yang telah menyumbang risalah kesedaran tentang talian Befrienders serta cenderahati untuk para pengunjung booth Pameran Kesedaran dan Pencegahan Bunuh Diri.
πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€πŸ€

Ribuan terima kasih juga dipanjatkan kepada Pengarah Hospital Labuan, Dr. Adnan Musa Bin Balidran yang telah menyempurnakan Perasmian dan Penutupan Pameran Kesedaran dan Pencegahan Bunuh Diri Peringkat Hospital Labuan untuk tahun 2024. Terima kasih juga diucapkan kepada Encik Hasanuddin Bin Bedu yang telah menyumbangkan Hasil Karya Lukisan untuk Pameran kami.

10 September 2024 adalah Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia. πŸ€

16/10/2024

‼️ *MAKLUMAN* ‼️

🟦*Pengambilan Pek Larian LMHR 2024*🟦

1. Kaunter (di Lobi Hospital Labuan berdekatan dengan mesin ATM) akan dibuka pada *17 dan 18 Oktober 2024 (Khamis dan Jumaat)* daripada pukul *8:00 pagi sehingga 4.30 petang*.

2. Sila bawa *kad pengenalan atau passport* *(salinan kad pengenalan dan salinan passport sekiranya menghantar wakil)* untuk tuntutan pek larian.

3. Pek Larian yang tidak dituntut pada tarikh dan masa tersebut tidak boleh dituntut pada tarikh dan masa yang lain. (pengecualian diberikan berdasarkan budi bicara pihak penganjur)

Terima kasih.

Address

HOSPITAL LABUAN, PETI SURAT, 87020 WILAYAH PERSEKUTUAN
Victoria
81006

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Telephone

+601163250770

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental Hospital Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share